إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ ۖ وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Isnin, 27 Januari 2020
Nasihat orang lama;
.
Tadi lepas tajuk al-Muhtador (Orang yang sedang nazak). Ada seorang jemaah datang dekat. Katanya, sebaiknya gunakan ayat 'ngajar ngucap' berbanding 'ajar talqin'. Sebab ada jemaah duk faham talqin waktu nazak, sama dengan talqin waktu di kubur tu. Oh maaf, tak perasan.
.
Abi selalu pesan. Seeloknya, ceramah jangan lebih dari sejam. Kalau kulliah maghrib, pastikan isya je terus berhenti. Sebab, kalau orang yang tak suka, dia tak sempat nak merengus lama. Kalau orang yang seronok, dia akan buatkan orang tu tak puas dengar. Kalau lama sangat, orang seronok pun jadi tak selesa.
.
Darah muda kan. Masa tu nak argue juga. Sebab kelas Habib Ahmad masa tu pun dari pukul 5 petang, pukul 10 malam baru habis. Kalau satu (1) jam, apa sangat boleh cerita..
.
Tapi bila direnung. Itulah sebaiknya. Bila raikan uruf setempat, jemaah akan selesa. Pesan guru: "Ilmu satu, cara sampaikan pun satu ilmu juga"