إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ ۖ وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Isnin, 27 Januari 2020
Berfikir dan berbicara.
.
Dengar ceramah Habib Novel al-Aydrus dari Indonesia. Habib Novel petik kalam gurunya al-marhum al-Habib Anis bin Alwi Alhabsyi:
.
" Janganlah engkau berfikir ketika engkau ingin berbicara. Biarkan yang di hatimu yang berbicara. Kalau dihatimu tidak ada yang harus dibicarakan. Diam sahaja dan berhentilah."
.
Teringat kata-kata guru. Tatkala terlontar dari mulutnya satu formula untuk mudah faham satu masail dalam kitab Nahu at-Tuhfah as-Saniyah. Walhal, sebelumnya ia tak pernah fikir pun. Guru terus memetik kalam Syeikh Mutawalli as-Syarowi:
.
"Apabila mulutmu terlontar suatu kalam mutiara. Yang merungkai persoalan rumit. Walhal kamu tak pernah terfikir pun akannya. Ketahuilah, ia sebenarnya datang dari Allah, sebagai anugerah buat orang yang mendengar"
.
Kata Ustaz Khairul Azmi baru-baru ni;
.
Syeikh Mutawalli as-Syarowi dan Tok Guru Nik Aziz antara susuk, yang kalam-kalam mereka sangat sedap didengar. Namun jika baca buku mereka, walau ia sebenarnya ditulis berdasarkan apa yang mereka ceramahkan, rasa dia takkan sama. Hikmah-hikmah yang keluar dari mulut mereka waktu ceramah, tu yang lain dari lain.