إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ ۖ وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Isnin, 27 Januari 2020
Nikmat Sebuah doa.
.
Teringat waktu Ustaz Nazrul Nasir buka kitab al-Arbaun an-Nawawiyah. Juga ketika Ustaz Azri Pondok Pasir Tumboh buka kitab al-Bahru al-Wafi wa an-Nahru as-Sofi. Biasa Allah jadikan seorang wali dari 40 orang. Seorang yang hampir dengan Allah. Kerana itu, antara cara di Pondok, mereka akan kumpul 40 orang untuk dirikan solat hajat. Cerita bab wali pun ada banyak. Ada abdal, qutb. Tugasnya juga berbeza. Ada Allah kurniakan petah berbicara, ada tempat ummat mengadu masalah. Ada di timur, ada di barat. Dalam Kitab Sairus Salikin ada di ajar doa yang biasa diamal para wali Allah. Kalau perati betul² doa tu (Tak semak habis. Tapi doa dalam status Facebook terbaru Ustaz Nazrul tu macam sama bunyinya dengan dalam Kitab Sairus Salikin), kita akan perasan, sarat dengan sayang kepada semua ummat Nabi Muhammad.saw.
.
Takpe-lah bab wali tu. Sebab, kita dapat rasa sayang pada Allah pun dah nikmat habis.
.
الدعاء هو العبادة.
.
Doa itu ibadah.
.
Teringat waktu pengajian dengan Tok Ayah Wan, Pondok Dar Salam. Tak ingat dalam kitab apa. Doa semua kita sebenarnya mustajab, sebab tu janji Allah. Cuma beza caranya aja. Ada yang dimaqbul serta merta, ada Allah tukar dengan yang lebih baik. Ada yang Allah berikan di akhirat nanti. Sehingga dinyatakan dalam Kitab Mukasyafah al-Qulub tulisan Imam al-Ghazali, sewaktu di akhirat, ada manusia yang terkejut dengan limpahan kebajikan yang beliau buat, padahal dia tak banyak amal waktu di dunia. Di beritahu padanya, itulah doanya ketika di dunia dulu yang Allah tak maqbulkan, Allah berikan di akhirat. Lalu ia berkata, kalau beginilah, alangkah bagusnya, kalau semua doaku dahulu tidak dimaqbulkan. Sidi Dr.Lokman (Khadim Syeikh Yusuf Bakhour al-Hasani) pernah buka Kitab Mukasyafah al-Qulub ni, waktu di Dar Hasani Bawwabah.
..
وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِيٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِي سَيَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
.
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
-Sura Ghafir, Ayah 60