Baru ni aku jatuh motor. Patah betis tulang keting dan belakang. Aku diminta doktor tidak jejak bumi selama 3 bulan. Aku cuba fikir cara nak pergi kerja, tapi buntu. Aku tak mahir guna tongkat. Aku tak tahan duduk lama. Duduk atas katil ni pun aku tak selesa, dah macam² posisi aku tukar.
Bila handset aku pulih. Aku scroll mesej sejak dari eksiden 16 Januari 2020 hingga 24 Januari baru ni. Lebih kurang 9 hari aku tak buka handset. Alhamduliah, ramai yang ambil berat tentang diriku. Keperihatinan mereka buatkan semangat aku hadir.
Tamparan kedua aku terima. Bila scroll lagi. Rupanya mereka sedang mencari pengganti imam bagi diriku. Segera aku taip mesej, nyatakan terima kasih atas doa. Aku mohon mereka mencari pengganti imam.
Malam semalam aku hubungi tempat kerja ketigaku. Rupanya mereka juga sedang mencari guru ganti bagi diriku.
Aku tak boleh tulis panjang. Kakiku rasa tak selesa.
Aku tidak salahkan mereka. Sebab mereka perlu move-on n gerakkan institusi. Aku tak salahkan takdir Allah. Kerana inilah yang terbaik buat diriku. Aku cuma berdoa kepada Allah. Moga aku semakin kreatif, kuat dan nikmatnya terhadapku tidak putus.
Antara nikmat terbesar yang Allah berikan kepadaku sekarang ialah calon tunangku. Bila teringat ke dia atau baca mesejnya (Bukan mesej jiwang, lebih kepada urusan tunang n kawen kami), hatiku jadi bahagia, aku jadi semangat.
Moga nikmat ini bukanlah suatu istidraj buatku. Moga hububgan kami diredhoi perjalanannya. Moga Allah permudahkan urusanku untuk kawen. Duit dalam bank baru ada RM7500.00. Dulu sebab aku target sihat, tu aku berani terima hantaran RM10k. Sekarang aku pun tak pasti, hanya berharap kepada Allah.