Ahad, 28 Jun 2015

Buka sahaja Facebook

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Hehe..

Asal buka je Facebook. Terus beratur status berbaur pergaduhan.

Kritikan adakalanya bagus. Kerana buatkan kita lebih cermat dan berhati-hati.

Namun, Adakalanya merumitkan juga, sebab banyak idea dan usaha yang bakal terbantut awal. Kerana diasak dan diserang dengan teori yang belum pasti.

Dunia Facebook juga seperti dunia kita yang nyata.
Perlu tenang menyambut pandangan orang, juga luas berlapang dada. Jika tidak, jiwa mungkin bernanah.
Namun dunia Facebook mungkin lebih kejam. Kerana apa yang terpendam di hati sangat mudah terdorong untuk diluah.

Walaupun adakala status itu tidak logik dan terlalu mengikut perasaan. Berbanding di dunia realiti... kita lebih beringat dan 'beragak-agak'.

Skill komunikasi di dunia realiti bertemu skill di Facebook. Tiada lagi istilah pakar atau profesyen. Yang ada, hanyalah siapa lagi bernas.