Ahad, 28 Jun 2015

Cara Islam vs Cara Freemason

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Strategi Freemason vs Sirah Rasulullah.saw;

Jika kita amati buku-buku konspirasi Dajjal, melibatkan organisasi seperti Illuminati, Freemason dan empayar Rothschild (Abaikan dahulu samaada fakta di dalam buku itu benar atau palsu).

Maka dapat rasakan betapa rumit, kompleks dan susahnya menggerakkan strategi yang mereka sendiri susun,

Berbanding jika kita telusuri Sirah Nabi Muhammad.saw,

1. Tentera Muslim dibantu malaikat, memenangi Perang Badar, dengan nisbah tentera muslim yang jauh lebih sedikit.
2. Tentera musyriq ditidurkan Allah.swa, ketika Rasulullah.saw nak berangkat hijrah ke Madinah.
3. Malaikat menawarkan kepada Rasulullah.saw untuk menghentak kaum musyriq dengan bukit, ketika di Thoif.
4. Dan banyak lagi peristiwa lain,

Kan mudah tu..

Semuanya kerana Muslim dilindungi oleh Allah.swa. Pencipta kepada manusia, akal manusia dan alam semesta yang luas ini.

Di sebalik golongan Kafir berhempas pulas berfikir, mengerah akal untuk menguasai kita Umat Islam. Kita pula hanya diuji dengan 'diri kita sendiri'. Cukup berjaya mengawal 'diri sendiri', maka datanglah pertolongan Allah.swa dan kita menang. Lihat sahaja peperangan Uhud.

Kerana itu,
Antara sebaik-baik tentera dan pemimpin yang pernah umat Islam miliki adalah Sultan Muhammad Alfateh. Kerana baginda antara pemimpin paling berjaya mengawal 'diri sendiri'. Lihatlah pada amalan qiamullail dan solat berjemaah baginda.

Sudah tentu insha Allah. Jika diteliti, antara asbab paling utamanya. Baginda punyai guru yang mursyid iaitu Syeikh Syamsuddin, yang juga mursyid kepada ayahanda baginda Sultan Murad II. Baginda dididik dengan manhaj yang terkenal mendidik jiwa, iaitu manhaj kesufian.

Pokoknya adalah jiwa,

Ghazzah (Gaza), sehingga kini Israel gagal menguasainya secara total. Lihatlah bagaimana Gerakan HAMAS meneliti kriteria calon tentera yang bakal mereka rekrut. Berapa tahun mereka perlu melazimi Solat Subuh berjemaah.

Bila jiwa sudah terdidik. Maka lahirlah Insan yang siangnya ibarat Singa yang lapar di Medan Perang. Dan malamnya ibarat budak kecil yang menangis kelaparan di depan Rabbul Alamin.

Persoalan;
Adakah Imam Mahdi di akhir zaman nanti bakal muncul diiringi strategi yang kompleks atau Nusrah yang mudah?