Jumaat, 4 Mei 2018

Aku seorang guru

Aku seorang guru.
.
2016-2017-2018.
.
Setiap kali mendapat kelas baru. Aku agak stress. Walaupun berjaya kawal perasaan itu. Tapi adakala rasa tertekan tetap muncul sekali-sekala. Apatah lagi. Jiwa garang telah lama aku tinggalkan. Seingat aku terakhir 2005. Dulu aku rasa biasa, walaupun nampaklah berjaya jayakan sedikit sebanyak unddang-undang asrama. Namun rupanya, hampir semua junior yang aku jumpa semula akui. Aku memang garang. Aku tahupun bila waktu perlukan khidmat sebegini, mereka up-kan namaku untuk handle. Hampir 13 tahun juga dah berlalu tu. Iyelah, masa tu yang penting bagi kita suasana terkawal. Jadi tak fikir sangat apa pandagangan orang kepada kita.
.
Bila tak garang pelajar jadi tak takut. Amat bahaya jika pelajar mula meninggalkan adab dan melanggar disiplin.
.
Awalnya. Malah adakala timbul juga. Rasa malas nak hirau. Lebih baik aku fokus pada pelajar tuaku di masjid-masjid. Pelajar tua lebih menghargai ilmu, lebih beradab dan sangat bersemangat untuk belajar. Mereka juga mudah ditegur.
.
Tapi takdir Allah penentu segala. Walaupun pelbagai kerenah, nak kena layan tarik tali. Adakala tengang urat kepala memikir. Lama-lama hadir juga rasa sayang pada mereka. Buruk baik diorang. Aku juga yang kena corak. Malas atau rajin, aku juga kena push. Kemampuan menghafaz, aku juga kena pelbagaikan teknik mendidik.
.
Semalam aku mengajar di Masjid Balok Pantai. Beri Kulliah Maghrib. Seronok. Kini setiapkali dijemput berceramah, aku pasti akan memilih Kitab Pelita Penuntut (تعليم المتعلم طريق التعلم ). Cerita pasal ilmu.
.
Ok. Mata dah mengantuk tak qoilulah tengah hari tadi. Wassalam.