Sepatutnya aku dah tidur. Tapi mungkin penangan tidur lewat. Mata jadi payah tidur. Baru belek buku tadi, sakit pula tengkuk. Jadi menulis la jawabnya. Tapi.. Nak tulis apa?
.
Bila kita mula menulis. Fikiran dan jiwa kita akan terapung-apung sekitar topik yang kita tulis. Jadi, malas nak pergi ke topik kritikal atau serius..Cukuplah layan 60km sahaja. Santai-santai. Persis orang memandu kereta di tepi pantai (boleh bayangkan persisir Pantai Sepat). Sambil drive, sambil hidup udara segar, angin menerpa ke muka, sesekali menjeling ke ombak yang menghempas pantai. Melayan jiwa mungkin aktiviti yang bagus. Seronok juga mencapai Alquran di poket. Lalu mengulang hafalan yang masih diingat.
.
Seronok juga tulis di-blog ye. Tidak risau siapa yang membaca. Mungkin yang kenal dan datang berziarah hanya 1-2 orang (Berdasar kiraan statistik yang konsisten). Selebihnya mungkin sekadar surf topik di google. Lalu ketemu blog ini.
.
Blog ini dibuat bukanlah untuk tujuan commercial. Just untuk mencoret di waktu terluang sahaja. Kerana menulis adalah hobiku. Cubalah. Ia antara terapi yang bagus untuk redakan stress, berkecamuk fikiran, berat otak.
.
Aku nak bersukan. Tapi faktor lututku membatas. Namun jika ok-pun. Aku masih perlu luangkan waktu bawa Abi jalan-jalan. Mudah-mudahan aku berjaya pikul semua ini dengan jayanya.
.
Sebenarnya. Aku sangat-sangat suka bersukan. Mana-mana tempatlah. Aku antara muka yang kuat bersukan. Dari main bola, bola tampar, badminton, jogging. Semua aku fanatik. Sehinggalah diploma. Aku terpaksa korbankan ia demi hafalan. Di Mesir pula aku terpaksa korbankan demi Majlis Ilmu. Dan sekarang, aku perlu korbankan demi khidmat.
.
Takpelah. Setiap pengorbanan biasa disusuli hikmah yang besar insha Allah. Teringinnya nak lari keliling padang, tendang bola, pukul bola tampar, pukul badminton, main bowling, main chess... Main chess? Ish... best juga idea ni.
.
Ok geng. Kalau tak ngantuk lagi. Ingat nak download chess. Nak join? Pm tepi ek... k wassalam