Ahad, 13 Mei 2018

UMNO yang ku sayang

Aku rasa. Jika aku tulislah status ini di Facebook. Memang kena nak kena bash Insha Allah.
.
Tapi. Inilah uniknya kami. Bagi kami (beberapa ahli keluarga dan teman). Jika UMNO kalahpun, biarlah PAS ganti. Kami sangat sayangkan UMNO dan PAS.
.
Mungkin ada yang kata kami lalang atau flip-flop. Tapi inilah keistimewaan kami.
.
Sedaya upaya mungkin. Kami salurkan bantuan. Wang ringgit, kibar bendera, tukang kempen, jadi cybertrooper kepada dua parti ini. Tapi kenapa?
.
Tidak lain kerana satu. ISLAM. Ya, keduanya menjadikan Islam sebagai asas agenda parti. Jika PAS sudah pastinya memperjuangkan Islam. Maka UMNO pula memperjuangkan tiga perkara. AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU, TANAH AIR ( أ ب ت ). Uniknya bangsa Melayu. Semua Orang Melayu adalah wajib Islam. Jika tidak Islam maka dia bukan Melayu.
.
Kami faham. Keduanya punyai karektor, keistimewaan dan kelemahan masing-masing. Justeru tugas kamilah menolong kedua-duanya. Biarlah saling bermusuh sekalipun, yang penting siapapun yang menang antara mereka berdua, manfaatnya kita dapat.
.
Minggu lepas (sebab dah pukul 1.01pagi). Semenjak keputusan PRU14 keluar. Acapkalu aku rasa sebab. Benar, dari satu sudut ianya takdir dari Allah. Namun sebagai makhluk, sudah fitrah kita rasa kecewa dengan sikap kita sendiri. Dengan peratusan orang melayu keluar mengundi sekitar 55%, undi China 90%. Namun jika dihitung, komposisi melayu jumlah 50 peratus dari rakyat Malaysia, manakala China hanya 30%. Maka jika dianggar, jumlah pengundi melayu dan china adalah hampir sama !
.
Macam mana boleh jadi begini? Tak lain, rasanya sikap kita sendiri. Sikap malas keluar mengundi dan tidak mahu pangkah PAS atau UMNO.
.
Kelemahan UMNO adalah pada ahlinya. Secara fizikal, koordinat UMNO amat mantap. UMNO menguasai MCA dan MIC. Kelemahan PAS pada bekerjasama dengan Non-Muslim. Pada reaktif dengan persekitaran, contohnya memanfaatkan isu untuk diri agak lemah. Namun takpelah. Sebab dari sudut yang lain, PAS parti yang sangat bagus. Berpegang pada  prinsip, Ahlinya sangat mantap, pimpinannya sangat berintegriti.
.
Sebab itu. Kami pilih keduanya. Jika undi pula. Kami lihat pada potensi calon. Boleh jadi Parlimen dan dun, kami undi dari parti berbeza.
.
Gerak hatiku mengatakan, Ds.Najib pemimpin yang sangat baik dan berakhlak. Walaupun mungkin banyak kesilapan yang beliau buat. Moga beliau bertaubat dan Allah ampuni. Itupun jika ada. Namun, aku rasa, pengobanannya juga boleh tahan banyak. Tapi empunya diri terlebih tahu.
.
Ds. Najib. Jika Dato terbaca tulisan ini. Saya cuma nak beritau, masih ada lagi yang sayangkan Dato Seri dan UMNO. Dan orang itu adalah saya.
.
Sekian wassalam
.
Moga Dato Seri kekal tabah dan bersabar
.