Teringat waktu rasmikan MALTAF (Maahad Azhari Li Tafaqquh Fiddin) di Hayyu Sabi'. Dalam tahun 2010/2011 begitulah. Duta Malaysia ketika itu Dr.Fakhruddin. Doktor ada cerita tentang thesis PhD yang Doktor buat tentang pondok² di Malaysia. Doktor buat di US rasanya. Tajuknya dalam English. Jadi doktor nak terjemah nama pondok tu kepada English. Tapi pensyarah omputeh melarang. Katanya, kalau guna nama lain, takut lari dari murod sebenar.
.
Teringat antara perkara yang Tok ayah selalu berbunyi. Dalam jual beli kita ada istilah ijab dan qobul. Qobul maksudnya 'terima', tapi kita juga jumpa istilah qobad, juga maksudnya 'terima' dalam bahasa kita. Bezanya, qobul terima dengan mulut n qobad terima dengan tangan.
.
Afdhal dalam istilah fiqh merujuk satu perbuatan yang pahalanya lebih lagi dari sunat biasa, namun kurang sedikit dari taraf wajib. Kalau diberi pilihan nak terjemah ke bahasa melayu, istilah apa kita nak guna? Kerana itu terbaiknya, gunakan istilah arab yang sama. Kemudian berikan dhobit atau nota kaki keterangan di bawah. Boleh biasakan masyarakat dengan istilah arab, taklah jadi canggung bila dengar lain kalinya.
.
Teringat ada seorang pelajar yang baca al-Quran. Dekat akhir pengajian baru perasan, rupanya dia tidak gunakan tulisan arab. Dia baca yang dieja dengan Bahasa Melayu. Sebab memang tak perasan, tak ketara bezanya. Teringat kalam Habib Ahmad al-Maqdi, ianya dilarang untuk eja al-Quran menggunakan tulisan lain. Lantaran dalam al-Quran ada syiddah, ghunnah yang kita kena raikan. Dan ianya tak mampu diterjemahkan ke bahasa lain.
.
Teringat seorang teman beritahu. Sewaktu kulliah, Doktornya beri pandangan. Pelajar melayu kena hafal teks n jawab imtihan ikut teks tu. Sebab kalau ikut buat ayat sendiri, rasanya ramai yang dah murtad..😅.