Suatu hari dalam 11 tahun lepas. Waktu itu hujan lebat, seorang teman kelam kabut ajak follow ke sebuah hospital, ziarah seorang kenalannya. Tak sempat nak bertanya apa sakitnya. Sampai di katil pesakit, ada ibu menjaga. Ibunya buka cerita: "Keadaan anaknya itu dah semakin pulih. Tiga hari doktor suruh dia makan ubat, lepas makan makan. Tiga hari juga anaknya tidak makan benda lain, sebab nak cuci Racun Parakuat yang dia..... dulu". Suara ibunya agak tenggelam waktu menyebut perkataan "minum". Terpaku dengar.
.
Dalam 12 tahun lepas. Rapat dengan satu keluarga. Disebabkan sibuk dengan urusan kerja, jadi mereka menggaji seorang pembantu rumah. Lama berkhidmat, suatu hari pembantu rumah jadi lain macam. Dia salam dan minta maaf dengan semua orang. Ada yang berasa pelik. Kemudian dua hari dia menghilang. Keluarga pun adukan kepada polis. Tak lama mencari, polis pun jumpa pembantu rumah tersebut. Telah meninggal dunia, dalam keadaan lehernya tergantung di sebuah pokok jambu. Setelah disiasat. Rupanya pembantu rumah itu ada suami di Indonesia. Setiap bulan, dia akan kirim duit kepada suaminya, sebab nak buat rumah di Indonesia. Namun, akhirnya dia dapat tahu. Duit tu semua hangus, suami dia buat berjudi.
.
Dalam seminggu yang lepas. Hampir tiga hari mesej topik yang sama dengan seorang sahabat baik. Biasa kalau fiqh, kejap je habis. Kalini jadi lama, sebab sahabat bersungguh nak Sadd az-Zaroik. Sahabat nak sekat pelajarnya dari buat benda yang tidak elok. Masalahnya, dari sudut hukum perkara tu memanglah haram, namun tidak membatalkan puasa. Namun sahabat tetap nak juga tahu qoul² yang kata batal. --Ianya agak aib, jadi tak nak cerita sini--. Cuma contoh lebih kurang. Seperti ambil wudu' dengan air yang dicuri. Wudu' memang sah, tapi perbuatan itu berdosalah. Katanya, menjaga budak sekolah menengah memang mencabar. Zaman sekarang pula. Hukum tu satu hal, tapi cara nak nasihat tu yang mencabarnya.
.
Beberapa lama sebelum ni. Seorang teman tiba² hubungi, minta tolong doa. Tanya kenapa? Katanya ada ahli keluarganya yang terjebak ambil 'benda' (dadah). Dulu dah lama stop. Tapi sebab stress dengan kerja, lambakan kerja. Baik pula dengan kawan² yang main 'benda' tu, dia jadi ambil balik. Kesan ambik 'benda' tu, memanglah tenaga dia jadi lain macam, boleh kerja banyak tanpa letih. Tapi kesan sampingan dia, lepas pada tu dua hari tidur tanpa sedar, kemudian jadi panas baran dan mudah mengamuk. Dia tengah usaha keras, nak selamatkan ahli keluarganya itu.
.
Moga sahabat kita berjaya menjadi Soleh dan Musleh. Berjaya perbaiki diri dan memperbaiki insan lain. Suatu kerja yang bukan mudah.
.
أن رجلا جاء إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال :
( يا رسول الله ! أيُّ الناس أحبُّ إلى الله ؟ فقال : أحبُّ الناس إلى الله أنفعهم للناس، وأحبُّ الأعمال إلى الله عز وجل، سرور تدخله على مسلم، تكشف عنه كربة، أو تقضي عنه دينا، أو تطرد عنه جوعا، ولأن أمشي مع أخ في حاجة، أحبُّ إلي من أن أعتكف في هذا المسجد، يعني مسجد المدينة شهرا...) رواه الطبراني
.
Seorang lelaki telah berjumpa dengan Rasulullah.SAW. Dia berkata: Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling Allah.SWT sayang? Baginda.SAW menjawab: Manusia yang paling Allah.SWT sayang ialah mereka yang paling memberi manafaat buat manusia. Dan amalan yang paling Allah.SWT suka ialah kamu menggembirakan muslim yang lain. Kamu hilangkan dukacitanya (kesedihan), kamu langsaikan hutangnya, kamu hilangkan rasa laparnya. Demi sesungguhnya, aku berjalan bersama saudaraku bagi menunaikan hajatnya, lebih aku sukai dari beri'tikaf di masjid ini, yakni Masjid nabawi selama sebulan (Gandaan pahala solat di masjid nabawi 1000 kali ganda lebih banyak dari masjid yang lain (Kecuali Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa) ).
.
أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ عَبَثٗا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu sia-sia? (dengan tiada sebarang hikmah tujuan pada ciptaan itu) Dan kamu (menyangka) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" -Surah Al-Mu'minun, Ayah 115.
.