Jumaat, 23 Disember 2011

Rindu Seorang Anak

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Pelajar Sekolah Agama maut digilis lori
Saat terbaca kisah ini di dada akhbar..
aku lantas bergegas menemui seorang kenalanku..
Yang aku tahu.. belajar di madrasah yang sama..
Sangkaan awalku.. mungkin beliau mengenali pelajar ini,

Sangkaanku tidak silap... Tapi Allah punya kuasa............
Pencarianku menemui sesuatu yang lebih menarik.. Ia... lebih menarik..


Kisah Hati Seseorang Yang Telah Pergi,


Wujudkah lagi Sayang?
~Man... enta rasa masih ada lagikah 'Sayang' kat dunia ini?
~erm.... kenapa cakap camtu
~Seumur hidup... aku tak pernah rasa kasih sayang,
~Keluarga enta?
~...................Kadangkala aku rasa macam keseorangan dalam rumah, mak ayah aku tak pernah hirau aku ada atau tidak, aku dah makan atau tidak.. diorang tak tanya pun,
Aku pergi daftar masuk sekolah pun sendiri, Berborak dengan mereka pun tak pernah..
Aku ini ibarat Orang Asing dalam rumah aku sendiri... Ibarat anak yang tak berguna... Allah
~Banyakkan bersabar Nuar.... Allah bersama enta,
Insha Allah... Besar hikmah yang Allah sediakan buat enta... Untuk semua ujian-ujian ini..


Anuar kemalangan
Saat Jenazah Anuar di bawa balik ke rumah.. Jam telah menunjukkan hampir pukul tiga pagi,

Ayahnya meminta orang masjid untuk segera menguruskan,
Muka Anuar hampir 100% berkecai digilis lori. Walaupun baru jam tiga pagi..

Ayah Anuar tidak lagi mampu menunggu.. Tidak sanggup lagi melihat gambaran derita Anuar.., Saat Anaknya itu terseksa digilis tayar lori...

Semasa menguruskan Anuar.. Mata si Ayah yang selama ini kering dan kasar. Kini pantas basah dan bergenang dengan air mata... Hatinya mula lembut... ego seorang lelaki sudah pudar,
Yang ada hanyalah kesedaran dan kesedihan yang mencengkam.... Anuar telah tiada.. Anuar sudah meninggal,

Ayah tidak mampu mendakap, mencium dan melayan Anuar.... Ayah tidak mampu menyayangi Anuar,



Sayang
Walaupun saya tidak mengenali Anuar secara face to face Insha Allah,
Namun mudah-mudahan Allah mengampunkan beliau dan diberikan darjat yang tinggi disisi Allah...

Mungkin tiada yang menyayangi Anuar di dunia. Namun mungkin Anuar disayangi seluruh penduduk langit Insha Allah.
"...Masihkah ada lagi Sayang di Dunia ini ??
Ada... Tapi tidak seindah Pemberian Allah (^^,)..
Mungkin enta kini sedang menikmatinya di Barzakh sana Anuar.. Insha Allah.., ameen







Pakwan: Kisah ini diubah hampir 80% I'Allah, lantaran menjaga hati sesetengah pihak. Sudilah sedekahkan Al-FATIHAH dan DOA buat Allahyarham Lelaki ini....... AL-Fatihah !!. Terima kasih

Selesai Masalah Lelaki


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله





Terus Berlari

Kita boleh terus berlari, berlari & terus berlari.. Sampai lesu..

Namun sketsanya hanya Allah yang tahu,

Tidak perlu persoal apa yang bakal berlaku..

Namun persoallah apa yang sedang dilaku,



Planning, Strategi & Usaha.. Hanyalah Harta yang tiada makna..

Jika tidak disulam doa & Allah sebagai matlamatnya.

Ia.. ada benarnya begitu.. Kehidupan memang sukar,

Namun.. itu jika fikiran disempitkan, dunia dikecilkan,

malah.. Ianya akan lebih2 sempit, lebih2 rimas & sangat2 sukar,

Justeru lapangkan ia dengan matlamat Akhirat.. Nikmati kehidupan bertuhan,



Salam Keceriaan

Seronok kita kerana Allah.. berkawan kita kerana Allah.. Ceria kita kerana Allah,

Terlihat seorang sahabat yang sedang muram & resah gelisah,

fikirannya sedang bertarung dengan masalah kehidupan... Badannya letih memulih keadaan,

Perlukah kita tolong? Perlukah kita setelkan? Tidak perlulah...

Biarkan ia sendirian yang berdepan,

Jika ia perlu... Ia akan berjumpa sendiri dengan kita & berkata,

Cukuplah dengan belanja Bonjorno Coklat Ustaz Rosma.. Unjurkan topik2 ceria & bual2 remaja,

Nanti bila ia kembali segar.. Keadaanya pasti kembali pulih I'Allah,



Kerana apa?

Kerana masalah & problem Manusia bukanlah pada strategi & caranya.. Namun pada hati & fikirannya,


Peribahasa lelaki selalu bermadah: ..Semakin ceria hidup, semakin "berisi" badan,

Sorongkan dia dengan "Pengalaman" lebih terbaik.. daripada corongkan ia dengan nasihat,

Kerana Nasihat akan ajarkannya teori.. Tetapi Pengalaman akan mengajarnya Praktikal...



Abi & Mie

Mie selalu mengajarkanku Soal Hati melalui kata2nya,

Namun.. Abi selalu mengajarkanku "Skill Kehidupan" melalui tindakannya..





Pakwan: Mood membaca & menikmati hidup(^^,)..

Khamis, 24 November 2011

Detik Avakuasi Egypt 2011


Di sebalik hening Jumaat
28 Jan 2011


Selesai Solat Jumaat di Jami' Muhammadi Hayyu Asyir.. Aku bersama Mat top & Syazwan bertolak ke Sabi'.. destinasi akhir kami adalah Attaba, Penumpang bas warga Arab-Mesir melarang kami ke sana kerana katanya bahaya.. namun kami tetap berkeras, Seluar di Attaba perlu kami tebas !!

Namun belum lagi di Attaba.. Tremco kami dari Sabi' ke Ramsis telah diselebungi Gas, Pemandu meminta kami menutup tingkap, Mama2 & penumpang2 Arab yang lain ada yang mula beristighfar, Kami saling tersenyum..,
Macam nak bertemu pengalaman baru jep.... I'Allah,
Alhamdulillah... kami berjaya sampai di check point kedua selepas Sabi'..

Mahattoh Ramsis (Stesyen Tremco Ahmad Hilmi) diselubungi gas yang memedihkan mata & memeritkan tekak (Gas Pemedih mata). Melihatkan suasana yang agak kelam kabut disitu... kami mencari jalan ke pinggir Bandar Ramsis untuk ke Attaba( waktu belum lagi 'mengenali' Bumi Ramsis),

Kami bergegas keluar dari Stesen Tremco Ahmad Helmi, suasana menjadi semakin serius.. Mata kami juga menjadi sangat pedih & hanya 30% yang mampu dicelikkan. Sambil mata melilau mencari jalan keluar.. gerakan kaki semakin kami percepatkan, tekak kami juga semakin perit...

Orang ramai berpusu2 meninggalkan kawasan2 bergas (walaupun hampir seluruh Ramsis diseliputi gas).. Tidak kurang ada juga yang tersengih melihat kami, Dengan wajah yang ceria mereka mengalu2kan kami: Welcome to Egypt !!

Sedang kami melewati Mama2 yang duduk di kaki lima... kami diminta keluarkan tisu, lalu mama curahkan sejenis cecair jernih yang memedihkan mata (pedih sedikit berbanding kesan gas tadi), Ada juga pejalan kaki yang memberikan kami cecair hitam untuk disapu ke mata. Akhirnya....... tahulah kami bahawa: Cuka & Air Coke boleh meredakan kesan Gas Pemedih mata !!


Jika sudah terdesak.. tibai jep,
Tiba2... tanpa kami sedari, kami telah berada di tengah2 kelompok Penunjuk Perasaan yang tengah 'naik syeikh'. Kami berdiri betul2 berdepan dengan mereka2 yang sedang asyik 'melanyak' sebuah lori... Baju mereka tanggalkan buat menutup muka & yang hanya kelihatan adalah mata. Tiba2 kami mendapat suatu idea gila.......he2

Kami berkejar ke salah seorang penunjuk perasaan yang sedang mengambil kayu, mungkin untuk dijadikan senjata... mungkin juga untuk 'membaham' lori tadi.....
" Sodiq2 !! Lahzh syuwayya... Thoriq ila asyir fien?
(Kawan2 !! Tunggu jap... Jalan ke Hayyu Asyir mana?)

**Saat itu Pelajar Malaysia tidak dilihat mewah, Hanya segelintir yang maklum.., Justeru Orang Arab tidak terlalu mengacau kami, Namun sekarang sudah tidak lagi... Ramai yang seolah2 sudah mula berkira2 dengan Pelajar kita khususnya di Kaherah...(^^,) wallahua'lam

Terserempak Budak MARA
Berdasarkan peta yang diberi 'peserta' Muzoharot tadi.. kami lantas bergegas menuju ke sana, Kami terpaksa balik ke Ayir & lupakan Attaba... Tiada kenderaan awam yang sanggup kesana,

Tiba2.. kami terserempak dengan sekumpulan pelajar melayu, gaya mereka seolah2 nak berjalan jauh & kelihatan seperti tidak tahu hendak ke mana........ kami lantas menegur,

Owh budak MARA Iskandariah/Alex rupanya, mereka hendak menuju ke Mator (lapangan terbang)...., Namun baru pertama kali tiba di Ramsis & tidak tahu nak tuju kemana.
Kami bersetuju untuk menolong... Memang payah untuk keluar dari Ramsis saat ini kerana tiada satupun kenderaan awam yang bergerak.., Lagipun... memang saat ini memerlukan kelicikan & akal yang panjang, berbekalkan pengalaman '3bulan' menetap di Kaherah & hampir 2-3 kali seminggu tersalah naik bas............ Kami lantas menjadi Hero pada hari tersebut(^^,)......ha2

Alhamdulillah, Setelah hampir 1jam berjalan kaki......... Tiba jugalah kami di pinggir Bandar Ramsis (tanggapan kami saat itu), Kami menahan hampir keseluruhan kenderaan yang lalu.., Walaupun muka terasa macam dah berlapis2 (saat itu masih tidak biasa).... kami lakukan juga, Alhamdulillah.......... pengalaman semasa turun naik Jabatan Kerajaan di Malaysia & berdepan dengan kesulitan banyak membantu kami di saat itu, khususnya dalam menangani rasa 'segan'....., Ia.........
Setel tugas baru fikir malu !!

Jalan Pulang
Alhamdulillah.... Sebuah Tremco travel sudi menumpangkan kami.
Walaupun Pemandu tersebut hanya mampu menghantar ke Sabi' & dengan kadar bayaran 80genih (Biasanya hanya 25-30genih).... kira ok-lah kan? tambahan dalam keadaan terdesak begini pula......., Sahabat2 perubatan Alex tadi juga sedia menjelaskan semua bayaran tersebut..... Alhamdulillah. 70% tugas hampir beres........ lagi 30% pula sedang menanti I'Allah, Sambil mata menikmati pemandangan luar...... Hati Saya berasa sangat bahagia & Puas..........


Pulang ke Asyir
Sejurus sampai di Sabi'........ kami sama2 solat & meninggalkan beberapa orang 'Sahabat baru' di Rumah Negeri, Seorang ikut bersama kami ke Asyir lantaran ada beberapa urusan yang penting perlu kami sama2 'setelkan'..
Tremco yang kami naiki ke Asyir penuh & sendat dengan penumpang, setiap orang perlu meriba penumpang yang lain... lantaran tremco yang mahu ke Asyir sangat2lah sedikit, Namun Alhamdulillah....... Kadar tambang masih sama(^^,)..










Pakwan: Alhamdulillah Berakhirlah untuk Hari Pertama kami di ambang Avakuasi,
Episod seterusnya I'Allah akan menyusul kemudiannya........wassalam

Isnin, 3 Oktober 2011

Markaz Bahasa Universiti AlAzhar

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



"..Mudah2an kami najah untuk imtihan kali ini"
-Mahasiswa bersolat jamaah berhampiran Kulliah Ulum & Dakwah AlAzhar.


Di Bilik Kullliah
Di bilik kulliah.. Bilangan pelajar yang hadir lebih kurang 30-40org..
Melayu meliputi 4o peratus.. selebihnya Indon, Thai, Filipina, Afghan, Turki & Bosnia..
Walaupun bilangan pelajar Bosnia hanyalah 5-7 org.. tapi riuhnya.. gawat !!
Pelajar Indon juga acap mengeluarkan pendapat.. Afghan pula rajin bertanya..
Melayu Malaysia?... ha2, Majoritinya diam sebagai pemerhati kehormat.....



Bercakap.. bercakap... & terus bercakap..
Di mustawa(fasa) ini.. kami ditekankan untuk bercakap..
Cakaplah apapun.. Paling seronok bila diadakan sesi pertukaran pendapat..
Setiap negara ada cara penyampaian tersendiri.. ada yang suka m'hentam, memerli, bertanya & suka bercerita..
Dari situ.. saya dapat tangkap sesuatu yang menarik, Ya... kita ini saling melengkapi !!


Kuiz Antara Negara..
Baru2 ini.. Pensyarah kami di Markaz Lughah(Bahasa) mengadakan kuiz antara pelajar2..
Pelajar dibahagikan mengikut negara.. Masing2 kelihatan inginkan kemenangan.. tidak terkecuali Pelajar2 Malaysia..


Allah... Takkanlah kot
Sambil Pensyarah membacakan syarat2 pertandingan.. Saya menjeling kanan & kiri..
isyi.. tidak boleh jadi, Biasanya Pelajar Melayu memang Tawaddu'... takkan nak kalah begitu jep..
"Aku mesti lakukan sesuatu.." getus saya. tapi......................erm.


Atur strategi
Seperti yang saya jangkakan.. hanya 2-3 Melayu yang kerap mangangkat tangan..
Biasanya kita berani bila sudah ada yang mencetuskan, Jadi Labudda(Tidak dapat tidak).....
Kami tubuhkan 'Skuad Penghidup Suasana'.... ha2,
Saya paksa seorang rakan untuk sentiasa menganggkat tangan... biar saya yang carikan jawapan,
Bila dia sudah letih... saya pula yang mengangkat tangan, Kadangkala kami berdua serentak mengangkat tangan...

Suasana dimasa itu memang kecoh... , hasil tangan kami berdua...... ha2
Namun pelajar2 dari Indon, Turki & Bosnia tidak kurang belangnya... huh !


Skuad Penghidup Suasana
Kami saja timbulkan kekecohan.. Buat bising, megkritik pendapat pelajar Bosnia, Bertepuk tangan bila ada pendapat yang bernas, Menghentam pelajar Afghan & Indon... Wah memang seronok !!..ha2
Namun.. Kami juga tidak lari daripada dihentam teruk !! ..Hampir beberapa kali nak terhujah dengan Bahasa Melayu.. Kamus pun hampir lunyai kami belek..


Strategi Menjadi
Bukanlah niat kami untuk berlagak @ nak tunjuk "ma"(Bahasa Alattas) /"gong"(Bahasa Alihsan)..
Tapi kalau kami tidak buat begitu.. memang suasana kelas akan boring & mengantukkan,
tambahan... setelah kami buat kecoh begitu.. barulah kelihatan ramai Pelajar2 Melayu yang mula bangkit bersuara..


Sudah ada yang berani berhujah,
Walaupun tegagap2.. tapi takpelah.. sebab kita semua memang tergagap2..
Pelajar Afghan, Indon & Bosnia pun sama...
Hasilnya memang berbaloi.. Malaysia menang besar dalam Kuiz itu..
Jauh meninggalkan pelajar Indon & Bosnia di tempat ke 2 & 3..



Itulah Dia
Kadangkala saya dapat rasa macam ada yang benci dengan "Skuad Gelak".. Tidak kira dimana sahaja,
Mungkin kerana bosan dengan kebisingan mereka... Namun sedarkah kita?? ..
Bukankah merekalah yang menambahkan kemanisan ke dalam Kulliah @ kelas2 Ilmu kita?
Tidakkah rakan2 kita ini yang membuatkan majlis itu nampak hidup?... Membuatkan guru2 yang masuk kelas dengan wajah mencuka... Namun semasa mengajarnya bertukar pula ceria.. disebabkan usikan rakan2 kita ini??..

Suasana kelas yang asalnya sunyi & suram.. bertukar menjadi gamat dengan soalan2 pelik & nampak mudah... tapi sebenarnya ramai yang tidak tahu & malu untuk bertanya??...


Terpulanglah
Sebelum saya akhiri coretan kali ini. Suka untuk saya ucapkan "Selamat Pengantin Baru"..
Khusus buat teman2 yang cukup2 saya kasihi.. Jika dikira2 rakan2 satu batch semasa di Alihsan & Maahad.. dalam 7-8 pasangan juga yang bakal melangsungkan pernikahan dalam 2-3 bulan ini.. Mudah2an kalian bahagia(^^,)..


Buat teman2 yang telah @bakal menyambut 'Hari Kelahiran'..
Maaflah jika tiada 'wishes' & cenderahati seperti biasa. Tak tahulah kenapa.. tapi saya rasa lebih seronok begini.. rasanya lebih tenang & Bahagia, Alasannya.....?? Adalah planning-nya nanti...(^^,)..
Apapun ... kalian semua sentiasa berada di hati ini disetiap ketika I'Allah..
Mudah2an Allah menjaga &memelihara Ikatan Ukhwah fillah ini...


Akhirnya
Alhamdulillah... Saya rasa cukup2 seronok dengan kehidupan sekarang, walaupun bermacam2 ujian datang & pergi Silih berganti, Penat ke kelas pagi petang &Malam.... Namun hati saya cukup2 bahagia & seronok, Jiwa saya rasa cukup2 tenteram. Mudah2an kalian yang membaca ini juga diberikan Allah dengan Bahagia & Ceria jiwa................ Mudah2an Allah Kasih & Sayangkan kita semua.. Tiada kuasa upaya melainkan dengan kehendak-Nya juga...ameen(^^,)




Pakwan: Seronok menonton Cerita Hindustan bertajuk '3 Idiot'', Terutama bila Ranchu(Amir Khan) bercerita tentang Prinsipnya mengenai Ilmu...

lihat juga: Berkelana di Universiti Al-Azhar Mesir

Akhlak seorang Ulama'




بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله






Sekadar berkongsi Pengajaran..
Khusus buat Sahabat Seperjuangan,

Sementara menanti Isya'sebentar tadi,
Saya sempat mendengar Syarahan Agama di Masjid Syarbini..
berdepan dengan Suq Sayyarat (Pasar Kereta),

Pada mulanya... Sangkaan di hati.. mungkin Ulama' Wahabi..
Kerana dari sudut luaran.. Pakaiannya mirip Ulama' Saudi,

Namun apa yang lebih penting.. Hatiku cukup2 senang padanya
disebabkan peristiwa yang berlaku sebentar tadi...


Kisahnya Begini
.......Sedang Guru itu mengajar,
tiba2 Azan berkumandang (radio masjid)..
Lantas guru itu berhenti sebentar,

Sebaik sahaja habis azan.... guru itu meneruskan kulliahnya,
lebih kurang 5minit mengajar.. tiba2 seorang makmum di depan saya berbunyi...
"Bila baru boleh kita solat??? (lebih kurang bunyinya)", 

Sudahlah dengan nada tidak beradab..
mukanya juga tidak menunjukkan riak2 bersalah....


........Dengan muka agak terkejut,
guru itu menjawab: " I'Allah... kita akan berhenti",
sambil meminta lelaki itu berselawat keatas nabi
& bersyahadah (Cara biasa di Mesir untuk redakan kemarahan orang),

lantas guru itu menjauhkan microfon serta memberhentikan Kulliahnya...
sambil berselawat keatas nabi.

kelihatan seolah2 ada diantara makmum yang memberi isyarat tangan
kepada lelaki tersebut..
...(bersabarlah sikit..)


.......Guru itu menjadi Imam Solat Isya' pada malam ini,
sebaik sahaja selesai Solat (Zikir & Doa di Mesir biasanya dibaca secara sendirian)....
Guru itu lantas bangun dan mencapai microfon,

Dalam hati saya terdetik:
"kelihatan macam nak bergaduh .. mungkin ada hujjah yang ingin dihamburkan oleh guru ini,
Subhanallah... jangan2 Solatnya tidak khusyu' sebab fikirkan kejadian ini... mudah2an tidak"

Namun... tanggapan saya melesit sama sekali,
Sebaliknya.. beliau memberitahu:
"Kulliahnya pada minggu depan akan berkisar tentang 'Salasilah Bangsa Arab sehingga sampai kepada Zaman Nabi2 terdahulu'.. dia akan menceritakannya berdasarkan sumber2 yang shahih".. 

Kemudian guru itu beredar ke Bilik Imam,



Maha Suci bagi Allah........
Sikitpun tidak menyentuh akan peristiwa tadi...
Sebalik pada mukanya terukir pula senyuman yang cukup2 manis..
mampu membuatkan hati2 yang melihatnya menjadi tenang,
Demi Allah..
hatiku cukup2 tersentuh dengan Akhlaknya sebentar tadi..
rasa seperti ingin mengalirkan air mata..
tambahan bila saya teringat "peristiwa" sebelum Solat tadi...


........Alhamdulillah.. 
Peristiwa tadi tidak berlalu begitu sahaja.. tanpa unsur pengajaran,
Sebaik sahaja selesai guru itu berkata.. microfon itu cepat2 diambil oleh seorang Insan (wallahua'lam..mungkin Orang besar masjid I'Allah),

Sambil mencium pipi guru tersebut beliau mengucapkan:
" terima kasih yang teramat sangat kepada Syeikh (sudah lupa namanya)...
Salah seorang Syeikh daripada Universiti AlAzhar..
kerana sudi memberikan penyampaian,

Namun ingatan buat kita semua..
tidaklah layak bagi kita untuk tidak beradab di depan seorang Ulama'..
apatah lagi di dalam Majlis Ilmu Ulama',

Kalau nak Solat silakan Solat ditepi...
tapi bukan dengan cara sedemikian, amatlah tinggi martabatnya majlis ilmu ini..
apatah lagi bersama seorang Ulama' yang bakal memberikan Syafaat di Akhirat nanti "
(lebih kurang bunyinya), Subhanallah... Syeikh Azhar rupanya, 

 ternyata dengan ini ia menolak 2 tanggapanku,


--Pertamanya: tanggapan awalku memang salah sama sekali..
Beliau bukanlah Orang luar ataupun mewakili Kumpulan Wahhabi..
Bahkan rupanya min kibaril ulama' Azhariyyin. (Ulama Al-Azhar)

--Keduanya: Tidak layak baginya ku gelarkan sekadar seorang Guru..
Sepatutnya ku gelarkan dia sebagai seorang Syeikh (Guru kepada Guru),

Maha Suci bagi Allah..
begitulah Akhlak yang ditunjukkan oleh seorang Ulama' (Pewaris tinggalan Nabi2)..
Sentiasa tenang & mengingatkan kita akan Allah.

Mudah2 Allah sentiasa Ampun, Jaga
& Sayang akan Guru2 & Ulama2 kita.. ameen.






Pakwan: Bila pandang ke belakang... Lelaki yang berbunyi tadi sudah lesap.

Ahad, 25 September 2011

Alang2 Menyeluk Pekasam.. Jangan Menyerah

 
 
بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Alang2 dah masuk askar... Alang2 dah sukarr camni..
Nak payah... biar payah betul2, Alang2 panjat.. biar 'Panjat' tahap paling tinggi..
Alang2 menyeluk pekasam... Biar sampai ke pangkal lengan,


Masih saya ingat kata2 ini,
Ya... kata2 inilah yang menjadi takal bekalan buat sepupu saya: Kapten Wan**, semasa register untuk Ujian tahap tertinggi bagi seorang tentera iaitu elit KOMANDO. Walaupun dengan ujian yang cukup2 hebat, salah seorang rakannya ada yang meninggal dunia semasa ujian payung terjun tahap tertinggi (Penerjun perlu terjun TEPAT ke sasaran pada WAKTU MALAM & di dalam HUTAN... payung rakannya tidak sempat di buka), ada juga yang gila, belum lagi diambil kira dengan 1001 bebanan SEKSAAN yang perlu & wajib ia harung, namun semua itu tidak ia pedulikan, Jiwanya telah nekad:.. -- Alang2 Menyeluk Pekasam biar Sampai Ke Pangkal Lengan.!! --



Gagah melangkah,
Puji2an buat Allah, Kini Kapten Wan boleh berbangga dengan pencapaian ia miliki, Kapten Wan telah berjaya mengharungi kesemua seksaan2 tersebut (daripada beratus2 yang memohon... tidak sampai 60askar yang berjaya), walaupun dalam usia yang masih muda (belum sampai 30an).. ia sudah dipanggil TUAN oleh anak2 buahnya yang beratus2, mengetuai salah satu devisyen semasa operasi di Lubnan baru2 ini. Secara peribadi saya suka lihat gerak-gerinya sekarang, matanya sentiasa kelihatan berwaspada & tutur katanya penuh hati2. Seorang yang cukup2 nekad dengan keputusannya & paling penting... Jaga Solat.



Kisah di Bilik Tasmi'
"Bang.. kenapa saya payah nak hafaz Al-Quran?" "Semua orang dah tinggi2 (m/s), saya paling bawah... rakan2 saya yang sama lemah pun makin jauh tinggalkan saya, kenapa saya payah hafaz bang?..."
aduan yang tadinya hanya rayuan.. mula disertai tangisan, tersentuh juga hati melihatnya.
Sambil memegang bahunya: "Ha2.. Fauzan dulu UPSR dapat berapa ek?""5A.." jawabnya acuh tak acuh,"Woit... hebat tu, dalam satu sekolah berapa orang jep 5A?""Dalam 15 orang jep, tapi bang... saya selalu dapat no satu dalam exam2 lain tau, semua oarng sukakan saya masa tu" riaknya nampak ceria,
"Tapi sekarang.. semua orang macam tak suka saya, ustaz selalu marah2 saya" nadanya berubah sedih semula, air matanya mula tumpah ke baju saya & sebahagiaannya sempat ia kesat.
"Ha2... awat cakap camtu. Setiap orang kelebihannya tak sama.. walaupun minat boleh jadi sama, Abang lihat Fauzan hebat dalam bab2 pengurusan, walaupun masih muda... tapi cara Fauzan mengurus tampak matang, jauh atasi rakan2 Fauzan yang lain, ermm... mari Abang tunjukkan sesuatu kat Fauzan.." Saya mengajaknya & 2-3 lagi rakan ke Papan Kenyataan (Tempat keputusan terkini ujian DIPLOMA diletakkan, gambar pelajar yang Gagal akan ditampal di situ) .
"Nah... cuba lihat nama Abang2 & Kakak2 Diploma, semua dah tinggi2 kan? malahan ada yang dah habis muqarrar pun. Mereka semua hebat2, Erm... sekarang cuba Fauzan cari nama Abg pula.."
"Abang2.... ni2, tapi kenapa nama abang jep yang warna merah? Abang2 lain semua hitam.." Jerit Munif yang cepat menangkap.
"Ha2.... merah tandanya tidak habis muqarrar lagi la.." Jawab saya sambil tersenyum (sambil fikir rangkap seterusnya)
"Owh... tapi kenapa Abang tak habis?.." Munif pura2 bertanya (gamaknya la I'Allah)
"Ha2... Abang tak sehebat macam Abg Tengku, Abg Ikram, Abg Amir.. tak macam kakak2 yang lain, Abang jenis yang lemah dalam bab hafaz menghafaz ni, Abang jenis yang suka wujudkan sesuatu & Abg tak suka kalau follow jep apa yang telah ada.. Sebab tu Abang lemah nak 'terima' hafazan " Jawabku agak berbunga..
"Tapi Abang lain..." Celah Fauzan
"Ha2.. Jom kita balik" Saya mengajak mereka pulang
"Abang dah banyak kali gagal dalam hidup.. Abang tidak boleh lupakan sampai sekarang mimik muka mak Abang masa hanya dapat 2A masa UPSR dulu, Abang masih ingat masa SMA dulu... --Abg seorang yang sangat malas menghafaz, sampaikan bila natijah trial SMA keluar.. Abg gagal. Ustazah telah kumpulkan kami form4 ramai2 di tengah dataran perhimpunan, di kanan lelaki & kiri perempuan... manakala di tengah2 adalah pelajar2 yang gagal dalam trial, semua kawan2 Abang terkejut bila nama Abang tiba2 disebut dalam kategori 20org itu, semua pelajar berjumlah lebih 100org. Ada yang hanya mampu menepuk & tidak kurang yang memberikan kata2 semangat. Manakan tidak.. pelajar daripada kelas aliran Sains boleh gagal? Fauzan rasa apa sebabnya?" Saya bertanya
"Ntah..."
"Semuanya kerana malas menghafaz..
--Abang cuma tinggal dalam 2minggu sebelum real exam, Abg terpaksa hadam dalam 12 subjek (kalau tak silap) untuk pastikan Abang lulus ataupun abg terpaksa repeat SMA, Kami ditempatkan di kelas khas dengan rehat & makan di dalam kelas yang sama, motivasi diberikan tiap2 masa. Alhamdulillah bila keluar natijah Abg lulus & mendapat Pangkat 1 Agregat 11, walaupun tidaklah terlalu tinggi... namun berjaya juga Abg pintas 1-2 sahabat Abg yang sama kelas Sains dahulu. Fauzan rasa sebab apa? "
"Sebab apa..?"
"Ha2... sebab abang nekad untuk berjaya lulus & tak dapat tidak abg perlu menghafaz, walaupun... tidaklah terlalu tinggi natijahnya, namun Abang rasa puas... sebab Abg dah USAHA sungguh2, Lagi satu... jangan disebabkan hanya sehelai result kita jadi tertekan, otak kita jadi celaru..."
"Habis tu..?"
"Ha2.. jangan fikirkan sangat push2 ustaz, yang penting kita ceria & happy. Anggaplah semua itu juz mainan hidup.. Otak kita pun jadi ringan, sambil tu kita boleh hafaz dengan lebih tekun & bersungguh. Abg tahu fauzan jenis yang macam tu kan?"
Fauzan diam..
"Ha2.. pasal rakan2 yang lebih tinggi tu.. jangan difikir sangat, Kalau abg lah...bang tak minat letakkan diri abg dalam perlumbaan tu, diorang nak laju terpulang.. lagipun memangpun kelebihan diorang kat situ... kat tempat lain diorang pula kurang. Yang penting kita buat yang terbaik untuk apa yang kita nak, kalau berlari tu.... kita kena lari sampai garis akhir walaupun kita letih sangat2,
--Fauzan.. Abang ada satu kepercayaan yang abang sentiasa pegang; ..setiap orang pasti ada kelebihan & ianya pasti unik & pasti tiada pada rakan2 dia yang lain, Mudah bukan? & kepala kita pun akan jadi lebih tenang.... ha2, macam Fauzan lah kan? pasti kelebihan pada Fauzan tiada sapa pun yang dapat challenge....ha2"
"Apa dia?"
"...Carilah sendiri, aaa'ah.. takkan tu pun nak org bagitahu" saja nak ending bualan
"Cepatlah bagitahu.. ala abg ni... cepatlah" Fauzan mengejar & terhenti bila terserempak dengan rakan2 Diploma,Terputuslah perbualan kami...




Pakwan:
Lain nak tulis.. lain pula yang keluar(^^,)..ha2,
hope sahabat2 yang telah @ bakal keluar natijah dalam sebulan ini lebih tabah & kuat dalam menghadapinya, Insya Allah semua najah..ameen, kalau tidak... Allah pasti telah takdirkan sesuatu yang lebih indah buat kita I'Allah..ameen.

Untuk lebih mengenali elit KOMANDO: boleh layari -- http://armyboy-komandomalaysia.blogspot.com/

Titik Perbezaan Khalaf -Salaf... "lahirkan" Manhaj Wahhabi??

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله






Kesederhanaan Alazhar
Salah satu rantaian kalimah yang paling kerap saya dengar sejak tiba di Mesir ini, baik daripada dada Akhbar Suara Azhar (soutul azhar), Seminar di Alazhar Conferrance Centre (ACC), Majalah Alazhar mahupun daripada Masyaikh Alazhar khususnya Syeikhul Azhar sendiri Syeikh Ahmad Toyyib adalah Wasotiah Alazhar (Kesederhanaan manhaj Alazhar). Maka tidak hairanlah Fiqh Muqorron (fiqh perbandingan) menjadi salah satu silibus wajib bagi Mahasiswa Alazhar khususnya Jurusan Syariah.


Sirah perbezaan pendapat
Pada zaman Rasulullah telah wujud perbezaan pendapat dan ianya tercatat di dalam Riwayat Imam Bukhari:
“Jangan salah seorang dari kamu pun menunaikan solat asar melainkan di Bani Quraizah.”
Namun, sebahagian dari sahabat mendapati asar telah masuk ketika mereka masih dalam perjalanan, lalu berkatalah sebahagian mereka, “Kami tidak akan mengerjakan solat asar sehingga kami sampai di kampung bani quraizah.”
Tetapi sebahagian yang lain pula berkata, “Bahkan kami akan mengerjakan solat asar dan tidak apa-apa salahnya.”
(dapat difahami: Sahabat menganggap arahan Rasulullah tadi bertujuan suatu gesaan untuk mempercepatkan perjalanan.. Tidak bermaksud supaya meninggalkan Solat Asar dalam waktunya)


Hal ini telah sampai ke pengetahuan Nabi S.A.W tetapi baginda tidak mencela sesiapa pun di antara mereka. Justeru Taqrir Rasulullah dengan berdiam diri di sini menunjukkan kebenaran oleh Rasulullah untuk berijtihad bila dirasakan suatu perkara itu samar-samar serta tiada ketetapan yang jelas dari sudut nas ataupun dalil.



Salaf dan Khalaf dari sudut zaman?
Jika kita merujuk kepada kitab-kitab Akidah (di Malaysia juga banyak),
maka istilah Salaf akan merujuk kepada tiga zaman selepas Nabi iaitu Zaman Sahabat, Tabieen dan Tabi' tabieen.

Manakala Khalaf pula adalah generasi ke-4...


Salaf dan Khalaf dari sudut Manhaj? (pendekatan)
Analognya mudah..
Ayat: "..Tangan Allah diatas tangan mereka" _Surah Alfath ayat 10
Titik perbezaan(khilaf) berlaku pada tahap ke-4:
TAHAP-1:
Ulama' Salaf & Khalaf yakin ini adalah ayat Alquran dan kalamullah.
TAHAP-2:
Apa yang dapat Ulama' Salaf dan Khalaf sepakat faham, mustahil Allah beranggota (berjisim) seperti manusia biasa atau seolah2 seperti berhala (ada tangan).
TAHAP-3
Ulama' Salaf dan Kholaf yakin Tangan disini bukan bermakna tangan macam kita, tetapi ada makna lain.
TAHAP-4
Ulama' Salaf: "Hanya Allah yang tahu 'makna' tersembunyi itu, dikhuatiri salah jika kita berbincang..." (Langkah selamat)
Ulama' Khalaf: "Kita ijtihad berdasarkan Ilmu untuk fahami maksud kalam Allah ini, adakah keputusan nanti benar-benar tepat? Wallahua'lam... kami hanya ijtihad." (Langkah Ilmiah)

Konklusi: Ulama' Salaf cenderung kepada aslam(selamat) dan Ulama' Khalaf cenderung kepada ahkam(Ilmiah)
Justeru: Kedua-duanya betul kerana muliakan Allah cuma caranya berbeza.


Muncul Ulama' Khalaf
Sewaktu Zaman Sahabat, Tabieen dan Tabi' Tabieen ianya tidak popular lantaran majoriti Bangsa Arab sahaja yang menganut Agama Islam serta mendalami Alquran dan Hadith, namun masalah timbul bila Bangsa Asing mula menganut Islam, kadangkala mereka faham Alquran dan  Hadith berdasarkan fahaman agama mereka yang terdahulu, contohnya -Allah ada anggota (macam berhala)?- Disebabkan ini fahaman yang berbahaya, maka ulama' mula mencari dan mengkaji, itulah asalnya Ulama' khalaf.


Doa Rasulullah saw
Rasululah pernah berdoa buat Saidina Abdullah b. Abbas ra:
--Allahumma faqqihhu fiddin wa allimhu ta'wil--
(Ya Allah... fahamkanlah ia akan agama dan alimkan ia dengan takwil)
Secara tidak langsung menunjukkan Rasulullah saw merestui Saidina Abdullah b. Abbas ra untuk ber-ijtihad dan menafsir nas.



Pandangan Azhariy tentang Wahhabiy atau Salafiy
Baru-baru ini semasa Majlis Tafaqquh fiddin bersama Syeikh Nuruddin di rumah Kedah Keherah, kebetulan ketika itu kelas terpaksa berhenti sebentar lantaran black-out. Saya sempat bertanya kepada Syeikh:
Assalamualikum Syeikh..
Bolehkah Syeikh jelaskan apakah itu Wahhabi dan adakah ia suatu fahaman yang membahayakan?
Syeikh: Sebenarnya fahaman Wahhabi atau Salafiy tiada masalahnya, Tambahan kita dapati banyak persamaan pada perkara furu' antara Salafiy dan Ulama'-ulama' kita (Ulama dari Mazhab Syafie, Maliki, Hambali, Hanafi), sebagai contoh pada Doa Qunut ketika Solat Subuh. Cumanya pada perkara Akidah dan ajakan yang extreem itu kita berbeza. Asalnya dakwah yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahhab.rh pada tahun 1129 hanya sekadar bermain di mulut, namun pada tahun 1149 ianya bertukar menjadi keras dengan merosakkan sebuah kampung dan meruntuhkan kubur-kubur para wali dan orang soleh..


Syeikh Yusri.ha adalah antara Ulama' Alazhar yang lantang mengkritik pendekatan Wahhabiy
Antara kata-katanya yang selalu beliau ulang dan tersemat di kepala saya ialah:
Disebabkan cara faham yang berbezalah menyebabkan wujudnya empat mazhab.
Mazhab Syafie-Hambali-Maliki dan Hanafi. Walaupun berbeza namun mereka saling hormat menghormati.. tidak seperti Wahhabiy yang sentiasa menyatakan pendapat Imam-imam lain salah dan ia betul, menolak mazhab-mazhab lain dan menyuruh semua muslim mengikut mazhabnya sahaja.


Rumusan
Istilah Wahhabiy/Salafiy itu sendiri sebenarnya subjektif. Dari sudut Akidah:
Jika benar ia mengikut manhaj untuk tidak mentakwil 'nas' secara Tafsili(Ilmiah), maka ia termasuk dalam kategori Salaf dan ianya tiada masalah.
Namun jika Wahhabiy/Salafiy ini cuba untuk mentakwil nas lebih daripada tahap Ijmali/umum/ aslam (selamat) sehingga naik ke tahap Tafsili(Ilmiah).. maka ia sama dengan Ulama' khalaf maka ia juga tiada masalah.

Syeikh Ali Jum'ah.ha (Mufti Mesir) sendiri pernah berkata:
Wahhabiy Mesir ini sebenarnya Asyairah (serupa pegangannya) walaupun mereka sendiri tidak mengakuinya.

Dari sudut Fiqh:
Wahabbiy tiada masalah pada Ijtihad lantaran banyak ijtihadnya yang sama dengan Ulama'-ulama ahlus sunnah, namun masalah timbul pada sikap-sikap mereka yang tidak meraikan khilafiah (perbezaan fahaman/pendapat) dan Juga cara mereka yang agak terlampau dalam memaksa Orang ramai mengikut mereka.

Pesanan Ulama terhadap kita;
"Datanglah kepada Syariat melalui Ulama'... bukan melalui bacaan semata-mata....." --Pesanan Syeikh Yusri Hafizahullah dan Habib Ahmad AlMaqdi Hafizahullah  (Kedua2nya adalah tenaga Pengajar di Masjid Al-Azhar as-Syarif )



Sumber: Alquranul kareem, Kulliah Syeikh Yusri, Dauroh Tafaqquh Fiddin -Syeikh Nuruddin, Kursus selami manhaj Salafi -Ustaz Hairol Nizam, Akhbar Soutu Alazhar, Majalah Alazhar.







Pakwan:
Ingatan dari Habib Ahmad Al-Maqdi: 
Mereka (Wahhabi) Kuat bukan kerana Kekuatan mereka.. 
Tapi kerana Kelemahan kita (Malas belajar)..

Baca Juga: Kenapa Mazhab Syafie banyak pendapat