بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Kalam Ulama'
Syeikh Abdul Qadir Isa di dalam Kitabnya [Hakikat Tasawwuf], ada memetik;
Imam Malik.ra pernah bermadah:
من تفقه ولم يتصوف فقد تفسقومن تصوف ولم يتفقه فقد تزندقومن جمع بينهما فقد تحقق"..Sesiapa bertafaqquh dan tidak bertasawwuf maka dia FASIQ,Sesiapa bertasawwuf dan tidak bertafaqquh maka dia ZINDIQ,Sesiapa menghimpunkan keduanya.. Maka dia mencapai kebenaran yang sejati (sempurna).."
Allah menjemput kamu
Wanita yang mencantikkan Rantai.. Atau Rantai yang mencantikkan Wanita?..
--Soal Syeikh Rahimuddin,
Persoalan tadi disambut sepi oleh kami,
Mungkin ada yang cuba meneka... mungkin juga tidak menangkap kehendak Syeikh..
".Ya... Sudah semestinya Wanita yang mencantikkan rantai,
Begitu juga manusia... Kita bukan dijadikan untuk Syurga,
bahkan Allah jadikan Syurga untuk kita..
kerana kita LEBIH MULIA dari Syurga,,"
"Ujian itu hadiah dari Allah..
Kerana ialah.. baru kita boleh bersabar,
Mana mungkin manusia boleh bersabar.. Sedangkan tiada penyebab kepadanya?
Sakit itu pintu jemputan dari Allah...
Cuba lihat orang yang sakit..
semuanya ingat Allah, kata-katanya Allah... mintanya hanya pada Allah... Ingat Allah sentiasa,
Sedangkan jika kita beribadah sendiri... Itu hanya persembahan ibadah dari kita,Kisah Ibnu Arobi
Namun jika Sakit... Allah yang jemput kita, Nah mana lebih mulia? Persembahan kita ataupun Jemputan Allah? "
Pernah Seseorang mencaci-maki Syeikh kepada Ibnu Arobi..
Disebabkan perbuatan yang melampau itu.. Ibnu Arobi memukul mulut Si Pencaci itu,
Kemudiaannya ketika tidur.. Ibnu Arobi bermimpi di datangi Rasulullah,
Lantas Rasulullah bertanya kenapakah ia memukul mulut Si Pencaci tersebut?
Ibnu Arobi menjawab; Ia mencaci Syeikh-ku, Lantas Rasulullah bertanya;
Mulut itu juga berselawat keatasku.. Manakah yang lebih mulia..Sejak itu.. Ibn Arobi bernekad untuk lebih bersabar
Syeikh kamu... atau Selawat keatasku?
Dakwah kerana Allah
Seorang daei sering resah.. Kenapa ramai berbuat rosak?
Daei kedua juga begitu.. Kenapa ramai tidak minat beribadah sepertinya?
Daei ketiga juga sama.. Kenapa Akhlak manusia tidak mengikut Syariat?
Kenapa begitu? Kamu berdakwah kerana ingin mereka MENGIKUT kamu?Derita keinginan
Kamu berdakwah kerana inginkan mereka PATUH kapadamu?
Kenapa tidak berdakwah KERANA ALLAH? ....& Kerana mereka Makhluk Allah,
Ciptaan Allah..Yang perlu kita SELAMATKAN dari AZAB ALLAH..??
Manusia itu derita dengan KEINGINAN.. Bukan kemiskinan,
Kerana itu orang kaya berasa susah dengan 10,000.. INGIN lagi 20,000,
Orang miskin juga begitu.. Jika sudah mendapat roti.. INGIN lagi berlauk,
Lihat juga orang yang sakit.. Bukankah deritanya kerana INGIN sihat?
Justeru Orang yang paling bahagia adalah Orang Yang tiada KEINGINAN,
Mustahil
Mustahil Allah yang menciptakan manusia.. Namun Allah tidak menyediakan rezeki kepada manusia,
Semuanya telah tertulis dalam perut ibu lagi.. Manusia hanya berusaha kerana Allah,
Seekor burung yang pergi pagi... I'Allah, Pasti petangnya membawa pulang rezeki,
Allah memberikan apa yang kita perlu.. bukan apa yang kita mahu,
Kerana apa yang kita mahu kadangkala boleh membinasakan;
Dengan HARTA... Qarun di benam ke dasar bumi,Buatlah kerana Allah
Dengan KUASA... Firaun tenggelam ke dasar laut,
Dengan ILMU... Bal'am hanyut bersama kaumnya,
Ianya tidak mengajar kamu untuk lepas tangan... bersilang pangkah,
Namun ia ajarkan kamu untuk BERSAMA ALLAH.. KERANA ALLAH,
Walau apapun perkara yang kamu lakukan... Jadikan ianya Ibadah,
KERANA ALLAH kamu lakukan... BERSAMA ALLAH kamu laksanakan,
Pakwan: Makan untuk hidup, Hidup untuk taat