بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Bagiku Pengalaman itu Ilmu,
Dari Pengalaman membentuk cara fikir..
Kemudiannya membentuk cara tindak....
Walaupun nampak spontan.. Hakikatnya terhasil dari Pengalaman,
Cuma kadangkala kita alpa..
Kecuaian membuatkan kita tersalah berulang kali,
Kesalahan yang sama tetap berulang... Walhal sudah entah kesekian kalinya,
Itulah kita Insan.. Silap & Lupa tidak pernah berjauhan..
Bagiku Pengalaman itu Ilmu,
Pernah ada seorang kenalan cina bekerja menjual kasut..
1-2-3tahun berlalu.. kini dia sudah menjadi seorang Tokey kasut,
Dulunya dia KULI kasut... Kini dia bergelar BOSS kasut,
Cuma kadangkala kita terlampau gopoh..
Selalu terus ingin berada di puncak.. walhal selok belok bisnes tidak dikuasai..
Bila selok belok telah dikuasai.. Sudut pandang & liciknya akan meluas..
Kerana Planning, Strategi, Gerak langkah & Kawalan telah sebati...
Bagiku Pengalaman itu Ilmu
Aku punyai seorang Sahabat Pengurusan..
Dahulunya usahkan mahu berpidato.. bermesyuarat juga seksa,
Keputusan dibuat tanpa teliti.. Pidato dilontar tanpa isi,
Namun hasil Pengalaman..
Hujjahnya kini nampak bersandar.. Alirannya lebih Kemas & Bernas,
Pidatonya juga nampak berisi.. Misi & Visi kini lebih realistik,
Kata2nya lebih bertenaga.. Keyakinan lebih terserlah,
Bagiku Pengalaman itu Ilmu
Disampingku berdiri seorang lelaki..
Dulu kata2nya sukar diterima.. Kebolehannya sentiasa disangsi,
Aku sering tertanya... Dia faham @ tidak apa yang ia kata ni?
Namun lihatlah kini..
Ramai menganggapnya lagend.. Keberaniannya sangat dikagumi,
Hasil daripada kegagalan yang beribu2 itu... Dia mendapat 1 kelebihan..
Kelebihan yang sangat2 diperlukan oleh semua lelaki.. Namun sangat2 jarang yang beroleh..
Kecuali bagi orang yang pernah GAGAL., Ia.... KEBERANIAN !!
Bagiku Pengalaman itu Ilmu
Ia mengajar kita terus kepada akar.. Lantas kita FAHAM,
Ia mengajar kita sedar.. Lantas kita terus TERBUKAK MATA,
Ia mengajar kita SECARA DIRECT.....
Lantas kita MAHIR & BERPENGALAMAN.....
Pakwan: Semangat baru membara... Mudah2an Allah bersama kita,
p/s: FB ditutup buat sementara waktu... Atas faktor...... hmmm