بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Kepalaku berdenyut
Teringat saya kata2 ibu;
Darah manusia ini beracun.. Kita tak boleh "umpat" mereka,
Kalau Mie ada je "usik" orang... Mulalah mata Mie rasa nak pusing..
Kiasan Mie biasanya memang sesuai menggambarkan "Ubat" terbaik..
Kata2 ini jugalah yang saya jadikan sebagai bekalan.. Walau kadang2 terlupa,
Mudah2an Allah ampunkan kita & manusia yang kita umpatkan....ameen
Kecenderungan berfikir
2-3 hari ini penyakit lama saya muncul lagi, Ia...penyakit Analisis POLITIK,
Bermula dengan pos di FB teman maya saya yang berbangsa cina... xxxx,
Usahanya utk menjatuhkan Ustaz Azizan tidak boleh dibiarkan.. Lantas saya komen,
Syukur komen tersebut mendapat sambutan.. khususnya oleh Pejuang2 Islam..
Lantas dia pun menyerah kalah... Mudah2an dia tidak lagi mengulang kembali,
Politik adalah SENI
Bagi saya politik ini suatu seni.. Seni menarik sokongan,
Adakala seseorang itu ilmunya biasa2 sahaja..Ilmu Pimpinnya juga tidak seberapa,
Namun mendapat sokongan padu... Lantaran Penyokong terlalu yakin padanya,
Itulah yang terjadi di Thailand, Filipina & Indonesia sebelum ini....
Baik sahaja tidak cukup
Baik sahaja tidak cukup... Apatah lagi ber-JURUS,
Kerana yang diperlukan dalam POlitik adalah SOKONGAN..
& Sokongan akan terbit dengan YAKIN... Yakin pula perlukan PSIKO & JIWA,
Maka disinilah penentunya.. Siapa yang pegang AKAL & JIWA pengundi.. dialah pemenang,
Siapa yang tidak pandai bermain.. Dia akan rebah.........Dengan Izin Allah jua,
Adakah Politik itu kotor.??
Politik itu tidak kotor... Namun ia sangat mudah untuk kotor,
Kerana AKAL & JIWA Pengundi Biasa mudah ditipu.. bukankah Menipu itu kotor?
Letakkan sebiji rumah, berikan ia sebiji kereta, berikan ia RM 30k... Ia akan kata kamu Org Kaya,
Walhal kamu sendiri pinjam duit itu dengan Lebai Mamat... Hakikatnya kamu sangat miskin & Lebai Mamat sangatlah kaya, Namun semua orang rasa Lebai Mamat MISKIN & kamu pula yang KAYA... Ditambah dengan pekaian kamu yang mahal2 & Lebai Mamat yang hanya berkain pelekat & berbaju melayu... Kerana apa?
Tidak lain... Semuanya kerana PUBLISITI..
PUBLISITI
Saya masih tidak boleh lupakan tahun 2007.. Detik Bersejarah tersebut;
Walaupun kami telah bekerja bermati2an..
Walaupun telah pelbagai program kami atur & laksanakan.. Kebajikan ahli kami jaga sebaik mungkin. Namun "ORGANISASI" kami dibubarkan.. lantaran dikata tidak "berjalan" & "lembap".. Walhal daripada bangun tidur, Ibadah, Belajar, Aktiviti luar, kelab2 & Kebajikan. Sampaikan bermula sahaja majlis tersebut hinggalah kepada penutupnya.. Semua diurus sendiri oleh Organisasi kami secara TOTAL, kerana apa? Ia.. kerana "PUBLISITI",
Silap kami adalah tidak menghebahkan apa yang kami buat & Ahli tidak tahu bahawa rupa2nya selama ini mereka sedang merasai nikmat di atas penat lelah kami... Kerana apa? "PUBLISTI"........ Simple reason,
Pegang "asas" bukan "lakon layar" ,
Warna-warni politik Malaysia sentiasa berubah2..
Kadangkala Jemaah itu dilihat mantap.. Nampak bijak, namun ada juga dilihat lemah & mudah diperkuda,
Semuanya kerana "Lakon layar" yang dipertonton.. baik oleh jemaah @lawan,
Pokoknya... Pegang kepada ASAS, "Apa yang Jemaah ingin bawa"... masalah selesai,
Soal lemah @tidak itu... kita tolak ke tepi,
Sebelum ini.. Siapa sangka Jemaah boleh punyai pemimpin sehebat Nizar Jamaluddin?
Jika kerana "Lakon Layarlah".. Maka Islam bukanlah pilihan terbaik sewaktu di Makkah & Madinah,
Namun dek kerana Sahabat2 memegang "ASAS"... tiada apa perlu dikhuatirkan lagi,
Kerana ASAS yang paling ASAS; "Islam akan kuasai dunia suatu hari nanti",
& ASAS kepada ASAS yang paling ASAS; "Hanya bersama Allah & Rasul akan selamat Dunia Akhirat",
Atur Strategi
Bila ASAS telah sama pegang.. Barulah Strategi perlu disusul,
Namun kena "Jelas".. Strategi tidak boleh sembrono.. Takut tertipu dengan nafsu,
Matlamat tidak menghalalkan cara... Kerana itu Jemaah perlukan "Mursyid" (Pembimbing),
"Ulama"lah Mursyid terbaik.. Lantaran Ulama'lah yang paling memahami ASAS.. Sebab tu namanya Ulama',
Gelaran Ulama' itu bukan diberi atas gelaran anugerah.. namun atas penguasaan ilmunya,
Politik yang bersih
Akhir sekali barulah MAJLIS SYURA.. Semua Ulama' duduk berbincang,
Segala Isi Al-Quran & As-Sunnah mereka pakat keluarkan.. Demi melihat Islam dijulang, Namun jangan ingat pandai berkata2 @menulis @berhujjah dah boleh bentuk Majlis Syura Jemaah..
Tapi mengaji pun merangkak.. Bahasa Arab pun tak faham, Apatah lagi nak kenal Feel Amr & Madhi pun berkerut kening... Belum ditanya asbab Nuzul, Hadith Shahih-Maudu'..... Kalau Solat pun lintang pukang, balik awal lah gini..
Pendapat Orang biasa seperti kita ini boleh diperdengar... Boleh bersuara, Namun kita tetap berhajatkan Ulama' & Ahli yang Pakar khususnya dalam selok belok Islam..... Sebab diorang berhujah berdasarkan Fakta & Dalil, Kita pula berdasarkan logik sahaja.........Puas hati..?
Politik Islam perlu bersih.. Walau berlawan dengan musuh yang kotor,
"Matlamat tidak menghalalkan cara".. Percayalah dengan kemenangan Islam,
Namun ia tidak pula menidakkan kita untuk BIJAK... BIJAK & LICIK,
Kerana Peperangan itu gabungan antara TAKTIK & KEKUATAN..
Gabungan antara BIJAK & BERSIH itulah nanti yang menyebabkan Menang Dunia & Selamat di sisi Allah..Pakwan: Tertarik dengan AK Party di Turki..
Seterusnya akan disebut2 sepanjang zaman sebagai LAGENDARIS POLITIKUS,