Selasa, 17 Januari 2012

Kunjungan ke Ijtima' Tabligh Sedunia

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Indahnya Jemaah Tabligh

Jam menghampiri pukul 12 tgh malam.. Akhirnya kami tiba di Masjid,

Suasana harmoni menyambut kami... Ijtima' Muballigh Sedunia di Sepang,

Suasana disini sungguh tenang.. Berbilang bangsa bagaikan bukan masalah,

Murtabak sekeping dikongsi tujuh.. Air secawan dihirup beramai,



Melabuh tirai di Masjid

Saat aku ingin melabuhkan badan.. Tempat sudah penuh,

Terpaksa ku baringkan separuh badanku di koridor .. Kemudian kaki di tangga masjid,

Agak kurang selesa.. Namun cukuplah untuk melepaskan lelah,

Kerja nekad memandu motor dari Pahang-Selangor.. Hampir 6jam dengan ex5 (dicampur sesat),

Namun Syukur pada Allah.. Teman2ku Firdaus & Fared sudah lali kerja2 sebegini..



Mata tersedar Hati bergetar

Sedang enak menikmati tidur.. Tiba2 aku dikejutkan dengan laungan2 nyaring:

"Bangun Syeikh... Dunia hanya sementara, Bangun Syeikh.. Dunia hanya sementara",

Perlahan2 aku bergerak ke tempat wudu'.. Beratur panjang untuk menghadap satu paip,

Walaupun ramai & ada yang agak berusia.. Namun tiada seorangpun yang melintas,

Dalam kuantiti >20-30 orang satu barisan.. Masing2 membawa kayu siwak mengikut sunnah,

(sedangkan aku hanya memerhati, terasa kerdil dicelah2 Jemaah yang cintakan Allah & Rasul)



Ikut bersolat Sunat

Sebaik kaki melangkah masuk.. Tempat sudah hampir penuh,

Tidak sangka masjid yang berkeluasan Masjid Negeri Ahmad Shah Kuantan boleh penuh,

Lantas aku mengambil satu tempat & Solat dua rakaat sebelum Subuh,



Solat Qabliah Subuh

erm.. Hampir semua jemaah sedang solat, termasuk di kawasan Mihrab Imam..

Mungkin mereka belum Solat Subuh lagi ni, Rehat dulu lah... Sebab dengar2 Orang Tabligh ni memang jenis Solat Subuh agak lewat...


Letih Menunggu

Setelah dirasakan agak lama menunggu.. Aku lantas melihat jam,

"Ya Allah... baru pukul 430pg (lebih kurang).. Aku ingatkan sudah Subuh, Rupa2nya yang aku sangkakan Solat Qabliah Subuh tadi rupa2nya mereka sedang Qiamullail... Rupa2nya yang mereka kejut "Bangun Syeikh... Dunia hanya sementara" tadi untuk kejut Jemaah bertahajjud.. Mereka beratur sepanjang2nya.. melawan rasa sejuk embun luar masjid.. Semuanya kerana Qiamullail.?? "


Hati mula tersentuh..

Jiwa mula bergoncang.. Badan dirasakan sangat lemah,

Betapa kerdil & Lemahnya kami berbanding Hamba2-Mu yang Soleh ini.. Mereka bersusah payah hanya kerana ingin bertahajjud.. Hanya kerana amalan Sunat, Amalan yang menyebabkan mereka hampir & Sangat dekat dengan-Mu Allah.. Sedangkan kami hanya bersedia untuk Amalan wajib,

Walhal telah banyak nikmat yang telah engkau berikan pada kami... Ampunkan kami Allah, Pagi yang hening itu... Tanpa perlu di bayan panjang.. Perilaku Jemaah2 Tabligh yang Soleh ini berjaya mengetuk nurani kami,



Jalan2 Sekitar Khemah2

Tidak pasti jumlahnya seramai mana.. Namun di luar masjid jumlah Jemaah lebih ramai,

Rupa2nya Masjid itu hanyalah pusat.. Sedangkan diluarnya lebih lagi, Jika dibanding..

Jumlah Jemaah yang seluas Masjid Negeri Pahang itu hanyalah 5% dari keseluruhan Jemaah (@kurang lagi),



Suasana yang mengagumkan

Diluarnya Aktiviti Jemaah lebih rancak dengan bayan Subuh di setiap khemah...

Tidak hanya berbahasa Malaysia.. Malahan ada yang menggunakan Urdu, English, Arab & lain2,

Hampir 20-30 khemah didirikan.. Siap dengan khemah tandas & khemah masakan,

Semuanya diurus & dibiayai sendiri oleh Ahli2 Jemaah Tabligh... Termasuk urusan trafik & gerai,

Kereta2 Mewah & Canggih milik Ahli2 Tabligh dilihat tersusun kemas di sekitar kawasn Ijtima',



Disayangi semua Golongan

Dikhabarkan hari ini Dato' Seri Abdullah Badawi akan datang melawat.. Tok Guru Nik Aziz juga hadir,

Semalamnya dikatakan Solat Jumaat teramai di Malaysia berjaya dicatat... hampir 100,000 Jemaah..

Turut hadir semalam ialah YAM Tuan Besar Negeri Sembilan & ramai lagi kenamaan..

Begitulah penangan Jemaah Tabligh..

Kesederhanaan & keikhlasan mereka berdakwah di hargai semua pihak,



Pengorbanan berbaloi

Bersyukur pada Allah.... kami rasakan perjalanan kami ini benar2 berbaloi,

Walaupun ada yang kemalangan...hu2, Namun ianya terasa kecil dek pengalaman ini..



Apabila diri telah rasa kuat @ malas beribadah...

Lihatlah pada Jemaah Tabligh & Insan2 Soleh yang lain..

Nescaya "zup" ia akan menyedarkan kita...


Betapa ramai Manusia yang Sayang & Cinta Allah..

Lantas mereka bersungguh2 menghampiri Allah,

Ilmu sebahagian mereka tidaklah terlampau tinggi....

Namun tetap gigih beramal & menggantung tinggi harapan untuk menjadi Kekasih Allah,

Mudah2an Allah menyedarkan kita & meletakkan kita bersama Hamba2-Nya yang Soleh...ameen







Pakwan:

Banyak perkara yang berlaku di sebalik Perjalanan ini, biarlah ia tersimpan kemas lantaran masa & ruang membatasinya... Wassalam