Jumaat, 13 Januari 2012

Sepak Mula DS3

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Perlawanan bersambung
Sepak mula dilakukan oleh Ikam & Eibi.. Ditolak bola itu kepada Amir,
Tengku & Mat Top yang beraksi di sayap kanan & kiri mula bergerak maju..
Hantaran lambung tinggi dibuat oleh Amir.. Jauh menuju penjuru kiri padang..
Mat Top berjaya menangkap kemas,

2-3 pemain lawan berjaya ia lepasi.. Teknik geleceknya makin mantap,
Bola berjaya ia kawal dengan kemas..



Solah Si Jurulatih
Sir Solah Furgeson sudah berpaling tadah..
Disebabkan umpan yang lumayan dibuat oleh BANAT FC.. Solah tinggalkan Kem DS3 FC,
Dengan hanya melatih Pasukan BANAT FC... Solah sudah boleh memandu LOTUS ELISE,
Apatah lagi... Kini pengurusan BANAT FC dibiayai sepenuhnya oleh Seorang Hartawan terkenal yang bernama Dato' Seri Org Bahagia Farid,



Gol cantik dari Udang
Gawang gol yang dikawal Sapik The Legend mula resah... Mat Top sudah semakin dekat,
Dengan penuh bertenaga, Mat Top menghayun kakinya... Sapik terus menerkam ke kanan gawang,
Disangkanya bola lerek.... Namun sangkaannya silap, Bola tersebut meluru laju ke tengah petak penalti,Mat Top rupanya bermain umpan....,
Di situ Udang sudah menunggu & lantas melibas ke hujung kiri gawanggg... Dan2....
GoLLLLLLLLLLLLLLLLLLL !!!!!!!!!!!!!!!!!! (Jerit Pengulas sukan Zulkifli Ahmad )



Jurulatih kecewa
Jurulatih DS3 FC Alex Megat dilihat amat2 kecewa...
Ianya tergambar melalui bungkusan2 Chicken & Lamb Chop yg berterabur ditendang, Walaupun gol akhir dibuat oleh udang... Namun ianya tetap tidak mengubah keputusan perlawanan, DS3 FC (1) -THE LAGENDS FC (5)


Aku dah cakap...
Main betul2, Kalau macam ni lah...
Usahkan HUFFAZ FC.. BANAT FC pun belum tentu korang boleh menang tau?? Aku malas la dengan korang ni, Korang ni ada berapa orang?
1..2...3..9..10..11, Hah 11org !!!
Cuba tengok geng diorang berapa? Sapik, Mirul & Azim.... 3org? 3org pun korang takleh menang? Memang lambat la korang ni... Aah tension aku, Aku nak rajuk sekarang.... Jangan ada sesapa pujuk aku,
DS3 dah BERKUBUR !! Aku ulang.. DAH BERKUBURR!!! korang tahu tak ??






Pakwan:
Nantikan Perlawanan hebat diantara DS3 FC menentang BANAT FC pada minggu seterusnya, Adakah Alex Megat akan terus merajuk? Adakah Sir Solah Furgeson sudah hanyut dibuai dunianya? Apakah DS3 FC akan berkubur seperti diungkap Alex Megat? Semuanya akan kita ketahui di minggu hadapan, salam hormat dari saya Roslan..