Jumaat, 30 Disember 2011

Ustaz Firdaus Menantu Imam Mutalib

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Jari-jemari keyboard
Saat aku mula menaip.. Suhu di Cairo adalah 11' Celcius,
Namun itu, izinkan aku terlebih dahulu merafa'kan syukur..
Segala Puji & Syukur pada-Mu Allah..Atas segala Nikmat & Anugerah,
Untuk segala Planning, Strategi & Usahaku... Pimpinilah yang terbaik buatku,


Masjid Indah di tengah Taman
Diatas taburan rumput menghijau, Terbina sebuah Masjid Indah di sana. Putih bersih & dihiasi pula dengan bunga berwarna-warni. Sangat Indah dipandang mata.

Berjalan Seorang tua berjubah putih, memakai serban & dibahunya tergantung selendang. Ditangan kanannya terangkul Sebuah kitab... tertulis di kulitnya Toyyibah Nashr !!


Kedatangannya dinanti
- Atuk2 !! .. ( Tiba2 Jubahnya di tarik2 lembut Seorang Anak kecil )
- Owh Amir... Sayang atuk, ( Dipeluk cucunya itu penuh kasih sayang )
- erm.. Amir datang ngan sapa ni? Ammu Solah yang ajak datang?
- a'ah... Ammu kata Atuk dah keluar awal sebab nak ngajar, Lepas balik kelas tadi. Amir terus tukar baju & datang sini, Takut lambat pula nak Solat ngan atuk. Boleh dengar atuk ngajar..he2, makan pun belum lagi tau... ( Amir mencebik manja... cuba mengambil perhatian)..


- Disebalik seronok melayan telatah cucunya.. terselit perasaan sedih di hati Imam Mutalib, Ia.. Perasaan Sedih dan Bangga, Sedih kerana dalam usia yang terlalu muda.. Amir terpaksa berpisah dengan Ayah tercinta yang kini sedang berjihad menuntut Ilmu di Bumi Syria. Tinggallah Amir & Ibunya ( juga anak Imam Mutalib ) bersamanya.


- Namun dalam masa yang sama.. ia juga berasa sangat2 bersyukur pada Allah.

Ia.. bersyukur kerana darah menantunya Firdaus seolah2 sedikit demi sedikit telah meresap ke dalam jiwa Amir. Sifat Soleh, Cintakan Allah, Matang dalam membuat keputusan hidup & sentiasa memikirkan masalah Ummat Islam.

Bertuahnya rasa diri bila mempunyai Anak menantu & juga zuriat2 yang berpegang teguh dengan Ajaran Islam & sangat Sayang pada Ilm Pengetahuan.


Kenangan lampau
Teringat kembali peristiwa lapan tahun dahulu,
Ketika itu Imam Mutalib mendapat khabar bahawa anak Hj Arsyad (sahabat baiknya) baru pulang dari Mesir, katanya Mahasiswa Universiti Al-Azhar dalam bidang Ulum Islamiah.

- Alhamdulillah... Malam ini bolehlah sama2 menadah kitab dari Ustaz Muda kita, mesti banyak Ilmu yang boleh sama2 kita dapatkan I'Allah.., Tak gitu Lebai Farid?
- Iyalah Imam... Seronok telinga ni mendengar berita Si Firdaus anak Hj Arsyad tu dah pulang, Mudah2an adalah pelapis kita nanti... Ringan sikit rasa beban di bahu ini, Kita ni pun dah tua... umur makin gayut, entahkan esok lusa dah nak bertemu Allah... Harap2 Usaha Dakwah & Imarahkan Masjid di kampung kita ini dapatlah pula diteruskan oleh Orang2 Muda macam Si Firdaus tu...
- Mudah2an Lebai Farid.. Lagipun rugi rasanya jika kita abaikan Ilmu Ustaz2 Muda tu.., Biasanya Ustaz2 Muda ni lebih memahami hati naluri rakan2 sebaya dengan mereka... Penyampaian Dakwah pun lebih kemas kemin, Muka pun hensem lagi... macam kita muda2 dulu juga, tak gitu Lebai Farid....ha2
- Ada2 aje Imam Mutalib ni....he2


Selesai Solat Isya'
Malam itu selepas bersalam salaman degan Jemaah Masjid,
Imam Mutalib balik agak lewat kerana melayan beberapa orang jemaah yang bertanyakan perihal hukum hakam Feqah.

Kebetulan malam itu Kulliah Maghrib diserahkan kepada Ustaz Muda Firdaus.. alasannya Imam Mutalib rasa kurang sihat sikit malam itu (sebenarnya sengaja ia mahu menguji kebolehan Firdaus berkulliah.. Biasanya biar demam teruk bagaimanapun.. Alah bisa tegal biasa)...

Alhamdulillah, ramai jemaah memuji cara penyampaian Firdaus yang terang & jelas, ditambah dengan hujjah2 dari Al-Quran, Hadith & dikukuhkan lagi dengan Pandangan2 Ulama'... Sambil dihiasi gaya yang memikat menambah pesona kulliahnya pada malam ini,
Boleh tahan juga Anak Arsyad ni.....erm ( getus hati kecilnya )


Kereta Buat Hal
Ketika cuba menghidupkan enjin kereta untuk balik, enjinnya tidak mahu hidup.. Puas Imam Mutalib cuba berkali2, namun tetap gagal. Sudahlah selang jarak dengan rumahnya hampir 3 kilometer... para jemaah pula hampir semuanya telah pulang..

Allah.. Apa aku nak buat ni, nak baiki pun tak pandai... Nanti jadi lain pula ceritanya, BMW ni bukan senang2 jep nak main2 redah... Allah,


Tiba2 bahunya ditepuk oleh seseorang:
-Assalamualaikum Imam Mutalib, kenapa... Kereta rosak ke?
-Waalaikummussalam... Owh kamu Firdaus, a'ah....Tiba2 buat hal pula, kamu macam mana boleh ada kat sini? tak nampak pun mana2 kereta @ motor... kamu tunggu sapa2 ambil ke?
-Takdelah Imam.. Saya ke tandas kejap tadi, Motor pula saya letakkan di luar pagar masjid, rosak apa tu... boleh saya tengok2kan?
-eh takpelah.. payah nak baiki ni, saya pun dah puas tengok berkali2.. tak jumpa2 punca rosaknya, kamu tolong hantarkan saya ke Bengkel Boon Siew depan Restoran Ana Ikan Bakar cukuplah, Kamu tu Orang ada Ijazah.. nanti kotor pula tangan dengan minyak gris nanti... payah nak bawa Solat,
-Ha2... ada2 jek Imam ni, Takpelah... biar saya tengokkan.. Lagipun saya memang dah biasa buat kerja2 macam ni masa kat Kaherah, Waktu cuti smester musim panas... selalu saya ambil upah baiki kereta Budak2 kat sana, Sebelum ke Mesir dulu saya sempat duduk dalam Bengkel hampir 1/2 tahun... Jadi Mekanik Pak Ngah saya.... Usahkan kereta, eskobator (Jentolak yang tayarnya berantai besi) pun saya dah baiki kalau Imam nak tahu...


Luar Biasa
Mulut Imam Mutalib terkunci rapat tatkala mendengar pengalaman Ustaz Muda Firdaus bercerita, Tidak pernah ia terfikir & lihat, betapa Lulusan Al-Azhar mampu menjadi Mekanik.

Sangkanya selama ini.. Graduan Al-Azhar pastilah seorang yang berjubah tok lebai, Syadid (tegas) dalam beragama & asyik bergelumang dengan Kitab2 & hukum Hakam Feqah. Justeru jika hal-ehwal dunia ini memang ditolak ketepi & tidak mungkin mahir. Lebih memeranjatkan lagi.. Tiba2 enjin kereta BMW-nya hidup, bertambah-tambah kagumlah Imam Mutalib...


Bakal Menantu
Sejak berkenalan dengan Firdaus, banyak perkara pelik yang Firdaus lakukan.. Banyak juga yang menyalahi adat kebiasaan lulusan Universiti Al-Azhar yang Imam Mutalib pernah kenal.
- Firdaus tidak kekok bergaul dengan Mat2 Rempit, bahkan diusung pula Mat2 Rempit yang ramai di hujung kampung itu ke Masjid untuk Solat Berjemaah, Sudah ada 1-2 Anak2 muda yang dahulunya nampak liar.. kini selalu mengumandangkan azan di masjid. Imam Mutalib & Lebai Farid tidak kisah sangat... mereka berfikiran terbuka untuk menerima pendekatan dakwah Ustaz Muda Firdaus,
- Sewaktu cuti sekolah pula.. Firdaus mengadakan Program SAYANG IBU BAPA & BIJAK SOLAT untuk pelajar2 Sekolah Rendah. Untuk Pelajar Sekolah Menengah di adakan pula KEM REMAJA SOLEH & KAMI SAYANGKAN ALLAH, - Tidak cukup dengan itu Ustaz Muda Firdaus turut menggerakkan Usrah2 dikalangan Mahasiswa2/i & belia beliawanis kampung, disamping meletakkan 5-6 orang rakan2nya sebagai naqib...
- Sekali sekala ia turut menjemput Rakan2nya dari luar datang membantu... Jemput Ustaz2 Hebat yang Imam Mutalib sendiri tak kenal dari mana, namun punyai tauliah untuk adakan bengkel2 & seminar.... Allah2, terasa Biah (suasana) Islam di Kampung Seri Makmur ini mulai mekar.. Akhlak muda mudi juga semakin sejuk dipandang mata..
- Sebuah bengkel & kedai makan juga berjaya di diwujudkan, apa yang mengagumkan.. kedua2nya diuruskan sendiri oleh anak2 muda kampung Seri Makmur... Anak2 muda yang dulunya terbiar tanpa matlamat... kini bergelar pengurus2 & bisnesman2 berjaya kampung, sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh Pimpinan2 Kampung sekalipun sebelum ini, bagi megikat dua buah usaha bisnes ini dengan nilai2 tarbiah... Ianya diletakkan dibawah pengawasan AJK Masjid & Imam Mutalib sendiri dilantik sebagai Penasihat kehormat disamping Ketua Kampung & ADUN kawasan Chini.


Patah Tumbuh Hilang Berganti
Namun.. Keberadaan Ustaz Muda Firdaus di Kampung Seri Makmur tidak lama. Selang 2-3 tahun kemudiaannya... Firdaus menyatakan hasrat untuk menyambung pengajian ke Syria. Tersentaklah satu kampung..

"Ustaz Muda Firdaus nak ke Syria? Dia nak tinggalkan kita?"...

Maka ramailah Orang2 Kampung yang bersedih hati.. khususnya Anak2 muda, Mereka masih memerlukan Hasil tangan Murabbi (Pembimbing) Hebat mereka.. Ustaz Muda Firdaus,Tidak terkecuali Imam Mutalib. Namun bagaimana.. nak dihalang nanti tidak patut.. lantaran usianya pun masih muda & Impiannya itu murni..

- Allah3... Hilanglah seorang Pemimpin Muda berkarisma lagi berakhlak dari kampung kita ini...
- Iyalah Imam Mutalib.. Saya pun terasa kehilangan tu,
- Saya rasa saya dah fikir masak2 Lebai Farid.. Saya nak jodohkan Si Farhah anak sulung saya tu dengan Firdaus, pendapat kamu pula?
- Jodohkan ek, erm... Saya rasa pun elok sangatlah begitu Imam, Saya lihat Si Farhah pun Solehah budaknya, bertudung labuh & menutup aurat. Si Farhah itu Mahasiswi UiTM.. memang bukanlah Universiti Islam.. namun jati diri Mukminah Solehahnya tidak pernah luntur, Farhah pun sudah tahun akhir.. elok sangatlah jika Imam percepatkan, Saya bersetuju sangatlah... Cumanya, Bukankah Si Firdaus itu mahu sambung belajar... mahukah Si Farhah tu tinggal di Syria nanti? Nafkah Si Farhah tu pula bagaimana.. Kena jelas tu Imam, Sebab Firdaus di sana Mengaji bukan bekerja...
- Pasal nafkah itu saya tak kisah sangat, Saya sanggup tanggung perbelanjaan Firdaus & Farhah di sana, Asalkan dapat lelaki sesoleh Firdaus untuk anak kesayangan saya Farhah.. Berapapun saya sanggup keluarkan, Mudah2an Allah memudahkan kita semua...
- Kalau macam tu kata Imam, Saya sokong sangatlah... Lepas ni kita kena cepat tanya pada yang empunya badan, takut ada yang lain pula berminat... melepas kita.
- Iyelah.. petang ni juga saya tanyakan Farhah & berjumpa dengan Hj Arsyad & Firdaus I'Allah..
Jazakallahu khaira (Mudah2an Allah berikan kebaikan padamu) la Lebai,


Pelaburan yang Berbaloi
Baginya.. "Ikatan" yang telah ia simpulkan itu sangat2 berbaloi. Kini Farhah bekerja sebagai Pengarah urusan, manakala Imam Mutalib pula Pengurus besar. Mereka berdua bekerjasama memajukan Kedai buku, Cyber Cafe & Mini Market. Semua ini sempat Firdaus mulakan dahulu sebelum ke Syria & kemudian tinggalkan pada mereka. Kata Farhah.. Dia lebih selesa tinggal bersama... Farhah juga aktif dengan NGO2 Islam,


Mana Tumpahnya Kuah
Amir pula sudah berumur 6 tahun.. belajar di Tadika PASTI Seri Makmur, Amir cergas budaknya, bijak & semangat mengikut atuknya mengajar pada waktu malam. Katanya nak jadi Ulama' suatu hari nanti...

Kini Amir sudah khatam AlQuran & dalam proses nak menghafaz, Imam Mutalib bercadang nak menghantar Amir ke Mesir bila sampai umur 13 tahun. Belajar di Booth AlAzhar..... Itupun jika Firdaus & Farhah setuju...


Keturunan Haji Mutalib bin Abang Mustapa
Mudah2an Amir akan menjadi Seorang Ulama' yang juga arif urusan dunia seperti ayahnya. Ustaz Firdaus pula kini di tahun akhir... dengar2nya sudah mnjadi Penuntut Ilmu Berjaya di sana.

Penuntut Ilmu berbeza dengan Penuntut Sijil...
Kerana Penuntut Ilmu dapat ilmu & sebaliknya. Mudah2an dari zuriat Firdaus-Farhah ini akan melahirkan Mujahid2 yang hebat di Medan Ilmu, Tarbiah & Dakwah...ameen.





Pakwan: Lain nak tulis lain jadinya, Apapun... Kisah ini daku nukilkan buat seorang Teman yang Gigih Menuntut Ilmu namun gatal nak kahwin...ha2, acah jep...., erm.. Bagus gak kahwin awal ni... cuma pandai2lah membuat keputusan & membahagikan masa ek(^^,) (emmm..... entahkan baca entahkan tidak) (seperti yang daku janjikan....(^^,)) wassalam