بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Yang kurik itu Kundi yang merah itu Saga,
Yang baik itu Budi yang indah itu Bahasa..
Sentiasa Tajdid (Pulihkan) Semangat
Saya teringat pesanan Seorang Sahabat..
Kebetulan beliau baru sahaja tamat belajar dari Morocco:
(lebih kurang bunyinya)
"..Semasa belajar di luar negara ini..
Selalunya semangat kita akan naik & turun,
tiada Ibu, Ayah & Keluarga yang boleh tengok2kan.
Sebelum ia hanyut lebih jauh, kita perlu kembali Sedar !!
Sentiasa Tajdidkan (segarkan) semula Niat & Matlamat kita. "
Masuki Gedung Semangat
Untuk mencari perenang yang handal.. Datanglah ke Kolam renang,
Jika mahu berjumpa Tentera Hebat.. Ketemu saja Skuad Elit Komando,
Mahu belajar Agama secara mendalam.. Berguru sahaja pada Ulama'2 yang di iktiraf,
Untuk dapatkan "Semangat" menuntut Ilmu?.. Berbuallah bersama 'Geng2 Talaqqi'
Untuk rajin ke Kulliah?.. Eratkan hubungan dengan 'Geng2 Kulliah'
Untuk dapat semangat dakwah?.. Rajin2lah ikuti program 'Geng2 Dakwah'
Untuk berlatih seni pengurusan?.. Berjinak2lah dengan 'Geng2 Persatuan'
Iya.. kita bukan Malaikat yang suci hatinya,
Namun kita juga tidak mahu 'Perasaan' Ahli Neraka..
Kerana itu.. Hati ini perlu sentiasa dicuci,
Elakkan dari memandang Aib & Cela Sahabat..
Kerana itu.. Kadangkala 'alihkan' pandangan itu perlu,
'ber-Uzlah' (berseorangan) juga cara yang baik,
Teringat Kalam Syeikh Rohimuddin.ha;
Justeru Seorang Guru yang Mursyid (mendidik)..
Akan melarang Muridnya terjun ke dalam masyarakat..
Kerana ia tahu.. Muridnya itu akan "berubah" dengan suasana,
Namun bagi murid2nya yang mampu.. Guru itu benarkan sahaja..
Kerana ia tahu.. Muridnya itu akan "merubah" suasana,
Sufi itu bukanlah sekadar Berqasidah.. Akan tetapi Rohani,
Jasadnya ditengah masyarakat.. Namun hatinya bersama Allah,
Rasa tak tenang
Suatu malam, saya mendapat panggilan daripada seorang Sahabat:
"..Kenapa aku sekarang rasa tak tenang?
"..Hati terasa macam kosong.."
Erm.. pastinya ini berkait Soal Hati..
..Aku pun kadangkala rasa begitu.
Iyalah.. rasa macam kurang sesuatu.
Namun Mat..
Bila lihat kembali dalam jiwa & kehidupan hari2 aku..
Baru aku faham.. Rupanya aku telah agak jauh daripada Allah..
Lidahku sudah kering dari berzikir pada Allah..
Al-Quran telah lama aku tak baca
Sebaliknya aku lebih kerap mengkaji Aib & mengumpat orang lain,
Solat Jemaah sudah kurang aku jaga.
Aku sudah terlalu obses terhadap apa yang aku rancang & usahakan..
Tanpa aku sedari,
Aku telah jauh meninggalkan Allah.
I'Allah..
Itulah Penyebab hati kita meronta2 resah & bersalah
Suka melihat wajah2 yang Jernih
Teringat hobi di zaman lampau.. Alhamdulillah masih bersisa..
Saya suka jalan Waktu Malam & juga Siang seorang diri..
Pergi ke Surau @ ke Bilik teman2.. Secara senyap2,
Saya suka 'mengintip' sahabat2 beribadah Seorang diri..
Melihat Ketundukan mereka kepada Allah,
Pernah saya curi2 tangkap beberapa foto..
Namun mungkin mereka tidak tahu i'Allah(^^,)..
Saya suka dengan 'perasaan' yang wujud ketika 'intipan' itu..
Sangat Damai, Mententeramkan jiwa... & Memberi pengajaran buat saya..
Pakwan:
Aqimu daulatan fi qulubikum satakun fi ardikum
(Dirikanlah Negara di dalam hati kamu & Ianya akan terdiri di Bumi kamu).
-Dr.Yusof AlQardhawi