Isnin, 26 Disember 2011

Azhari berdakwah di Bumi Saudi (Avakuasi)





بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Salam Keceriaan
Assalamualaikum.. Selamat Pagi Salam Ceria,
Bersyukur pada Allah.. Tuhan Maha Best !!
Selawat & Salam buat Rasulullah... Insan penuh berhikmah...
Para Sahabat, Ulama, Mujahid, Mukminin & Muslimin.. Mudah2an kita bertemu di dalam Syurga Firdaus nanti..
......................................Allahumma Ameen.


Dinihari Waktu Subuh
Hari ini cuti umum bagi Negara Mesir.. Hari Jumaat,
Hampir semalaman berbual2 dgn Amir.. Laungan Azan Subuh menyedarkan kami,
Begitu pantas masa berlalu.. lebih kurang jam 3.29 Azan sudang berkumandang..
Lantas cepat2 kami berwudu', kejut ahli bait & tekan loceng mana2 rumah yang sempat.


Perkara yang mesti didahulukan
Cadangnya nak ke Masjid Syarbini.. tapi sebelum tu kena intai Surau dulu.. takut tiada Muazzin,
Tapi takkanlah tiada kot... Tambahan dengar2 Halaqah Ustaz Fikri adakan Qiam hari ini....
.................erm surau Bercahaya, Kira tak perlulah nak pikul amanah sebagai Muazzin..
Lantas ku ubah langkah.. menuju ke destinasi Masjid Syarbini..


Kenangan manis itu
(^^,).. Bagiku ianya sangat manis(^^,)..
Ketika itu kami(Student Mesir) di transit(singgahkan) sementara di Kompleks Tabung Haji Jeddah..
ianya sebelum kami dihantar pulang ke Malaysia... Bilik kami dihuni oleh 100% pelajar Negeri Pahang,
Sedang kami berehat di Bilik pada malamnya.... Suara seorang Akhwat(Mahasiswi) berkumandang melalui pembesar suara..
".. Perhatian kepada semua Pelajar Mesir di Kompleks Tabung Haji Madinatul Hujjaj ini, diharap kita semua dapat menjaga Akhlak & tingkah laku kita sebagai seorang muslim. Fahamilah sikit keadaan kita diwaktu ini. Jangan kotori dengan maksiat. Jagalah sikit perhubungan antara lelaki & perempuan. Janganlah nak bercouple @ dating dengan pasangan2.. Insaflah sikit...(lebih kurang bunyinya)"
Tak semena2.. tanpa dirancang.. kami yang mendengar dari dalam bilik ini sama2 laungkan:.....TAKBIRRR !!! ALLAHUAKBARR !!!


Esoknya
Namun Mahasiswa/i Mesir tidak berdiam diri.... Saya sudah ingat2 lupa bila tarikh setepatnya,
Sebaik sahaja selesai Solat Subuh.. Ada suara mengatakan akan ada Kulliah Subuh.. tapi tempatnya belum tentu,
Puas kami menunggu.. tiba2 kami lihat ada sekumpulan pelajar berhimpun di depan Dataran Kompleks,
Toleh kiri toleh kanan..
Biar betul? takkanlah diatas Jalan Tarr? Tempat pelajar lalu lalang? sudahlah tempat itu sesak dengan beribu2 pelajar yang baru sampai... Belum campur ada mata2 yang pandang lain macam.. Tambahan dekat Pejabat Tabung Haji & depan PEGAWAI2 Tabung Haji???


Hisyi.. nak turun atau tidak ni?..
Tapi kalau tak turun... memang rasa bersalah sebab tak berikan support pada usaha Dakwah..
Apatah lagi inilah masanya nak 'Gah' kan Syiar Islam..
Lantas kami sama2 turun & duduk bersila diatas Jalan Tarr.. Kulliah disampaikan oleh Ustaz daripada PMRAM..
Dicampur dengan beberapa Mahasiswa yang berserban berjubah & Mahasiswi berpurdah.. Kami khusyu' m'dengar penyampaian Ustaz yang nampak muda.. namun petah memetik Kalam Allah, Hadis2 Nabi & Kata2 Ulama....







Lenguh namun puas
Hari esoknya juga begitu.. Namun jumlah kami semakin ramai,
Jika semalam majoritinya Mahasiswa Al-Azhar sahaja.. Hari ini Pelajar2 Medic pun sama2 join.. memang seronok(^^,)
Kaki memang lenguh.. Namun hati kami puas, Kulliah2 puratanya berkisar soal menjaga batas antara Lelaki & Wanita..
Ha2.... Paling tidak boleh saya lupakan:
Bilamana sebilangan PEGAWAI Tabung Haji yang semalam hanyalah sebagai pemerhati ditepi2, Hari ini duduk bersila bersama2 kami untuk sama2 mendengar Kulliah tersebut, Beberapa kali saya & sahabat saling berpandangan sambil tersenyum lantaran terasa lucu dengan perkara tersebut...


Selamat Pulang !
Hari esoknya pula.. Nama saya & sahabat2 Pahang naik,
menandakan tibalah giliran kami untuk pulang ke Malaysia... Mesir2.
1001 perkara yang nampak mustahil.. namun semacam mudah bila di sini..
Doa mudah mustajab, Suasana Biah Solehah, Masjid Hidup, Ulama' ramai... &bermacam2 lagi.
Allah... Allah... Allah... Mudah2an Allah sentiasa Sayang & bimbing kita semua(^^,) -Ameen



Pakwan: Masih tak jumpa jawapan kenapa "Khobar boleh jadi Makrifah"... Kalau dia mudof kepda makrifah itu memang kita maklum, tapi kalau dia dalam bentuk khobar Jumlah Ismiah? Bukankah khobar sentiasa nakirah? kalau boleh... apakah penyebabnya daripada sudut Kaedah & Makna?......... erm USTAZ MUSADDIQ-USTZ ZULFAISOL, Klau dua2 tak tahu.. kita tanya PROF ISMAT.......wslm(^^,)