بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Assalamualaikum.. Hujan agak lebat
Sewaktu hujan turun dengan lebat kelmarin. Saya tersangkut di Surau Al-Mubarak (Kg.Sungai Isap Jaya) sebaik selesai solat Isyak. Dalam pada menunggu hujan reda. Tiba2 saya menerima sebuah sms daripada Amin (bukan nama sebnar) yang mengandungi kata2 hikmah. Ayatnya indah namun sms itu telah terlalu kerap saya baca..Saya reply:
"ayat org lain xyah, nk ayat luahan hti sndri.. Bri 24jam dr skrg(^^,).."
Tidak sangka Amin ambil serius..
Tidak semena2 pagi tadi saya mendapat satu sms. Tertera nama Amin di muka depannya. Kali ini sms Amin sekali lagi menyentuh perasaan & lebih dekat dengan jiwa saya. Lebih menyeronokkan bila sms-nya bukan cetak rompak & kita dapat rasakan roh yng tersembunyi disebalik sms ini.
Menarik Kenangan..
Saya bukanlah seorang yang suka mengingat kisah2 lampau, Kecuali ketika menulis/berkarya & meberi tazkirah. Namun sms Amin mencuit kembali Kisah itu. Ketika saya masih menuntut di Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Saat yang membuatkan saya tersenyum. Terutama bila mengingatkan telatah Amin & rakan2 yang masih 'kebudak2an' itu(^^,)..
Wajah2 yang comel tapi... Masya Allah kenakalannya
Setiap kali tiba hari Jumaat. Pasti Amin & rakan akan bertemu dengan saya. Katanya nak tidur di surau & pagi esok nak Qiamullail sama2. Malam itu di surau sebelum tidur, kami akan duduk rapat2 sambil berselimut & ada yang memeluk bantal. Tidak kurang ada yang sudah terpejam matanya, Biasanya Aiman & Harith(^^,). Kemudian kami akan sama2 mendengar bayan sebelum tidur. Bayan antaranya menyentuh Adab2 tidur, Dosa2, Akhlak, Perihal Kiamat, Kisah Sahabat & Hal2 semasa. Kebiasaannya Khalid yang akan memberikan bayan & Penyoal tetap tidak lain tidak bukan Suhaib & Mukmin(^^,).. ha2Dahulu, ku punya teman....
Untuk berkongsi suka dan duka...
Kini, kami terpisah atas dasar iman...
Bila ku kesepian...
Bila ku kesedihan...
Bila ku bingung...
Bila masalah dtg menimpa...
Ku kehilngan Pemberi Semangat...
Ku kehilangan Seorang Sahabat...
Yang kurasakan hanya keseorangan...
Yang kurasakan hanya kesepian...
Namun setiap perkara ada hikmhnya...
Kini baru ku sedar...
Perpisahan ini mengajar erti CINTA...
Kini dapat kurasakan Tuhan itu hampir...
Kini dapat kurasakan Cinta Tuhan...
Baru ku-sedari Tuhan itu tempt mengadu setiap insan...
Dialah Pendengar paling setia...
Perpisahan ini mengajar erti Cinta Tuhan
Aku rasa semakin hampir dengan-Nya..
Aku rasa semakin akrab dengan-Nya
Kini setiap langkahku dipandu oleh-Nya...
Kini aku tidak lagi kesepian..
kini aku tidak lagi keseorangan...
Kini aku punya Teman....
Kini Dia sentiasa disisiku...
Namun jauh di sudut hatiku....
Aku amat merinduimu...
uhibbuka fillah ya akhi....
:::: Kau telah mengajarku erti CINTA yang sebenar......
Sama2 kita ukir kisah ini..
sms yang saya terima ini hampir menceritakan ukhwah yang pernah kami bina suatu ketika dahulu. Ukhwah yang akan membuatkan kami lebih hampir kepada Allah.. I'Allah. Ukhwah yang kita harapkan dapat memimpin kita semua untuk sentiasa Taat & Cinta akan Allah. Ukhwah yang akan mempertemukan kita suatu hari nanti, walau dalam wajah yang pelbagai, namun semuanya akan saling bergenggaman tangan untuk menjulang Panji Allah..Sama seperti yang pernah kita lafazkan sebelum tidur dahulu(^^,)..
Pakwan:
Terserempak dengan Adik2 Al-Ihsan. Sudah sama tinggi & Ada yng lebih lagi(^^,). Sudah ada yang bekerja & masing2 sudah besar panjang... Mudah2an Allah Sayang & Pimpin kita semua.