بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Kenapa aku perlu berenang.??
Yusuf sedang mencongak2, Sambil gerak hati & hujjah akalnya berbisik;
Minat & perkara yang patut Yusuf lakukan ketika itu adalah menyambung kembali naskah kisah Jeneral Amin menggantikan Jeneral Nusaybah di dalam novel KOMBAT 1515 karya Faizal Tehrani? Tambahan setelah dicampur tolak.. tiada langsung 'keterpaksaannya' untuk berenang... Ramai lagi yang minat berenang boleh menemani Faiz & Jabar di dalam kolam, sedangkan yang bermotivasi dengan Kisah Kombat 1515 hanya Yusuf seorang.!! Ya.. hanya Yusuf seorang, Semua rakan2 yang lain lebih bermotivasi untuk berenang.. Justeru adakah Yusuf salah? Tidak, Jika Yusuf tidak menghabiskan Kisah Novel itu... SIAPA yang akan menghabiskannya.??
Kalu begitu.. Faiz &Jabar salah? Juga tidak, Jika mereka berdua tidak berenang...siapa pula yang akan berenang?.... Habis tu tiada yang salah? Ya..TIADA yang bersalah, kedua2nya adalah hobi.... yang salah adalah yang fanatik dengan hobinya saja 'benar' & hobi rakan2 lain semua salah, Sebagai seorang yang RASIONAL... adakah menyalahkan hobi rakan2 kita salah adalah LOGIK? Langsung TIDAK.......
Nah... Hobi itulah Jihad & perjuangan Islam, manakala Berenang & Membaca Novel adalah 'wasilah' dalam berjihad & memperjuangkan Islam. Asalkan kita lakukan wasilah kita kerana Allah & melalui nasihat Ilmu & Akal.. maka bersangka baiklah dengan tindakan kita, I'Allah... Allah bersama kita, memaaf & memberikan taufiq-Nya kepada kita..
Hati2 dengan 'IKHLAS', Syaitan boleh masuki ke dalam Hati Seorang Ulama, juga si Abid, Juga Para Mujahid & Penuntut Ilmu... Namun Syaitan tidakkan sesekali berjaya memasuki Hati seorang Muslim yang Ikhlas,,
Tanyakan pada diri ini: Kerana apa kita lakukan itu & ini? Perhalusi dengan teliti... Jika bukan kerana Allah, menangislah & pohonlah ampun kepada Allah...Kita sedang tersasar Sahabat(^^,)..
Kata2 indah daripada Rabiah Adawiah rh..(lebih kurang berbunyi);
"..Walaupun tidak dijanjikan dengan Syurga, Neraka, Pahala & Dosa sekalipun, maka aku tetap akan terus beribadah & menyembah Tuhanku"
Pakwan: Berlapang dadalah & lakukan semuanya kerana Allah... I'Allah hati akan tenang.