بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Menghadap Komputer
Jam menunjukkan pukul 9.44mlm,
Baru selesai kelas Nahu Wadeh b'sama Ustaz Syazri..
Ada banyak persoalan yang timbul di benakku.. terutama tentang: Kenapa ada 'Khobar' yg 'makrifah'?
Tapi sayang... soalanku itu dijawab dengan: 'Itu kerja rumah utk enta' !!
Bosankah? Bila lakukan apa yang kita sukai....??
Teringat saya pada 2-3 tahun lepas.. ketika di Maahad,
Pernah saya mengadap komputer sehari suntuk.. dari lepas Subuh hingga Subuh esoknya,
saya hanya berjeda bila waktu Solat Jamaah, makan & Mandi...
Semuanya lantaran nak menyiapkan tentatif, menyusun & meyelaras keperluan program..
Ianya berlaku 2-3 kali.. termasuk ketika nak meyiapkan majalah & program luar maahad.
Tak berjaya.. namun saya dapat
Antara saat paling saya tidak boleh lupakan: 'Majalah Huffaz 2007',
Walaupun tidak berjaya diterbitkan.. Namun itulah antara 'Permata Ilmu' terbesar yang pernah saya rasai..
walaupun dalam keadaan tarikh dateline untuk hbiskan tasmi' Al-Quran semakin hampir..
ditambah pula dgn kelebihan yg agk terbats dalam bab m'hafz2 ni.. Saya tetap nak setelkan 'MAJALAH' ni !!
Ikutlah apa kata org luar.. "Aku yakin dgn diriku".. Saya gagahkan langkah..
Kerja gila
Harus diingat.. idea Majalah ini dtg drpd saya sendiri & sahabat UIM PRISMA (Unit Infrmsi & Multimedia)..
Justeru ianya bukanlah arahan daripada Maahad mahupun PRISMA(MPP)..
Tambahan Pengurus, Pensyarah & Student perlu berkejar pula mencapai KPI yg digaris Yayasan Pahang lagi 2-3 bulan..
Sedangkan Majalah itu memerlukan p'libatan pelbagai pihak..
Untuk fotographi perlukan: Pengurus2, Pensyarah, Student & staf,
Untuk artikel perlukan: Student & Staf,
Untuk analisis perlukan: Pengurus2,
Untuk editorial, graphik & cetakan: Student & Syarikat percetakan.
Ha2.. Harus diingat Sahabat, Biasalah dlm apa2 Gerak Kerja sekalipun..
Masalah akan datang bertimbun2.. Kadangkala jauh melangkaui jangkaan,
Jadi.. terpulanglah pada cara kita menanganinya.. Paling penting: FIKIRAN +ve & LICIK
Enjoy your life !!
Alhamdulillah.. Saya cukup2 seronok dgn kehidupn sekarang,
Pagi selepas Subuh naik Bas 80plg ke Masjid Ja'fari: Talqqi Al-Quran..
Selepas itu curi2 masuk Kulliah Syariah.. pukul 11.30 bertolak ke Markaz Bahasa Al-Azhar..
Sebaik keluar Kulliah pada pukul 5.15ptg.. Bertolak pulang pulang ke Rumah.
Malamnya selepas Maghrib ikuti Kelas Nahu Wadeh dgn Ustz Syazli, Lepas itu... 'Rehat time'.
Kadangkala gi minum asir(Jus) dekat gami'.. Main masak2.. Risalah Biah Solehah BKMIP / Maahad(mcm Penulis luar negara la kot).. Mencoret di FB / Blog.. borak2 kat Bilik Amir @ bincang masalah ummat dgn Firdaus & Syazwan:... Bergantunglah pada mod(^^,).. Janji saya dapat lakukan apa yang saya Nak, Suka & Enjoy... tanpa perlu ikut telunjuk & KPI Orang lain.
Saya suka mengelaskannya sebagai:
Saya belajar untuk Faham seperti saya faham Kertas Kerja,
Saya lontarkan saja apa yang terbuku di otak kepada Syeikh... sebab saya memang Nak Tahu,
Saya tak perlu rasa mahukan Respect drpd classmate sewaktu menuntut ilmu..
Walaupun mereka jauh lebih muda.. Kerana yg saya mahu hanya FAHAM apa yang SYEIKH AJAR,
Walaupun ada yg akn mencemuh @memerli kerana melihat saya seakan2 lari daripada Jamaah Dakwah..
Itu saya tak kisah.. Yang penting saya akan setia &sentiasa menampung kekurangan Jamaah itu.. walaupun mereka2 itu tidak tahu, Kerana matlamat saya sekarang bukan Pengiktirafan itu.. Tetapi pastikan Jamaah itu kekal Hebat & terus Hebat.. Mudah2an Allah bimbingi
Cukuplah sekadar itu
Jam pun dah menunjukkan 11.08 mlm,
Sudah hampir satu minggu tidak hadir Kelas Talaqqi Al-Quran bersama Syeikh Ashraf..
Mula2 sebab urusan dengan Ustaz Fared.. Bas 80plg tak muncul.. Demam cuaca(@banyak sangat dosa mungkin i'Allah),
Allah... Allah.. Allah.. Mudah2an Allah permudahkan
Ha2.. Ayah saya call dari Malizi la, erm... kira kita tamatlah dulu ek...... Wassalam(^^,)
Pakwan: Mudah2an Allah Sayang, Kasih & Maafkan kita semua(^^,).. ameen