Rabu, 28 Disember 2011

Peniaga China di Mesir...

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Musim Sejuk menyelubungi Bumi Cairo..

Suhu siang tadi sudah mencecah 16'c... Namun mungkin tidak sesejuk d'Muhafazah (Negeri lain)..


Yang penting.... Untuk Solat Subuh d'Masjid Nur Muhammadi/Syarbini pastinya 'Sangat2' mencabar...


Sahabat2... baru ini saya berbual2 dengan seorang Pensyarah drpd Kulliah Tib(Perubatan) Alazhar..


Namanya Dr.Basot(jika tidak salah), Pertemuan kami tidak d'jangka.. rupanya Dr juga tinggal d'kawasan ini..


Banyak tajuk yang kami sentuh:

.............. Antaranya tentang cara AlAzhar menerapkan p'didikan Agama kpd student Medic dari Malaysia, Cara Dr membahagi masa antara Mengajar & tugas sebagai Pakar bedah, gajinya disini & bezanya dengan Malaysia. Serta yang utamanya pastilah 'Perniagaan',


Namun banyak benda yang saya nak dalami terhenti di benak sahaja, faktornya tidak lain kerana komunikasi/bahasa.. (lantaran kami masih baru di Bumi Anbiya' ini),.. namun ada point menarik yang saya dapat tangkap... & memang bertepatan dengan 'benda' yang sering bermain difikiran saya ketika ini................ iaitu liciknya Si-'China'.



Sahabat2........Antara perkara yang kita sedia maklum, dimana2 sahaja kita pergi... kita pastinya akan menggunakan barangan China (khusus di Mesir), China bangkit secara sendirian sejak dari dahulu lagi... Politiknya sendiri, cara bisnesnya sendiri, paling mengagumkan.... China mampu mwujudkan China town ditengah2 bumi Amerika sana, majunya Singapura walaupun Negaranya kecil & tiada sumber alam juga kerana bangsa 'China', hatta ekonomi Malaysia berada ditangga ke-30 dunia & antara termaju di kalangan Negara Islam juga kerana 'China', Cuba bayangka jika tiada Bangsa China d'Malaysia... bolehkan Malaysia menjadi sebegini hebat? (bukan utuk merendahkan Melayu... cuma untuk kita renungkan)....... Cuba Jeling2 ke kiri & kanan kita & tengok keupayaan ekonomi kita. Takkan sekadar MLM & Kedai Makan je kot...


..................Saya tertarik dengan kata2 Doktor Basot, walaupun mata wangnya jauh lebih rendah berbanding Amerika, Namun pengaruh ekonomi China berjaya meletakkan Amerika berada dibelakangnya,


Sahabat2........ Saya sempat bergurau dengan Doktor: ...Sambil memegang kepala paip di Kedai Hardware tersebut, saya katakan padanya:"i'Allah..Pasti ini buatan China"... Dan ternyata ianya benar, Lantas Doktor memberitahu:.. Sekarang Mesir ditimbuni produk dari China, lihat sahaja Motosikal... hampir 98 peratus berjenama Haojiang/ Dayun... tidakpun Hianco, belum cerita pasal Hardware & keperluan harian lagi... China berjaya menakluki Mesir secara tidak langsung walaupun tiada kelihatan seorangpun 'Peniaga China' disini.. Boleh katakan setiap kedai pasti ada menjual barangan China.............. (walaupun Peniaga itu tidak boleh berbahasa ENGLISH & apatah lagi BAHASA CINA !!)





Sahabat2........ Baru2 ini saya ada membuka Blog Tun Dr.Mahathir Mohammad (Pemimpin Melayu Karismatik yang cukup2 Futuris & Optimistik)..Saya sempat membaca komen salah seorang pembaca blognya & tertarik pada komen:.... "



::: dear tun and all.

Sekiranya Kampung Baru nak dibangunkan sebagai commercially busy NewTown yg mempunyai complex sperti mid valley, suria klcc etc. i think we better forget it. the malays have no product to trade. their products are nasi lemak, kad kawin, baju pengantin, kaset ceramah dan buku agama, manik tasbih, kedai makan mi celup and things like that which are not really fit in such commercial complex. lihat apa yg ada dalam komplex MARA dekat pertama kompleks? yg boleh dijadikan indikator. pernahkah kita perasan bahawa tiada sebuah bank komersial pun terdapat di Dato Keramat?. Ia juga boleh dijadikan indikator betapa daifnya pusingan perniagaan disitu. Tun semasa menjadi PM telah sedaya upaya ingin merubah stigma tersebut dgn memperkenalkan industri berat yg menghasilkan proton, barangan elektrik, komputer dan sebagainya serta meluaskan jaringan antarabangsa bagi membolehkan orang melayu mempunyai high end product untuk diniagakan. orang melayu memerlukan the real and viable products untuk dipasarkan dan diniagakan kepada semua orang di negara ini dan luar negara. orang melayu perlu ada kilang2 bagi menghasilkan product setiap keperluan harian semua manusia untuk didagangkan. Setelah itu barulah Kg Baru akan menjadi Dazzling New Town ever after dan dengan itu barulah kegusaran terlepasnya pegangan hakmilik dapat dielakkan. "




...Sekian sahaja Sahabat, I'Allah kita akan sama2 'Bergerak & Usahakan sesuatu'.. agar matlamat menjadikan Islam di Puncak itu suatu realiti, Tidak kita yang merasai.. mungkin buat anak2 & generasi kita nanti. Biarpun kita berlainan fikrah(pandangan)... tapi kita kena menuju kearah suatu Puncak yang sama, kerana kita tahu... Puncak itulah tempat yang akan membuatkan semua Insan & Penghuni Alam Selamat, Tenang & Bahagia. Baik insan itu berbangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Arab, Mat Salleh mahupun beragama Muslim, Kristian, Yahudi @ Non-muslim yang lain. -Salam Sejahtera keatas kamu, peace been upon you: Assalammualaikum.







Pakwan:

Kagum dengan Ekonomi China, Ulama Arab, Politik Yahudi, Muamalah British, Sikap Jepun, microcip India...... Tapi tetap suka Nasi Lemak Melayu(^^,)...