Ahad, 25 Disember 2011

Rezeki Graduan Agama

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


السلام عليكم..............,,
"Masuk maahad...??
Nak jadi apa nanti?",





Pakwan teringat...
masa mula2 menjejak kaki ke Tahfiz Pahang..,
Kata2 inilah yang mengiringi Pakwan.



PANAS...??
Ishy.. mau tak HOT,
Tapi bila melihatkan ke-'tua'-an beliau dari Pakwan
& beliau gak antara insan yang Pakwan cukup2 hormati,
nak kata apa.? redho je la....
(Dalam hati...... Fuhh kipas2 !!)



Secara peribadi,
Pakwan rasa kata2 ni tangkap muat jek..
Sekadar sebuah kata2 yang xda sandaran,



Yupp..
tidakkah 'beliau' melihat analisis yang telah dibuat?
Kajian menunjukkan (2008):
ada 5 bidang pekerjaan yang sentiasa kosong di Malaysia,
Antaranya:
Agama, Perubatan, Perguruan, Pertanian & Ekonomi.



Ya.. Bidang 'Agama' salah satunya,
Dengan kadar jawatan baru yang semakin bertambah,
Ditambah dengan bilangan mereka2 yang bakal bersara,
& ditambah lagi dengan pelajar2 agama yang sudah xberminat meneruskan pengajian..
Nah.. I'Allah rezeki takkan putus, malahan semakin bertambah ada la,



Sebagai contoh,
Kekosongan beribu2 jawatan untuk Guru JQAF di seluruh negara..
Sehingga memaksa Kementerian merekrut pelajar2 lepasan SPM..
untuk diserapkan sebagai Ustaz & Ustazah
Belum ditambah dengan keperluan guru JQAF untuk Sek Men lagi..
katanya sedang di dalam perancangan..



Imam2 mahir untuk Masjid Daerah pun xcukup.. belum tambah masjid2 kampung
& bilangan Imam2 yang pencen, berhenti @ meninggal dunia lagi,
Jawatan Guru2 KAFA di sekitar Sungai Isap saja dah berlambak kosong(Kwsn bandar tu)..
belum dikira yang luar bandar & Daerah lain lagi.
Jawatan2 di Jabatan Agama Islam & Pusat Zakat pun dengar2 banyak yang tak terisi,



Lebih mengejutkan.. Sahabat Pakwan bagitau..
(Saudara Fahmi: salah seorang juri Mahkamah Syariah & Hakim kontrak)
di Pahang ini hanya ada 5 orang hakim Syariah sahaja..,
sedangkan daerah ada banyak..
Yang 5 hakim tu juga terpaksa 'all out' satu Pahang untuk setelkan kes,
itupun setelah 'rush' untuk ikut KPI (satu2 kes takleh melebihi 5 tahun.).



Belum ditambah dengan keperluan untuk bidang2 profesional lain lagi.
Nak2 sekarang..
Kerajaan tengah tekankan nilai2 integriti (amanah).
Nah.. lagilah beruntung bagi individu2 yang mempunyai Sijil 'Lepasan Sekolah Agama',
Cukup2 bernilai untuk di ambil kira.



Perlu dingat..
Pakwan hanya menceritakan untuk Negeri Pahang sahaja.
Bagaimana bagi Negeri Sabah, Sarawak & Pulau Pinang?
Yang kita sedia maklum.. Sentiasa melahirkan bilangan Lulusan Agama yang sedikit.



Alahai.. Gaji pun bukanlah cikai2 sangat.. Bergantung pada kelulusan,
Starting Ijazah biasanya +RM1900 & kadangkala boleh pergi jauh lagi,
bergantung gak atas jawatan.




Namun begitu,
bukanlah maksud Pakwan untuk menggalakkan kerja makan gaji.
Semua tu sekadar makluman yang boleh kita kongsikan bersama,
Boleh gak dijadikan panduan, galakan, motivasi & hujah untuk menangkis tanggapan2 karut..
yang mengatakan lulusan agama pasti menganggur,
Kalau ada pun yang menganggur.. I'Allah mungkin Allah tengah uji tu,
Xpun.. juz nak tunggu kerja datang ke riba je kot(^^,),
Bukan pe.. kalau kata tiada pekerjaan.. mengapa banyak jawatan yang masih belum diisi.?
(hatta semudah2 kerjaya seperti Guru KAFA)




Sabda Rasulullah: 

من تفقّهَ في دين الله كفاه الله همّه  ورزقه من حبث لا يحتسب

" Bagi sesiapa yang Mendalami Agama Allah (menuntut ilmu), Cukuplah Allah mengambi berat akannya dan baginya rezeki yang tidak ia sangka-sangkakan..."
---( مسند أبي حنيفة )




Teringat cabaran Ustaz Karim Sidek dalam satu Kulliah beliau di Padang Polo tahun 2006:
"Tunjukkan kepada saya seorang 'Orang Agama' yang mengganggur ??"



 




Pakwan: Masih tak jumpa