Selasa, 27 Disember 2011

Mestikah Membunuh Diri, Meskipun Allah Sangat Cinta Padamu..

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله





Allah.. Beratnya bebanan ini
Saat anda sedang membaca nurkilan ini..
Saya juga sedang membaca wajah2 insan yang gembira menikmati hidup, Senyuman di bibir mereka tidak pernah lekang.. menandakan Jiwa yang sungguh Bahagia., Namun.. Ianya tidak memadamkan Filem2 Duka Insan yang pernah saya tontoni secara kebetulan (takdir Allah)... Kenangan yang sukar di lupa, Di saat kita ketawa.... Masih ada yang sedang memendam sedih terhancur jiwa,

Buat segalanya... Allah-lah tempat kita mengadu & kembali... Dialah Maha Pengampun segala dosa... Maha Penyayang untuk sekelian hamba, Mudah2an Allah ampunkan kita semua.

Ada dua Kisah Benar yang saya nak kongsikan disini, kedua2nya berkisar cubaan bunuh diri & lebih memberi makna bila ianya berlaku sekitar saya sahaja.. Allah.. Allah.. Allah, Mudah2an Allah ampunkan mereka berdua & kita juga.. ameen.





KISAH 1
Kejadian ini menimpa keluarga Abg Ali..



Di suatu hari, sedang Keluarga Abg Ali (Bukan nama sebenar) berkumpul di dalam rumah. Pembantu rumah mereka berbangsa Indonesia yang bernama Halimah (bukan nama sebenar) datang kepada mereka sambil bersalam & meminta maaf dengn mereka semua. Mereka agak pelik dengan perilaku itu. Mungkin tidak pernah Halimah berperilaku sedemikian.



Kemana Halimah menghilang?
Diringkas cerita. Selang beberapa ketika selepas kejadian itu, Halimah menghilangkan diri. Hampir dua hari lamanya Halimah menghilang. Kemana Halimah pergi? Takkan dah lari ke Indonesia kot? Isy.. pening memikirkannya.
Tanpa menunggu lebih lama Keluarga Abg Ali melaporkan kehilangan itu kepada Pihak Polis.



Halimah ditemui..
Setelah beberapa ketika. Akhirnya pihak Polis menjumpai Halimah. Namun keadaannya cukup menyentak kalbu.. Halimah ditemui mati dalam keadaan lehernya tergantung di dahan Pokok Jambu belakang Rumah Abg Ali. Melalui beberapa petunjuk, Polis m'klasifikasikannya sebgai kes bunuh diri. Maka terjawablah 'Persoalan Salam' yang ditimbul oleh Halimah dua hari lepas.



Kenapa sampai begitu?
Setelah diselidiki melalui temannya. Rupanya Halimah mempunyai seorang suami di Indonesia. Setiap bulan Halimah akan mengirimkan duit hasil titik peluhnya sebagai pembantu rumah kepada suami di Indonesia. Dengan duit itu nanti Halimah bercadang ingin membina rumah di Indonesia. Namun hatinya benar2 hancur:
Halimah mendapat tahu Duit2 itu telah diseleweng guna oleh suaminya sendiri. Bukan sahaja tidak dapat memiliki sebuah rumah.. Bahkan Duit2 itu semua hangus di 'MEJA JUDI' !!





Mafhum Ingatan Rasulullah SAW:

"Sesiapa m'lemparkan dirinya dari gunung sampai mati, maka ia berada di Neraka Jahannam, Dia telah melemparkan diri ke dalamnya & kekal selama2nya. Sesiapa meminum racun sampai mati, maka racunnya itu ada di tangannya, Dia akan meminumnya di dalam Neraka Jahannam & kekal di dalamnya selama2nya. Dan sesiapa membunuh dirinya dengan besi (senjata tajam), maka besinya itu berada di tangannya, Dia akan memukuli (dirinya) di dalam Neraka Jahannam & kekal di dalamnya selama2nya..." (Riwyt Bukhari & Muslim)






KISAH 2
Kejadian ini berlaku awal tahun 2008, lebih kurang 3 tahun dahulu i'Allah..
Suatu hari Halim (bukan nama sebenar) minta saya menemaninya ke Hospital Tengku Ampuan Hajah Afzan Kuantan(Hospital Besar). Walaupun hujan turun dengan lebat & Kami hanya ada sebuah motor. Namun kami gagahkan juga langkah menuju hospital memandangkan harapan menggunung Halim.



Diringkaskan cerita. Halim sebenarnya ingin melawat Saudara perempuannya Aida (bukan nama sebenar) yang sedang dirawat di Hospital Besar. Sebaik sampai di perkarangan hospital, kami cepat2 menuju ke wad yang dimaksudkan. Setibanya di wad kami disambut oleh Mak Sah (bukn nama sebenar) ibu kepada Aida. Suatu yang menarik perhatian kami adalah wajah Mak Sah.




Mak Sah bercerita (lebih kurang bunyinya)..
" Keadaan Aida sudah semakin pulih. Tiga hari doktor suruh dia makan ubat, lepas makan makan. Tiga hari juga Aida tidak makan benda lain. Sebab nak cuci Racun Parakuat yang dia........ dulu"




Suaranya tenggelam bila menyebut kalimah 'minum'..
Disamping mendengar cerita Mak Sah. Saya terpegun memerhatikan wajah Mak Sah. Disamping mulut yang petah bercerita serta wajah yang tenang & terpapar ketabahan seorang ibu. Secara tidak dirancang saya tertangkap beberapa mimik muka. Allah.. rupanya disebalik wajah yang tenang itu tersembunyi perasaan sedih & sayu. Wallahua'lam.. Saya merasakan mungkin ketika itu, Hati Si Ibu sedang berlaku pertembungan antara kesedihan & berpura2. Ya Allah.. beratnya perasaan itu..




Kenapa Aida?
Saya tidak pasti alasannya. Namun pada tahun itu Aida berada di tingkatan lima di salah sebuah sek men di Malaysia. Aida meminum Racun Parakuat (Racun Pokok). Menurut seorang Petani, kalau sesebuah pokok itu payah untuk mati. Maka letaklah Racun Parakuat, I'Allah tak lama kemudian pasti pokok itu akan mati. Racun yang cukup2 dahsyat..




Mudah2an kamu berjumpa Bahagia..
Wajah Aida kami dapati agak pucat. Cumanya hati Saya agak tersentuh, Saat Aida melemprkan senyuman perpisahan terhadp kami. Mungkin sebagai tanda terima kasih untuk lawatan ini. Senyuman itu kelihatan Ikhlas.. tapi cukup2 lemah. Mudah2an Senyuman itu juga sebagai satu isyarat keinsafan yang datang dari hati Aida. Iyalah.. Kita sering mengharapkan sebuah kebahagiaan. Hakikatnya Kebahagiaan itu Pemiliknya Allah.. Kembalilah kepada Allah & kita akan beroleh Kebahagiaan untuk selama2nya......... I'Allah.













Pakwan:
Walau apapun derita yang kita tanggung,
Ingatlah... Allah sangat Sayang & Cintakan kita,
Tiada dosa yang tidak boleh Allah ampunkan...
Dengan Syarat kita minta maaf sungguh2 dengan Allah atas keterlanjuran kita,

Ia benar bebanan ini Berat... & Sangat Berat..
Tapi cubalah untuk senyum... Allah ada bersama kita,
Sama2 kita mulakan hidup yang baru... Hidup yang hampir kepada Allah,
Carilah mereka yang mampu mendidik kita & hati kita... Untuk terus cekal menempuh Ujian ini, Mudah2an kita berbahagia di Syurga Firdausi Allah nanti.... Bebas & Tenang dari sebarang beban,

:::: Hidup sekitar 60-70 tahun ini hanyalah bangku singgahan... Akhirat juga yang kita harap !! Selamat Mengharungi Ujian (^^,) !! :::