Isnin, 26 Disember 2011

Bersopanlah Sahabat Salafi (Wahhabi)




بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Dr.Hasan as-Syafi'i hampir dibelasah?
Antara Kisah besar yang Paling Panas pada minggu ini..
semestinya Kisah Dr.Hasan as-Syafi'i...
Hari Rabu kelmarin,
sebaik sahaja habis Kulliah di Darrosah(curi2 masuk)...
Saya terus bergegas menuju ke Masjid Al-Azhar,
Ternyata orang ramai telah memenuhi 3/4 ruang solat utama...

Ulama2 besar Al-Azhar berada di barisan hadapan,
Majlis penutup Daurah Kitab 'Syamail Muhammadiah'.. oleh Syeikh Usamah Azhari..
Turut diselitkan bantahan Ulama2 Al-Azhar berhubung Kisah yang terjadi
...terhadap Doktor Hasan as-Syafi'i..

Salafi tulen
Barisan Alim Ulama' Al-Azhar As-Syarif ramai yang hadir,
Tuan Mufti Syeikh Ali Jum'ah turut kelihatan hadir.. Sama2 menunjukkkan sokongan,
Majlis dimulai dengan ucapan oleh Syeikh Hasan.. antara isi menarik yang saya tangkap
(lebih kurang bunyinya):
"Mereka mengaku sebagai Salafi, Sedangkan Al-Azhar lah sebenarnya Salafi yang tulen kerana mengikut manhaj (rangka berfikir) para Salafus soleh yang terdahulu.."

Kisah Yang Berlaku
Oleh kerana agak lambat sampai..
Di bawah.. Saya lampirkan Kisah Kejadian,
Saya ambil dari Blog Syeikh Husni Genting (Musnid Indonesia)..
(Setelah diedit tulisan & perenggannya...);


Wahabi Mesir memukul dan menghalangi
Doktor Hasan as-Syafi`i dari Mimbar Khutbah


Kejahatan Wahabi semangkin bertambah-tambah,
Setelah sebahagian wahabi yang mengaku bahwa mereka itu salafi
menghukum seorang yang beragama kristen dengan cara memotong kupingnya dengan alasan hukum hudud dan perbuatan mereka yang menghancurkan kuburan-kuburan para wali Allah, 
sekarang pula mereka menampakkan gigi mereka
dengan melarang Doktor Hasan Syafi`i berkhutbah di Masjid an-Nur
dan mengancam membunuh Doktor Hasan Syafi`i.

Kronologi kejadian
Pada hari jum`at tanggal 15 april 2011
Syeikh Prof .DR Hasan Syafi`i di tugaskan oleh Menteri Wakaf Mesir
untuk mengisi khutbah di Masjid Nur Abbasiyyah,
Masjid Abbasiyyah ini adalah milik Kementrian Wakaf Mesir.

Sesampainya di Masjid
Syeikh Hasan merasa terkejut karena Mimbar Masjid di kepung ketat
oleh pemuda-pemuda berjenggot lebat,

Gaya dan bentuk mereka sudah enggak asing lagi bagi orang
bahwa mereka pengikut wahabi yang mengaku salafi,
mereka tangkap Syeikh Hasan,
dan ada yang diantaranya ingin memukul beliau,
ada diantara mereka yang menarik jenggot Syeikh Hasan Syafi`i,
ada yang menghancam ingin membunuhnya, 

bagaimana mereka bisa berlaku sedemikian rupa
terhadap orang tua yang sudah mencecah umurnya 81 tahun,
hinaan dan makian di tujukan kepada Syeikh Hasan as-Syafi`i,

para pekerja dan penjaga Masjid tidak mampu melawan perbuatan wahabi,
sebab mereka terlalu banyak, tujuan mereka ada ingin menguasi Mimbar
dan menaikkan Syeikh Wahabi ke atas mimbar untuk berkhutbah,

bahkan ada perempuan yang di pukul
karena ingin membantu dan membela Syeikh Hasan Syafi`i
dari kepungan pemuda-pemuda wahabi.

Beginilah kejahatan dan kekotoran
prilaku orang-orang wahabi yang mengaku salafy
padahal ulama-ulama salaf sangat jauh dari perbuatan mereka.
mana pennghormatan terhadap ulama?,
mana penghormatan terhadap orang tua,
dan mana penghormatan terhadap ulama - ulama Azhar Syarif, 

wahabi mesir telah membuat kekacauan ummat,
menghancurkan kuburan-kuburan wali, memotong telinga orang kristen,
memfitnah golongan ikhwan muslim, dan menghina ulama-ulama Azhar Syarif.


Biografi Syeikh Hasan Syafi`i
Nama lengkap beliau adalah Syeikh Hasan bin Mahmud bin Abdul Latif as-Syafi`i al-Azhari.
Beliau di lahirkan pada tahun 1930 Masehi di kabupaten Biba Propinsi Bani Suef, dari kecilnya beliau dididik dengan ketaatan kepada agama, mempelajari dasar-dasar agama di kampungnya sendiri. bahkan telah menghapal al-Qur`an al-Karim walaupun usianya masih kecil, setelah menyelesaikan sekolah menengah atas di Madrasah al-Azhar beliau terus melanjutkan studynya di al-Azhar as-Syarif dan Fakultas Darul Ulum, pada tahun 1963 beliau berhasil meraih gelar Lisence dari Fakultas Usuluddin Al-Azhar dan Fakultas Darul Ulum Universitas Cairo, ini membuktikan kepintaran beliau dan kerajinannya.
Jabatannya :
1 - Guru besar bidang Filsafah Islamiyyah di Darul Ulum Universitas Cairo.
2 - Wakil Dekan Fakultas Darul Ulum Universitas Cairo.
3 - Anggota Lembaga bahasa Arab.
4 - Mantan REktor Universitas Islamiyyah Pakistan.
5 - Dan lain-lain.
Karangan beliau :
1 - al-Madkhal Ila Darasati Ilmi al-Kalam.
2 - al-Imam al-Amadi Wa Ara`uhu al-Kalamiyyah.
3 - Fushul Fi Tasawuf Islamiyyah.
4 - Ilmu Kalam Baina Madhihi wa Hadhirihi.
5 - Dan lain-lain.
Beliau meriwayatkan hadis dari :
1 - Syeikh Muhmmad Hafiz Tijani.
2 - Syeikh Ali as-Sindilewi.
3 - Syeikh Abdullah bin Abdul Haq Nafi` Kakakhil.
4 - Syeikh Muhammad Sa`id bin Najib al-Badanjaki an-Nadawi.
5 - Syeikh Abdul Ghaffar Hasan al-Bakistani.
6 - Syeikh Ali Jum`ah al-Azhari.
7 - Syeikh Ahmad Ma`bid Abdul Karim al-Azhari.
Rujukan : Asanidu al-Mesriyyin : 413

Alamat Blog Syeikh Husni: http://allangkati.blogspot.com



Maha Suci Bagi Allah...
Persoalan "WAHHABI" ini dilihat bersifat agak subjektif,


Sudut Pandang NEGATIF
Ada yang mengaitkannya tentang AKIDAH (menjisimkan Allah),
Tidak kurang mengaitkan dengan MANHAJ (pendekatan yang sangat keras),
Kadang2 ada juga yang mengaitkannya sebagai MAZHAB (Menolak mazhab lain2)...
Lebih haru... Ada juga yang letakkan Wahhabi ini sebagai ALAT POLITIK (Kerajaan Saudi),

Sudut Pandang POSITIF
Golongan ini amat menitik beratkan "keselamatan" Hadith Rasulullah,
Menghapuskan amalan khurafat dalam kalangan masyarakat....
Menggalakkan budaya berjaga2 dalam mengambil Syariat agama,
Berani mempertahankan kesucian AJARAN ISLAM..




Pakwan:
Seronok bergaul dengan Ulama'... Yang bila kita pandangnya terasa sejuk,
Bila bergaul dengannya.. Ia akan meluruskan kita,
Bila mendengar kalamnya.. Semakin merapatkan kita dengan dengan Allah,

Hidup bukan untuk bergaduh.. Buka untuk hasad dengan Orang,
Hidup untuk hampir & Beribadah kepada Allah..

Mudah2an Allah bersama kita..