بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
1. Tiba-tiba pagi ini teringat kata-kata yang Mie selalu ulang (gelaran untuk ibu saya). Bila saat mengemas sudut yang sukar di dalam rumah,
"Kita yang buat dia ",
2. Bila Mie berkeras ingin letakkan televisyen yang agak berat di atas
meja yang lembut. Logiknya insya Allah memang tak tahan. Tapi Mie
cakap.. "Kita yang buat dia ". Mie ambil kain dah tak diguna lalu
disusun dan dimampatkan dibawah meja bagi meneguh. Maka dapatlah
televisyen itu diletak di atas meja.
3. Juga pernah Mie berkeras juga ingin letakkan sebuah perkakas dapur di tempat yang sedia sempit. Rasional kita, lebih baik letak sahaja di tempat lain. Mie cakap.. "Kita yang buat dia ". Kemudian Mie susun semula rak tersebut sehingga terbentuk ruang kosong muat-muat untuk perkakas baru itu masuk. Maka dimasukkanlah perkakas baru itu di situ.
4. Begitulah kebiasaan Mie. Jika Mie inginkan sesuatu maka Mie akan berkeras sehingga benda itu menjadi. Biar apapun orang nak komen.
5. Walaupun begitu, cara Mie bukanlah membuta tuli. Ada cara untuk setiap jalan yang kita pilih. Halangan boleh dielak dan dibuang. Ia bukanlah suatu alasan untuk kita berputus asa. Jika inginkan sesuatu maka kita perlu kreatif memastikan ia berjaya.
6. Cerita ini sekadar kisah biasa. Malahan jika ditanya kepada orang diluar sana mungkin lebih banyak idea kreatif dilontarkan bagi selesaikan problem di atas ini. Namun ada satu perkara yang kita boleh sama-sama ambil pelajaran... mindset.
7. Orang dulu-dulu punya peribahasa memang sedap;
8. Tapi saya tetap suka kata-kata azimat Mie... "Kita yang buat dia ". Atau kata-kata zaman sekolah dahulu.. "Benda boleh adjust".

"Buatlah seperti menarik rambut di dalam tepung. Rambut tak putus tepung tak berselerak.."