Sabtu, 27 Disember 2014

Waspada ketika Situasi Samar-samar

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Antara Berita Sohih, Berita Palsu atau Sikap Waspada di Musim Banjir;

1. Bila terbaca banyak mesej yang dihantar bagi diwar-warkan oleh page-page yang terkenal. Mesej menggambarkan suasana ditempat mereka yang 'terdesak' namun bantuan masih belum tiba. Saya memilih untuk 'menerima' berbanding 'memastikan sohih atau palsu' terlebih dahulu.

2. Ya, memang tugas pasukan penyelamat untuk pastikan. Namun dengan 'like' yang kita beri. Mudah-mudahan ianya terserlah di laman Facebook. Seterusnya menarik minat pihak penyelamat mahupun pihak berkaitan. 

3. Teringat semasa banjir tahun 2013 lepas. Kami ditempatkan di Penempatan Banjir SMK Paya Besar. Dengan lokasi yang hampir dengan tempat selamat banjir, jalan utama dan bantuan yang mudah disalurkan. Maka kami tidak terlalu merasai keperitan banjir.

4. Namun berbeza dengan cerita sahabat baik saya yang tinggal di Penempatan Banjir SK Cenderawasih.

5. Dengan kawasan yang agak jauh dari jalan utama. Jalan ke situ pula terputus. Tidak cukup dengan itu, mangsa yang datang ke pusat (yang rumah mereka dua tingkat) diarah pula balik ke rumah kerana pusat pemindahan terlalu padat dan keutamaan hanya untuk mereka yang rumahnya setingkat. Dalam masa yang sama air banjir agak deras dan tinggi, waktu malamnya api pula terpadam. Mujurlah ada sebuah rumah di dalam lorong tersebut yang sudi menjadi markaz memasak. Setelah disumbang beras dan bahan masakan sedikit seorang maka dimasaklah sebelum diedar kepada rumah-rumah yang sama lorong.

6. Disebabkan laluan keluar masuk tidak dapat dilalui, maka helikopter terpaksa menggugurkan bahan makanan ke padang sekolah.

7. Nah, itu baru satu cerita yang dialami sendiri sahabat baik saya. Bayangkan bila kita terbaca kisah mangsa-mangsa yang terpaksa melarikan diri dari banjir dengan mendaki bukit, memanjat atap atau berpindah dari tingkat tiga ke tingkap empat di Sekolah Manek Urai. Dan cerita itu adalah benar.

8. Dalam keadaan begini. Segala kebarangkalian dan khabar angin tidak patut dibiarkan berlalu begitu sahaja. Termasuk maklumat berhubung air pasang tinggi dan gelombang kedua dan ketiga.

9. Ada masa-masa tertentu, berita yang datang perlu disaring sama ada Sohih atau sekadar khabar angin. Namun ketika berhadapan dengan keadaan yang memerlukan kita survival contohnya seperti Ujian Banjir ini. Sikap berwaspada, cakna perkembangan dan sentiasa bersedia amatlah ditagih.