Sabtu, 27 Disember 2014

Rahmat Di Sebalik Musibah



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله 

Rahmat disebalik Musibah;

1. Bagi yang sempat. Insya Allah pasti ramai yang masih terkenang konflik di Acheh suatu ketika dahulu. Konflik yang ditayangkan media massa saban hari itu benar-benar meresahkan Umat Islam di Negara kita. Nama Gerakan Acheh Merdeka (GAM) sudah tidak kedengaran asing di telinga kita.

2. Namun tiba-tiba suatu hari kita dikejutkan dengan berita Tsunami Besar yang amat menggerunkan melanda Acheh. Peti Televisyen ghairah memaparkan betapa dahsyatnya peristiwa air laut yang naik ke darat lalu menyapu apa sahaja yang menghalangnya. Rumah musnah, kereta hanyut, kapal yang besar di laut boleh terdorong sampai ke tengah daratan, mayat bergelimpangan dibawa arus deras. Yang terselamat hanya mampu menguis mana yang termampu, manusia yang hanyut seolah-olah seperti buih kerana tersangat ramainya. 

3. Satu dunia tersentap dengan ujian baru ini. Pelbagai lapisan baik NGO mahupun negara, tanpa mengira agama mahupun bangsa menghulurkan bantuan. Lenyaplah sudah berita peperangan di Acheh dari perbualan massa.

4. Sebaik keadaan mulai reda. Maka takdir Allah semuanya menjadi mudah. Mungkin tidak mahu lagi membebankan perasaan penduduk di situ. Maka tuntutan yang sebelum ini nampak mustahil, namun dengan mudahnya diluluskan oleh pemerintah Indonesia. Acheh diluluskan sebagai wilayah autonomi. Punyai undang-undang tersendiri.

5. Begitulah Rahmat yang terselit disebalik musibah yang melanda.

6. Kini saban tahun juga Malaysia dilanda musibah. Banjir sudah seperti kewajipan insya Allah. Tanah runtuh di tanah tinggi Cameron, gempa bumi dan puting beliung di Kedah pula semakin kerap kedengaran.

7. Yang menariknya. Masa inilah nak lihat satu negara berdamai dan bertolak ansur. Boys Of Street dan Elephant Army, UMNO dan PAS, BN dan PR, ABIM dan ISMA, Wahhabi dan Sufi, Bulan Sabit Merah dan Pengakap, Melayu, Cina dan India. Semua turun padang membantu.

8. Begitulah resam musibah. Di sebalik musibah itu pasti terselit bersamanya Rahmat Allah. Dengan izin Allah jua.