بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Kelebihan Tuan2 Guru kita dahulu;
1. Tok2 Guru kita dahulu kala mengaji, bersungguh2 sampai bagi 'alim. Ada di Mekah, Fatoni dan Sekitar Nusantara. Kerana itu tidak hairan jika mereka mengaji 10-20 tahun. Malah ada yang terus tak balik2 dan tekad bermastautin kerana terlalu cinta dengan suasana ilmu,
2. Kelebihan Tok2 Guru kita dahulu, Mereka bukan sahaja 'alim Ilmu Agama. Bahkan mereka juga sangat2 mahir ilmu dakwah, faham psikologi dan amat 'arif akan waqi' (keadaan) kehidupan masyarakat Tanah Melayu ketika itu,
3. Kerana itu jika diamati, Banyak amalan2 istiqamah orang2 tua kita dahulu yang dilihat seolah2 ritual agama lagi tak berasas sebenarnya hasil cantuman beberapa Hadith Rasulullah.saw,
4. Orang2 tua kita dahulu dibentuk hidup mereka oleh Tok2 Guru,
5. Perhatikan sahaja pada bacaan Yaasin dan tahlil malam Jumaat. Kenapa Surah Yaasin? Pulak tu ngam2 antara Maghrib ke isya'? Kenapa Malam Jumaat? Kenapa tiga kali Surah Al-Ikhlas? Kenapa Alfalaq dan Annas hanya sekali? Kenapa zikirnya tahlil? Kenapa itu... kenapa ini...
6. Perhatikan juga alunan2 zikir setelah solat, ungkapan imam setelah solat jenazah, bersalaman setelah solat berjamaah, Zikir2 harian yang orang2 dahulu amalkan, perhatikan Al-Ma'thurat yang disusun As-Shaheed Hassan Albanna,
7. Melalui penjelasan dari Ulama'2 dan malah boleh dibelek sendiri didalam Kitab2 Hadith.. Maka barulah kita jumpai nasnya,
8. Baik secara sedebuk terkandung dalam sebuah hadith. Atau yang buatkan kita kagum, rupa2nya ada antara amalan itu yang terhasil dari gabungan beberapa hadith mahupun atsar sahabat. Sambil hiasan seni dakwah yang menarik dari Tok2 Guru dulu2 berjaya meleburkan sedikit demi sedikit amalan kepercayaan animisme dan Hindu yang pernah menyaluti masyarakat Tanah Melayu kita sebelum itu,
9. Barulah kita perasan dan menghargai.. Betapa hebat dan berseninya Tok2 Guru kita terdahulu. 'Alim Syariat, Mahir Psikologi, Memandang jauh ke depan dan Hikmah berdakwah. Maka tidak hairanlah Islam begitu berjaya disebar, digenggam kemas dan disayang sungguh2 oleh Penduduk Tanah Melayu dan Nusantara dulu2,
Pendekatan Dakwah,
10. Dalam memahami seni dakwah Tok2 Guru kita dulu2, mengajak masyarakat kepada agama. Dua Kepilan yang diletak Al-Allamah Syeikh Abdullah Sirajuddin ketika mensyarahkan Manzumah Baiquniyyah (Ilmu Mustalah Hadith) dibawah ini wajar kita jadikan bekalan ketika melihat amalan orang dulu2,
وقال الإمام النووي في (الأذكار): قال العلماء من المحدثين والفقهاء : يجوز ويستحب العمل في الفضائل والترغيب بالحديث الضعيف ما لم يكن موضوعا ، وأما الأحكام كالحلال والحرام والبيع والنكاح والطلاق وغير ذلك فلا يعمل فيها إلا بالحديث الصحيح أو الحسن ، إلا أن يكون في احتياط في شيء من ذلك ، كما إذا ورد حديث ضعيف بكراهة بعض البيوع أو الانكحة فإن المستحب أن يتنزه عنه ولكن لا يجب
وروى البيهقي في(المدخل) عن ابن مهدي أنه قال: إذا روينا عن النبي صلى الله عليه وسلم في الحلال والحرام والأحكام شددنا في الأسانيد وانتقدنا الرجال ، وإذا روينا في الفضائل والثواب والعقاب سهلنا في الأسانيد وتسامحنا في الرجال
Telah berkata Imam Nawawi di dalam Al-Azkar:
Telah berkata Ulama dari kalangan Pakar2 Hadith dan Pakar2 Fiqh:
"Dibolehkan malah beroleh pahala beramal dengan Hadith Fadoil dan Hadith Galakan beramal yang Dhoif selagi belum dikira Hadith Maudu'. Adapun yang berkait soal hukum seperti Halal, Haram , Jual beli, Nikah, Talaq dan selainnya, maka kita tidak menghukumkannya kecuali dengan Hadith Shahih atau Hasan. Kecuali ketika berwaspada dalam perkara tersebut. Seperti jika ada Hadith Dhoif yang melarang sebahagian hukum jual beli dan hukum nikah. Maka sunat mengelak darinya namun tidaklah wajib."
Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi di dalam Al-Madkhal;
Dari Ibn Mahdi sesungguhnya ia telah berkata:
"Jika kami meriwayatkan dari Nabi.saw perihal Hadith Halal, Hadith Haram dan Hadith hukum-hakam. Maka kami akan periksa sungguh2 sanad dan kritikal terhadap perawi. Dan apabila kami meriwayatkan perihal Hadith Fadoil, Hadith Ganjaran dan Hadith Seksaan, kami akan mudahkan pada meneliti sanad dan mengambil ringan akan perawi."
11. Ada yang kata Tok2 Guru kita dahulu jumud?
Sebenarnya tak... Cuma fikiran dan strategi mereka terlalu jauh ke depan. Sampai kita yang lemah ini tak mampu nak jangkau. Lalu kita kata.... Mereka dah ketinggalan zaman,
Sengaja coret panjang pagi, kerana sedih,
12. Ada tempat yang Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu penuh aktivitinya dengan tazkirah dan majlis ilmu namun tiba2 Hari Khamis malam Jumaatnya menjadi borak2 kosong sesama jemaah antara Maghrib ke Isya'. Wallahua'lam kerana apa... Namun sehari sebelum itu ada terdengar seruan di masjid lain yang mengkritik amalan mengkhususkan bacaan Yaasin dan tahlil malam Jumaat,
13. Baiklah... Bolehlah.. Husnu Dzon...
Tahniah kerana berjaya membuang persepsi masyarakat akan 'kewajipan' membaca Yaasin malam Jumaat. Namun sediakanlah alternatifnya... Sayang jika saat Maghrib-Isya inipun disia2kan sedangkan waktu2 yang lain sudah sibuk bekerja dan menghadap dunia.
14. Jika nak Su'uz Dzon memang banyak...
Tapi takpelah... Nak tiru lebah... Tak nak tiru lalat..
Teringat pesan Sidi Dr.Lokman Alazhari.ha (lebih kurang);
"Zikir itu ada pelbagai dan setiap darinya punyai cahaya tersendiri (saling berbeza manfaat).."