.
Hampir dua hari aku begini. Sukar nak buat apa-apa. Sebab lutut aku masih belum pulih sepenuhnya. Jadi banyaklah jadual aku yang terpaksa di-stop dahulu. Ikutkan aku memang sebok.
.
Pukul 12.30 sudah kena tidur. Sebab pagi-pagi dah kena bangun untuk prepared Imam Subuh. Aku memang peruntukkan Subuh adalah untuk Surah Panjang. Bagus untuk aku establish-kan hafalanku.
.
Kemudian iron baju. Cari pulut sarapan Abi.
.
Kemudian ke Maahad.
.
Pukul 10 pagi balik dan cari barang dapur.
.
Pukul 12 tidur. Itupun jika Abi tidak perlukan khidmat untuk istinjak atau menghantar Mie ke mana-mana.
.
Kemudian bertugas Imam Zohor. Kemudian tidur.
.
Kemudian bertugas Imam Asar.
.
Jika hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Aku tiada kelas. Jadi bawa Abi bersiar-siar.
.
Tapi kalau Hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis aku ada kelas masjid negeri. Jadi lepas Imam Asar berkejar ke masjid negeri untuk mengajar. Kemudian balik dan sampai rumah dalam pukul 6.55 petang.
.
Kemudian bertugas ImamMaghrib.
.
Kalau lepas Isya kena mengajar. Biasa hari Isnin dan Rabu. Rehat dulu lepas Maghrib. Dalam 8.15 malam ke Masjid Negeri dan kelas habis dalam pukul 10.30 malam. Sampai rumah dalam pukul 11 malam. Kemudian bersiap untuk tidur.
.
Jika Hari Selasa, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Masa untuk belajar. Jadi lepas Imam Maghrib terus ke kelas di Pondok Seri Damai. Kemudian balik dan sampai rumah dalam pukul 9.30 malam. Kemudian bawa Abi bersiar ambil angin. Pukul 11.30 malam dah boleh rehat. Main handfon dan tidur.
.
Orang tengok memang nampak rushing. Aku pun adakala tak sempat termenung panjang sebab setiap urusanku perlukan aku berfikir. Tapi oklah. Enjoy. Mudah-mudahan semuanya tidak sia-sia. Moga mendapat redho Allah.
.
Besar fawaid yang aku dapat bila sakit ni. Sekurang-kurang adalam masa untuk aku bertenang. Hirup udara. Kerap juga aku terasa. seperti dah tak lama hidup. Tapi biarlah Allah yang tentukan. Semuanya bergerak atas takdir-Nya. Kita hanya usaha berdasar ketentuannya juga.