Ahad, 29 April 2018

[ Teruslah Belajar Ilmu Tajwid ; ]


Baru ini terima satu mesej berantai. Di dalamnya meminta warga emas cukup-cukuplah belajar ilmu tajwid kalau dah boleh baca Alquran. Kita bukan nak jadi qari. Fokuslah pada Ilmu Fardhu Ain...🤔
.
Dari sudut bertolong bantu dalam nasihat. Kita hormati dan mudah-mudahan penulis tersebut mendapat ganjaran Syurga Allah yang tertinggi. Cuma dari sudut informasinya. Kita kurang setuju.
.
Atas beberapa sebab;
.
1. Dinyatakan di dalam Kitab Alfawaidu Almakkiah. Bahawa belajar Ilmu Tajwid juga suatu tuntutan Fardhu Ain, jika pembaca tidak mampu membaca Alfatihah secara sempurna tajwidnya. Lantaran ianya adalah rukun qouli di dalam solat. Bacaan tahiyyat juga terselit Ilmu Tajwid. Nah.. Berapa ramai sahaja warga tua yang kita jumpa bagus bacaan tajwidnya? Sangat-sangat sedikit. Lahn Jaliy pun ramai sangkut.
.
2. Jika mengikuti Kelas Fiqh, Aqidah dan Akhlak. Dalam seminggu hanya berapa kali sahaja. Jika katakan setiap sesi dua jam. Baru 6 jam. Dari 168 jam yang kita ada seminggu. Habis waktu lain nak buat apa? Tidur? Kan lebih cantik kita isi sebahagiannya dengan belajar Ilmu Tajwid.
.
3. Memanglah namanya Ilmu Tajwid. Tapi hakikatnya ia adalah praktikal membaca Alquran. Bukankah setiap huruf mendapat ganjaran 10 kali ganda? Samalah seperti anda solat atau puasa atau berzikir. Malah pahalanya lebih lagi dari berzikir. Hakikatnya pelajar itu sedang beribadah. Malah sambil dipantau oleh guru yang mahir.
.
4. Dengan menghadiri kelas yang berkala begini. Pelajar dapat konsisten membaca Alquran. Maknanya. Kalau kelas selang sehari. Maka setiap dua hari dia pasti mengaji. Jika tidak. Nak harapkan diri sendiri. Dengan adanya tarikan TV, handset, gadget-gadget. Pegang Alquran pun mungkin payah.