إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ ۖ وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Ahad, 29 April 2018
[ Coretan sukar tidur: Tanggungjawab seorang anak. Jika ada-lah lebihan harta ; ]
1. Hantarilah ibu ayah tunaikan Haji Umrah di Mekah. Lepaskan bahu mereka dari pundak kewajiban. So diorang dah relaks, tak perlu fikir nak kumpul duit. Jika lebih lagi harta, ambil hotel dekat dengan Masjidil Haram. Lepas tu nak bawa ke Paris atau Switzerland? Terpulanglah.
.
2. Permudahkan mereka berjemaah di masjid. Belikan motor atau kereta. Tentatif harian mereka sudah berlegar sekitar ibadah. Sebelum tidur Solat Isya berjemaah. Bangun Subuh berkejar ke masjid. Bila tengah hari Solat Zohor di Masjid. Sementara Asar boleh berehat. Lepas Asar nak ke Maghrib boleh berkebun.
.
3. Usahakan cari Kelas Fardhu Ain buat mereka. Merangkumi Tauhid, Fiqh dan Akhlak. Kekerapan kelas 2-3 kali seminggu. Tuntutan beribadah dengan tepat sukar dialihkan dari mereka. Sebab masih ramai yang boleh mengajar.
.
4. Daftarkan mereka ke Kelas Alquran. Baik Bertatih Iqra, Belajar Tajwid ataupun Talaqqi berdepan. Inilah pelaburan saham akhirat. Besok di akhirat. Alquran-lah yang akan berikan syafaat buat mereka. Hanya tinggal beberapa detik lagi. Jadi, pastikan hidup mereka melazimi Alquran.
.
5. Guru kami bercerita. Menjadi kelaziman sebahagian masyaikh. Sebelum meninggal. Mereka pastikan 3 perkara ini mereka usahakan. Anak Soleh, Ilmu bermanafaat dan sedekah jariah.
.
6. Jadi, galakkan mereka bersedekah. Sedekah yang pahala mengalir. Airnya tak putus. Infaq bina madrasah, masjid, jalan raya, pondok-pondok. Jika berlebih lagi harta, biarkan mereka habiskan harta untuk sedekah. Adapun belanja makan-minum, bil, keperluan asas. Itu kamu yang tanggung. Baru best.
.
7. Jika ingin hadiahkan mereka rumah atau mereka tinggal bersama kamu. Pilih kejiranan yang baik. Yang dapat bantu hidupkan biah beribadah. Masjidnya hidup, majlis ilmunya meriah, sifar masalah moral. Teringat ada satu tempat yang ada juga 2-3 orang jemaah suka solat di masjid. Tapi bila sampai pintu pagar, pusing balik semula. Sebab imam tiada. Semua tak berani ganti jadi imam. Rugi.
.
8. Kita sering tersilap. Ingin bahagiakan mereka. Tapi kita suakan dunia semata-mata. Jadi, ibu-ayah semakin leka dan terus-terusanlah leka. Padahal yang lebih bahayanya adalah bekal di 'sana nanti' . Dalam tempoh yang singkat sangat. Apatah diumur senja. Dapatkah kita bantu? Ke... kita sendiri pun perlu dibantu?....
.
.
P/s: Nurkilan buat orang kaya dan hidup lama. Yang biasa-biasa. Ada caranya juga. Cuma mahu atau tidak sahaja.