Ahad, 29 April 2018

[ Identiti Unik Sekolah Agama ; ]


Kini Madrasah dan sekolah aliran agama bagai cendawan tumbuh. Tidak terhad sekolah menengah. Sekolah Rendah, Kolej hatta Tabika Islam pun ada.
.
Namun bagiku. Identiti sebenar sekolah agama adalah Biah Solehahnya.
.
Markaz Bahasa Universiti Alazhar pernah cuba mencampur adukkan sesi pembelajaran Ikhwah dan akhwat di Hayyu Sadis. Namun hanya bertahan sehari. Secara kebetulan Syeikhul Azhar Syeikh Ahmad Toyyib datang melawat. Beliau dapati ikhtilat lelaki dan wanita berlaku. Maka kembalilah semula qoror ke cara sebelumnya. Kulliah Akhwat di waktu pagi dan ikhwah di waktu petang.
.
Pondok Pasir Tumboh juga pernah suatu ketika mengadakan gotong royong bersama pelajar Muslimin dan Muslimat. Namun setelah disedari Tok Guru. Tok Guru minta pelajar muslimat balik. Sehingga kini, pelajar muslimin dan muslimat tidak langsung bercampur. Jalan khusus muslimat disedia, kawasan muslimat dibenteng. Hatta walaupun kelas di Madrasah Tok Guru Haji Mustofa (Madrasah Tengah) itu disertai muslimin dan muslimat. Tapi tetap dipisahkan oleh dinding dan tempat keluar juga diasingkan arah. Langsung tidak bertemu. Sekali imbas. Kita takkan sedar bahawa Pondok Pasir Tumboh rupanya ada pelajar Muslimat.
.
Dengarnya. Zaman sebelum-sebelumku. Budaya di Sekolah Menengah Agama. Apabila abang banin nak bercakap dengan akak banat. Mereka akan bercakap dibalik sutrah. Baik tabir atau penjuru dinding. Jika bermesyuarat juga, lelaki dan wanita dipisahkan oleh tabir.
.
Jika telusuri Sirah Junjungan mulia. Kehidupan dizaman itu. Sesekali pergi pula ke Hadramaut Yaman. Mungkin kita dapat rasai. Berkatnya hidup bila ikhtilat dan Biah Solehah terjaga.
.
Mungkin ramai tak setuju. Bekas sekolah agama juga membantah. Bimbang. Kerana nanti di universiti, alam pekerjaan, dunia realiti. Graduan akan alami culture-shock. Mereka tak boleh adapt, lalu jadi lebih teruk dari pelajar normal. Jadi bebaskan belenggu ini awal-awal, supaya antibodi mereka kuat.
.
Entahlah. Malas nak fikir.