Seorang teman menghantar mesej. Katanya si polan bin si polan ini sesuai menjadi ketua pembangkang. Sesuai lead UMNO sebab lantang. Saya balas, saya tak setuju.
Dia mungkin ada kelebihan. Lantang bercakap, ada rupa dan smart. Tapi bagiku dia tiada content. Akar kemelayuan dan Islam dia tak kuat. Boleh diperhati pada status FB, pidato dan aspirasi nya ketika nyatakan hasrat untuk bertanding jawatan tertinggi UMNO. Malah tidak keterlaluan bagiku roh dan semangatnya adalah PH, cuma jasadnya di dalam UMNO.
Sudah lama aku perhati. Dari sudut penampilan memang menarik, tapi dari sudut nak menjadi pemimpin tertinggi, bagiku dia kelihatan kurang mampu. Cuba imbau budak tingkat 4 zaman Pak Lah, hubungannya dengan sultan-sultan, latahannya ketika UMNO kalah. Aku tak nampak beliau berjaya harungi dengan bijak.
Aku lebih suka Asyraf Wajdi yang naik. Mulutnya sentiasa menyebut melayu dan Islam. Namun mungkin kerana latarnya lebih muyur kepada intelektual berbanding politik. Maka Dr.Asyraf kurang kelihatan agresif dan menonjol.
Namun bagiku. Benda ni boleh diubah. Perkemaskan skuad media. Setiap isu semasa, minta komentar Dr.Asyraf Wajdi. Kemudian ambil yang bernas, letak dalam youtube, FB, insta, sebarkan ke laman-laman sosial. Percayalah, generasi Y dan yang bijak-bijak pasti terpesona insha Allah. Dr.Asyraf pandai bercakap. Itu kelebihan dia.
Jadi walaupun berada di rumah mahupum pejabat. Suara Dr.Asyraf akan kedengaran di tengah khalayak. Jadi orang akan nampak kelibatnya.
Kerana itu. UMNO perlu perkemaskan skuad propaganda khususnya media. Cybertrooper satu hal. Ini cabang lain, aku namakan cabang 'intelektual'. Jangan paksa Dr.Asyraf ke tengah gelanggang sumo, kalau itu bukan kepakarannya. Jadi boleh fokus kepada cabang intelektual. Sebab dia mahir di sini.
Sama seperti Ds.Najib. Dato Najib mahir dalam memperjelas, berdialog. Jadi jangan lorong dia ke medan debat atau pidato. Itu bukan kelebihannya.