Waktu ini. Topik yang menjadi bualan generasi Y di kalangan profesional adalah pemberhentian kerja. Jadi isu ini boleh dimain UMNO. Watak pimpinan tertinggi PH yang ada kini adalah menjurus swasta atau bisnes. Jadi UMNO boleh serang dan tawarkan dari sudut kebajikan.
Dasar penswastaan sangat-sangat membahayakan orang melayu. Bila sektor pekerjaan dalam government makin disempitkan. Maka 20-30 tahun akan datang, kita bimbang. Golongan warga emas yang bersara dari sektor swasta semakin ramai, atas faktor terbesarnya ialah Malaysia punyai kemudahan kesihatan yang sangat baik. Namun, mereka tidak punyai sumber pendapatan. Berapa je pekerja swasta yang celik ekonomi. Apatah lagi dengan gaji cukup-cukup makan, maka lagilah sukar untuk melabur dalam aset.
Jika dulu. Tun Razak dari UMNO mengilhamkan FELDA dan FELCRA untuk membantu golongan miskin bumiputera. Dato' Seri Najib mengilhamkan BR1M, yang sangat membantu.
Bayangkan BR1M dapat dalam bulan 1-2. Jadi ngam-ngam boleh bayar insurans kereta. Bayangkan jika BR1M tiada. Nak korek mana duit.
Aku sangat nampak. Idea Ds.Najib adalah untuk tarik duit dari orang kaya. Lalu diberi kepada golongan miskin dan sasaran. Tapi mungkin dengan tentera saraf yang kurang mantap. Menyebabkan Ds.Najib kalah. Zaman sekarang. Kalau produk ko hebat bagaimanapun, tapi kalau marketing tak mantap, propaganda tak berkesan. Say... Hye hye... bye...bye..
Kecewa tengok banner BN bagi Sungai Kandis. Cara kempen yang agak ketinggalan. Cammon.... Upkan betul-betul isu Islam dan Melayu. Bagi semua sedar. PH sangat-sangat lemah dalam menjaga hak bumiputera dan Islam. Tonyoh betul-betul. Ramaikan kawan bukan musuh. Musuh kita adalah PH. PAS, IKSIM, MAJLIS RAJA-RAJA, PEGAWAI KERAJAAN, ISMA. Semua geng kita.
Anwar suka buat perkara yang WOW. UMNO boleh tiru. Sesuatu yang out of the box. Contoh baru ni. UMNO bertanding, PAS beri laluan. Kemudian PAS bertanding, UMNO beri laluan. Cuma yang kurangnya gimik. Gimik kena menjadi. Baru ianya buatkan UMNO kuasai isu dan topik semasa. Selagi nama naik, selagi tu orang kenal dan ingat. Sudah ingat maka selesa. Sudah selesa maka undilah.
UMNO dah terbiasa DNA kerajaan. Jadi kena resap DNA pembangkang. Buat tindakan yang provokatif sehingga PH melatah. Mahathir bukan lagi UMNO. Jadi jangan takut dedahkan rahsia-rahsia kerajaan terdahulu. Waktu menjadi pembangkang, nama 'NAJIB' sahaja mereka dah berjaya busukkan sebusuk-busuknya. Tanpa belas kasihan.
Dedahkan dokumen memali dan projek-projek besar lain. Dah lama pegang kerajaan. Takkanlah tiada maklumat langsung?
Tengok point-point serangan Ds.Najib sekarang boleh tahan. Kenapa cybertrooper dan penyokong UMNO tak tolong junam aje kemana-mana tempat. Pisau dah diberi, hunuskan aje. Jangan kesah Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang atau Gobind Sing. Bahan je. Jangan hormat dah pada mereka. Mereka bukn hormat pun owk.