Hari ini pelajar di bawah Darul Quran sudah boleh mengambil jubah Konvo. Saya ucapkan tahniah kepada semua yang berjaya. Untuk habiskan hafalan bukanlah suatu yang mudah. Kerana menghafal bukanlah budaya masyarakat melayu. Namun dengan majoritinya adalah bekas pelajar sekolah aliran agama, maka mungkin aktiviti menghafal bukanlah suatu yang asing. Walau tak dinafi, cabarannya tetap ada.
Ala kulli hal. Anda berjaya khatam. Dan saya percaya, untuk sampai ke destinasi ini, mungkin puluhan malah tidak mustahil 1000 ujian terpaksa anda lalui. Dari pening, rimas, cuak, mengantuk, hilang mood, korban masa, korban nafsu, korban masa bermain. Maka, kemuncaknya adalah hari ini. Alhamdulillah, akhirnya anda berjaya sampai.
Walaupun mungkin sekarang anda tengah rilex. Namun ketahuilah, selepas ini pertarungan yang berikutnya boleh tahan hebat. Tibalah masa untuk mengulang. Di sini IQ suatu hal. Tapi yang lebih penting adalah sikap , kesungguhan dan kesabaran.
Moga anda sukses untuk perjalanan yang seterusnya. Saya di sini sentiasa mendoakan kejayaan anda.