Sabtu, 11 Ogos 2018

Antara KEBAJIKAN dan BORING

Walaupun tidak dicanang-canang. Namun mungkin ramai tidak perasan. Zaman Ds.Najib menjadi perdana menteri adalah zaman membela rakyat miskin.

Aku jadi takjub baru ini. Apa bila seorang yang tidak layak menyambung pelajaran. Namun atas inisiatif ibua bapanya, mereka pergi ke Pekan untuk meminta bantuan Ds.Najib. Maka ketentuan Allah jua. Maka dapatlah dia melanjutkan pelajaran ke asasi dan seterusnya boleh mengambil diploma. Namun semenjak dua menjak ini, beliau lantang menghina keluarga Ds.Najib. Jika mengkritik dasar atau pendekatan Ds.Najib boleh tahan lagi. Namun jika main sudah tahap menghina, aku jadi takjub. Betapa memang dirinya tiada langsung perasaan berterima kasih?

Zaman Ds.Najib ialah zaman kebajikan. Bantuan BR1M sangat membantu terutama ketika nak raya dan awal tahun. Yang pastinya perbelanjaan menjadi sangat tinggi. Bantuan terhadap nelayan, penternak dan peladang juga ada. Peneroka juga ada. Kad S1SWA pelajar, kedai rakyat 1Malaysia, SL1M dan pelbagai lagi. Ds.Najib punyai DNA suka membantu orang lain.

Perancangannya bukanlah syok sendiri. Teringat jika sebelum pembentangan budget. Ds.Najib akan minta rakyat vote apa kehendak kita. Kita nakkan apa. Alhamdulillah, banyak perancangan Ds.Najib sebenarnya merealisasikan impian rakyat. Mungkin sifat semulajadi beliau yang jenis suka mendengar antara penyumbang utama kepada kejayaan kerajaan pimpinannya menerapkan elemen kebajikan.

Namun kenapa Ds.Najib kalah? Bagiku persepsi negatif yang berjaya dibina PH dan juga serangan dari seluruh arah hanyalah sampingan. Apa lebih mengesankan adalah BOSAN. Yup, sudah menjadi fitrah manusiawi untuk mudah bosan bila lama bersama. Sudah hampir 60 tahun UMNO memimpin rakyat. Pastinya rasa bosan itu ada. Bagi kaum keluarga, ahli mahupun individu setia, untuk buang UMNO dan mengundi PH mungkin payah. Tapi bagi mereka yang tiada apa-apa hubungan serta kepentingan, maka ianya bukanlah hal besar. Malah UMNO mesti dikuburkan serta naikkan PH. Dan ujian makmal ini mesti dilakukan.

Kerana itu. Aku berpandangan. Ds.Najib boleh jadi kalah dengan sebab-sebab yang lain. Namun sebab terbesarnya adalah BORING.