Sabtu, 27 Disember 2014

Networking Azhariyun

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Networking Azhariyun™;

1. Alhamdulillah semalam ada berbual2 dengan Ustaz Hasbullah perihal Graduan Alazhar...
Ramai dikalangan Azhariyun yang terbuka luas rezekinya oleh Allah setelah pulang... Antara asbabnya kerana punyai 'networking' yang baik & juga luas...

2. Teringat kisah dari Ustaz Syed Abdul Qadir Aljoofri.ha bagaimana dengan mudahnya berdakwah di IKIM.Fm... Juga bagaimana Syeikh Nuruddin.ha boleh dikenali satu Nusantara..

3. Dengan izin Allah.swt juga.. Tuan2 Guru kita ini & juga tokoh2 yang lain juga.. Mereka punyai satu kelebihan yang sama... 'networking' yang sangat2 baik... Baik Musabbab-nya anak2 murid, teman2 seperguruan, teman2 seperjuangan & boleh jadi pihak ketiga yang tertarik mendengar kisah mereka...
Point penting untuk di Highlight-kan disini... Silaturrahim...

4. Walau letih berkhidmat, penat bertalaqqi, susahnya di Kulliah, berbeza cara fikir, tidak serasi bergaul, Ana Ustaz Muda, Enta Ustaz Tua... Silaturrahim tetap perlu kita jaga..


5. Paling kurangpun.. Sunnah Senyuman & Salam perlu sentiasa terbudaya ketika berselisih... Ianya Akhlak yang sangat2 indah & Semua manusia suka lihat Akhlak yang Indah...

6. Mudah2an Ukhwah Anak2 Pahang membawa ke Syurga Firdausi....(^^,)™..

Ulama dahulu beramal dengan Hadith Doif



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Kelebihan Tuan2 Guru kita dahulu;

1. Tok2 Guru kita dahulu kala mengaji, bersungguh2 sampai bagi 'alim. Ada di Mekah, Fatoni dan Sekitar Nusantara. Kerana itu tidak hairan jika mereka mengaji 10-20 tahun. Malah ada yang terus tak balik2 dan tekad bermastautin kerana terlalu cinta dengan suasana ilmu,

2. Kelebihan Tok2 Guru kita dahulu, Mereka bukan sahaja 'alim Ilmu Agama. Bahkan mereka juga sangat2 mahir ilmu dakwah, faham psikologi dan amat 'arif akan waqi' (keadaan) kehidupan masyarakat Tanah Melayu ketika itu,

3. Kerana itu jika diamati, Banyak amalan2 istiqamah orang2 tua kita dahulu yang dilihat seolah2 ritual agama lagi tak berasas sebenarnya hasil cantuman beberapa Hadith Rasulullah.saw,

4. Orang2 tua kita dahulu dibentuk hidup mereka oleh Tok2 Guru,

5. Perhatikan sahaja pada bacaan Yaasin dan tahlil malam Jumaat. Kenapa Surah Yaasin? Pulak tu ngam2 antara Maghrib ke isya'? Kenapa Malam Jumaat? Kenapa tiga kali Surah Al-Ikhlas? Kenapa Alfalaq dan Annas hanya sekali? Kenapa zikirnya tahlil? Kenapa itu... kenapa ini...

6. Perhatikan juga alunan2 zikir setelah solat, ungkapan imam setelah solat jenazah, bersalaman setelah solat berjamaah, Zikir2 harian yang orang2 dahulu amalkan, perhatikan Al-Ma'thurat yang disusun As-Shaheed Hassan Albanna,

7. Melalui penjelasan dari Ulama'2 dan malah boleh dibelek sendiri didalam Kitab2 Hadith.. Maka barulah kita jumpai nasnya,

8. Baik secara sedebuk terkandung dalam sebuah hadith.  Atau yang buatkan kita kagum, rupa2nya ada antara amalan itu yang terhasil dari gabungan beberapa hadith mahupun atsar sahabat. Sambil hiasan seni dakwah yang menarik dari Tok2 Guru dulu2 berjaya meleburkan sedikit demi sedikit amalan kepercayaan animisme dan Hindu yang pernah menyaluti masyarakat Tanah Melayu kita sebelum itu,

9. Barulah kita perasan dan menghargai.. Betapa hebat dan berseninya Tok2 Guru kita terdahulu. 'Alim Syariat, Mahir Psikologi, Memandang jauh ke depan dan Hikmah berdakwah. Maka tidak hairanlah Islam begitu berjaya disebar, digenggam kemas dan disayang sungguh2 oleh Penduduk Tanah Melayu dan Nusantara dulu2,


Pendekatan Dakwah,

10. Dalam memahami seni dakwah Tok2 Guru kita dulu2, mengajak masyarakat kepada agama. Dua Kepilan yang diletak Al-Allamah Syeikh Abdullah Sirajuddin ketika mensyarahkan Manzumah Baiquniyyah (Ilmu Mustalah Hadith) dibawah ini wajar kita jadikan bekalan ketika melihat amalan orang dulu2,

وقال الإمام النووي في (الأذكار): قال العلماء من المحدثين والفقهاء : يجوز ويستحب العمل في الفضائل والترغيب بالحديث الضعيف ما لم يكن موضوعا ، وأما الأحكام كالحلال والحرام والبيع والنكاح والطلاق وغير ذلك فلا يعمل فيها إلا بالحديث الصحيح أو الحسن ، إلا أن يكون في احتياط في شيء من ذلك ، كما إذا ورد حديث ضعيف بكراهة بعض البيوع أو الانكحة فإن المستحب أن يتنزه عنه ولكن لا يجب

وروى البيهقي في(المدخل) عن ابن مهدي أنه قال: إذا روينا عن النبي صلى الله عليه وسلم في الحلال والحرام والأحكام شددنا في الأسانيد وانتقدنا الرجال ، وإذا روينا في الفضائل والثواب والعقاب سهلنا في الأسانيد وتسامحنا في الرجال

Telah berkata Imam Nawawi di dalam Al-Azkar:

Telah berkata Ulama dari kalangan Pakar2 Hadith dan Pakar2 Fiqh:
"Dibolehkan malah beroleh pahala beramal dengan Hadith Fadoil dan Hadith Galakan beramal yang Dhoif selagi belum dikira Hadith Maudu'. Adapun yang berkait soal hukum seperti Halal, Haram , Jual beli, Nikah, Talaq dan selainnya, maka kita tidak menghukumkannya kecuali dengan Hadith Shahih atau Hasan. Kecuali ketika berwaspada dalam perkara tersebut. Seperti jika ada Hadith Dhoif yang melarang sebahagian hukum jual beli dan hukum nikah. Maka sunat mengelak darinya namun tidaklah wajib."

Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi di dalam Al-Madkhal;
Dari Ibn Mahdi sesungguhnya ia telah berkata:
"Jika kami meriwayatkan dari Nabi.saw perihal Hadith Halal, Hadith Haram dan Hadith hukum-hakam. Maka kami akan periksa sungguh2 sanad dan kritikal terhadap perawi. Dan apabila kami meriwayatkan perihal Hadith Fadoil, Hadith Ganjaran dan Hadith Seksaan, kami akan mudahkan pada meneliti sanad dan mengambil ringan akan perawi."

11. Ada yang kata Tok2 Guru kita dahulu jumud?

Sebenarnya tak... Cuma fikiran dan strategi mereka terlalu jauh ke depan. Sampai kita yang lemah ini tak mampu nak jangkau. Lalu kita kata.... Mereka dah ketinggalan zaman,
Sengaja coret panjang pagi, kerana sedih,

12. Ada tempat yang Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu penuh aktivitinya dengan tazkirah dan majlis ilmu namun tiba2 Hari Khamis malam Jumaatnya menjadi borak2 kosong sesama jemaah antara Maghrib ke Isya'. Wallahua'lam kerana apa... Namun sehari sebelum itu ada terdengar seruan di masjid lain yang mengkritik amalan mengkhususkan bacaan Yaasin dan tahlil malam Jumaat,

13. Baiklah... Bolehlah.. Husnu Dzon...

Tahniah kerana berjaya membuang persepsi masyarakat akan 'kewajipan' membaca Yaasin malam Jumaat. Namun sediakanlah alternatifnya... Sayang jika saat Maghrib-Isya inipun disia2kan sedangkan waktu2 yang lain sudah sibuk bekerja dan menghadap dunia.

14. Jika nak Su'uz Dzon memang banyak...
Tapi takpelah... Nak tiru lebah... Tak nak tiru lalat..

Teringat pesan Sidi Dr.Lokman Alazhari.ha (lebih kurang);
"Zikir itu ada pelbagai dan setiap darinya punyai cahaya tersendiri (saling berbeza manfaat).."

Prinsip mudah Mie




بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله 

Kita yang buat dia;

1. Tiba-tiba pagi ini teringat kata-kata yang Mie selalu ulang (gelaran untuk ibu saya). Bila saat mengemas sudut yang sukar di dalam rumah,

"Kita yang buat dia ",

2. Bila Mie berkeras ingin letakkan televisyen yang agak berat di atas meja yang lembut. Logiknya insya Allah memang tak tahan. Tapi Mie cakap.. "Kita yang buat dia ". Mie ambil kain dah tak diguna lalu disusun dan dimampatkan dibawah meja bagi meneguh. Maka dapatlah televisyen itu diletak di atas meja.

3. Juga pernah Mie berkeras juga ingin letakkan sebuah perkakas dapur di tempat yang sedia sempit. Rasional kita, lebih baik letak sahaja di tempat lain. Mie cakap.. "Kita yang buat dia ". Kemudian Mie susun semula rak tersebut sehingga terbentuk ruang kosong muat-muat untuk perkakas baru itu masuk. Maka dimasukkanlah perkakas baru itu di situ.

4. Begitulah kebiasaan Mie. Jika Mie inginkan sesuatu maka Mie akan berkeras sehingga benda itu menjadi. Biar apapun orang nak komen.

5. Walaupun begitu, cara Mie bukanlah membuta tuli. Ada cara untuk setiap jalan yang kita pilih. Halangan boleh dielak dan dibuang. Ia bukanlah suatu alasan untuk kita berputus asa. Jika inginkan sesuatu maka kita perlu kreatif memastikan ia berjaya.

6. Cerita ini sekadar kisah biasa. Malahan jika ditanya kepada orang diluar sana mungkin lebih banyak idea kreatif dilontarkan bagi selesaikan problem di atas ini. Namun ada satu perkara yang kita boleh sama-sama ambil pelajaran... mindset.

7. Orang dulu-dulu punya peribahasa memang sedap;

"Buatlah seperti menarik rambut di dalam tepung. Rambut tak putus tepung tak berselerak.."

8. Tapi saya tetap suka kata-kata azimat Mie... "Kita yang buat dia ". Atau kata-kata zaman sekolah dahulu.. "Benda boleh adjust".

Mengingati Almarhum Dato' Fuad Hassan




بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Mengingati satu nama Dato Fuad Hassan;

1. Sebetulnya saya hanya kenali sosok ini melalui televisyen,

2. Mula-mula tertarik dengan nama ini bila buat pertama kali tertonton Allahyarham berhujah dalam suatu program bual bicara di TV1. Jika tidak silap saya dalam 1-2 tahun lepas dan audiennya ketika itu adalah remaja. Jarang boleh ketemu figura dari Parti Pemerintah yang pandai berhujah, bernas isinya, mudah difahami, berkarekter tenang, berkelebihan mastermind dan punyai karisma seorang ahli politik,

2. Oleh itu saya cuba mencungkil identiti figura ini dan Alhamdulillah, hasilnya tidak mengecewakan. Allahyarham rupanya adalah anak kepada Tan Sri Hassan Azahari yang juga merupakan Hakim tilawah dan tokoh Ilmu Alquran yang sangat terkenal di Malaysia,

3. Jiwa saya semakin seronok mencungkil sebaik mendapat tahu adik-beradiknya yang lain juga berjaya menempa kejayaan tersendiri dan juga sangat familiar di peringkat kebangsaan. Tan Sri Musa Hassan adalah salah seorang bekas Ketua Polis Negara. Malah abang Allahyarham ini ketika menjadi KPN juga punyai karekter yang sangat baik dan tersendiri. Rasanya pasti ramai yang masih ingat bagaimana mantan Tan Sri KPN kita ini dahulu yang sering muncul di kaca televisyen dengan nada yang sentiasa tegas namun berperwatakan sangat 'bersahaja'. Terserlah melalui cara pemakaiannya,

4. Selain itu, Dato Jalaluddin Hassan yang tidak perlu rasanya saya perkenalkan lagi, antara pelakon veteren terkenal juga merupakan adik beradik Allahyarham Dato Fuad Hassan. Selain itu ada juga dengar masih ada lagi adik beradiknya yang aktif mengikut jejak ayahanda mereka menjadi guru agama. Namun Wallahua'lam kesahihannya kerana tidak sempat mengkaji yang ini,

5. Bila dibaca kisah cara didikan ayahanda Allahyarham terhadap mereka adik-beradik. Maka tidak terlalu menghairankan, boleh difahami bagaimana 'training' itu sangat-sangat berjaya memberi kesan buat mereka adik-beradik,

6. Sempat juga saya selidik sikit apa 'hasil tangan' Allahyarham kepada masyarakat khususnya semasa aktif di dalam ngo, politik dan akhirnya Pengarah JASA. Dari tract yang dilalui Dato Fuad, saya rasa pasti ramai yang boleh faham bagaimana pengalaman-pengalaman itu telah berjaya melatih dan membentuk karekteristik beliau sebagai seorang pemimpin,

7. Sekali lagi saya berpeluang mendengar beliau berhujah di TV Alhijrah ketika mengulas pembentangan bajet oleh Ds.PM baru-baru ini. Hasilnya tetap tidak mengecewakan. Gandingan Dato Fuad dan Dato Shahlan memang menjadi. Orang sekarang panggil: "Cara Orang Lama". Cara orang lama ini kita selalu dapat lihat ketika orang-orang lama mengulas isu. Faktanya disulami kiasan, lelucu sedikit, flashback sejarah, hikmah menusuk, perli beralas dan paling seronok ianya mudah dicerna. Kita mungkin akan jumpa sebahagian ciri-ciri ini di dalam blog Tun Mahathir iaitu Che Det.com dan blog Pak Habib (Ayah Uncle Seekers),

8. Dan untuk kali terakhirnya saya menonton hujjah Dato Fuad adalah ketika program Bicara bersama Syed Munawar dan Suhaimi di TV1,

9. Saya bercerita di wall pada malam ini bukan kerana saya peminat fanatik Allahyarham Dato Fuad. Tapi mungkin kebetulan ketika hati saya baru tertarik mencungkil siapakah figura ini, dan takdir Allah Allahyarham meninggal dunia,

10. Disekeliling kita ramai insan hebat yang Allah ciptakan. Hampir semua dari mereka melalui 'training tersendiri' yang tidak dilalui insan lain. Ustaz Azhar Idrus, Dr.Zulkifli Albakri, Maulana Johari, Ebit Lew, Tg Nik Aziz, Tg Haron Din, Tg Haji Hadi, Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Tok Pa, Ismail Sabri, KJ, Adnan Yaakob, Tun Razak, Tun Mahathir, Rais Yatim, Hassan Merican, Syed Zainal Abidin, Lim Goh Tong, Tony Fernandez, Sani, Rosyam Nor, Chef Wan, Sazali Samad, Adik beradik KRU, Anak-anak Sidek...... Dan ramai lagi. Dan sudah pastinya Saidina Rasulullah.saw dan salafunas soleh terlebih awla diutamakan,

11. Mudah-mudahan Allah merahmati, mengampuni dan menempatkan Allahyarham Dato Fuad Hassan disamping hamba-hambaNya yang soleh,

Rahmat Di Sebalik Musibah



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله 

Rahmat disebalik Musibah;

1. Bagi yang sempat. Insya Allah pasti ramai yang masih terkenang konflik di Acheh suatu ketika dahulu. Konflik yang ditayangkan media massa saban hari itu benar-benar meresahkan Umat Islam di Negara kita. Nama Gerakan Acheh Merdeka (GAM) sudah tidak kedengaran asing di telinga kita.

2. Namun tiba-tiba suatu hari kita dikejutkan dengan berita Tsunami Besar yang amat menggerunkan melanda Acheh. Peti Televisyen ghairah memaparkan betapa dahsyatnya peristiwa air laut yang naik ke darat lalu menyapu apa sahaja yang menghalangnya. Rumah musnah, kereta hanyut, kapal yang besar di laut boleh terdorong sampai ke tengah daratan, mayat bergelimpangan dibawa arus deras. Yang terselamat hanya mampu menguis mana yang termampu, manusia yang hanyut seolah-olah seperti buih kerana tersangat ramainya. 

3. Satu dunia tersentap dengan ujian baru ini. Pelbagai lapisan baik NGO mahupun negara, tanpa mengira agama mahupun bangsa menghulurkan bantuan. Lenyaplah sudah berita peperangan di Acheh dari perbualan massa.

4. Sebaik keadaan mulai reda. Maka takdir Allah semuanya menjadi mudah. Mungkin tidak mahu lagi membebankan perasaan penduduk di situ. Maka tuntutan yang sebelum ini nampak mustahil, namun dengan mudahnya diluluskan oleh pemerintah Indonesia. Acheh diluluskan sebagai wilayah autonomi. Punyai undang-undang tersendiri.

5. Begitulah Rahmat yang terselit disebalik musibah yang melanda.

6. Kini saban tahun juga Malaysia dilanda musibah. Banjir sudah seperti kewajipan insya Allah. Tanah runtuh di tanah tinggi Cameron, gempa bumi dan puting beliung di Kedah pula semakin kerap kedengaran.

7. Yang menariknya. Masa inilah nak lihat satu negara berdamai dan bertolak ansur. Boys Of Street dan Elephant Army, UMNO dan PAS, BN dan PR, ABIM dan ISMA, Wahhabi dan Sufi, Bulan Sabit Merah dan Pengakap, Melayu, Cina dan India. Semua turun padang membantu.

8. Begitulah resam musibah. Di sebalik musibah itu pasti terselit bersamanya Rahmat Allah. Dengan izin Allah jua.

Waspada ketika Situasi Samar-samar

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Antara Berita Sohih, Berita Palsu atau Sikap Waspada di Musim Banjir;

1. Bila terbaca banyak mesej yang dihantar bagi diwar-warkan oleh page-page yang terkenal. Mesej menggambarkan suasana ditempat mereka yang 'terdesak' namun bantuan masih belum tiba. Saya memilih untuk 'menerima' berbanding 'memastikan sohih atau palsu' terlebih dahulu.

2. Ya, memang tugas pasukan penyelamat untuk pastikan. Namun dengan 'like' yang kita beri. Mudah-mudahan ianya terserlah di laman Facebook. Seterusnya menarik minat pihak penyelamat mahupun pihak berkaitan. 

3. Teringat semasa banjir tahun 2013 lepas. Kami ditempatkan di Penempatan Banjir SMK Paya Besar. Dengan lokasi yang hampir dengan tempat selamat banjir, jalan utama dan bantuan yang mudah disalurkan. Maka kami tidak terlalu merasai keperitan banjir.

4. Namun berbeza dengan cerita sahabat baik saya yang tinggal di Penempatan Banjir SK Cenderawasih.

5. Dengan kawasan yang agak jauh dari jalan utama. Jalan ke situ pula terputus. Tidak cukup dengan itu, mangsa yang datang ke pusat (yang rumah mereka dua tingkat) diarah pula balik ke rumah kerana pusat pemindahan terlalu padat dan keutamaan hanya untuk mereka yang rumahnya setingkat. Dalam masa yang sama air banjir agak deras dan tinggi, waktu malamnya api pula terpadam. Mujurlah ada sebuah rumah di dalam lorong tersebut yang sudi menjadi markaz memasak. Setelah disumbang beras dan bahan masakan sedikit seorang maka dimasaklah sebelum diedar kepada rumah-rumah yang sama lorong.

6. Disebabkan laluan keluar masuk tidak dapat dilalui, maka helikopter terpaksa menggugurkan bahan makanan ke padang sekolah.

7. Nah, itu baru satu cerita yang dialami sendiri sahabat baik saya. Bayangkan bila kita terbaca kisah mangsa-mangsa yang terpaksa melarikan diri dari banjir dengan mendaki bukit, memanjat atap atau berpindah dari tingkat tiga ke tingkap empat di Sekolah Manek Urai. Dan cerita itu adalah benar.

8. Dalam keadaan begini. Segala kebarangkalian dan khabar angin tidak patut dibiarkan berlalu begitu sahaja. Termasuk maklumat berhubung air pasang tinggi dan gelombang kedua dan ketiga.

9. Ada masa-masa tertentu, berita yang datang perlu disaring sama ada Sohih atau sekadar khabar angin. Namun ketika berhadapan dengan keadaan yang memerlukan kita survival contohnya seperti Ujian Banjir ini. Sikap berwaspada, cakna perkembangan dan sentiasa bersedia amatlah ditagih.

Malaysia Maju dan Berminda Kelas Pertama

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Deria Suka Membantu;

1. Deria ini wajar kita rangsang dan kembangkan khususnya terhadap masyarakat kita. Di manapun Malaysian berada. Kisah-kisah mereka yang proaktif menjadi sukarelawan dan kesan positif dari sumbangan itu perlu kita viralkan.

2. Menyorot suasana banjir 2013 yang lepas. Saya masih simpan rasa kagum saya terhadap manusia-manusia yang berjiwa besar dan hebat ini.

3. Di SMK Paya Besar. Sewaktu bantuan tiba dengan lori. Kami dapati yang mengangkut barang dari lori ke stor adalah adik-adik kita dari ahli Pengakap dan PBSM. Mereka sangat rajin dan bersemangat. Walaupun bermandi hujan.

4. Di sebalik keselesaan orang ramai menggunakan tandas di surau sekolah. Ada asbab disebalik tandas yang kelihatan bersih dan terjaga itu. Sebenarnya ada seorang makcik yang kerjanya sentiasa mencuci tandas tersebut. Walaupun beliau sendiri ditimpa ujian. Namun Deria Khidmatnya amat-amat mengagumkan.

5. Begitu juga dengan seorang abang ini. Walaupun abang ini juga salah seorang mangsa. Namun kami rasakan seolah-olah beliau pula petugas di situ. Setiap kali bantuan berupa roti, air kotak dan makanan tambahan datang, beliaulah yang akan mengagihkan kepada penghuni, khususnya warga emas. Cara dan gaya beliau bermuamalah memang terbaik. Ditambah dengan sikapnya yang ramah. Tak sangka rupanya masih ada lagi warga Malaysia yang budiman.

6. Semasa air banjir tengah mengganas di Cenderawasih. Ada satu laluan ke penempatan yang direntangi arus deras. Sekumpulan belia membuat inisiatif mereka sendiri. Mereka jadikan badan mereka sebagai penahan kepada arus deras itu. Maka mudahlah warga emas dan uzur hendak melalui kawasan berarus deras tersebut. Lebih mengagumkan, mereka pakat tarik pula anak-anak muda yang main air untuk turut sama-sama bantu.

7. Di Masjid Hidayah Permatang Badak pula. Tandas sudah sangat kotor. Membantutkan niat siapa sahaja yang berhajat. Sehinggakan membuang air di dalam banjir jauh lebih selesa jika nak dibanding. Namun hasil tindakan seorang adik ini. Beliau mencuci tandas tersebut sehingga bersih. Dicuci segala najis yang tersisa. Maka tandas itu bertukar sangat bersih. Maka berpusu-pusulah jemaah dan orang ramai menggunakannya.

8. Kisah di atas sekadar sekelumit kisah yang berjaya ditangkap oleh lensa mata saya dan juga hasil cerita dari kawan baik. Kisah 'Deria Membantu' yang sangat menginspirasikan kita.

9. Terfikir juga. Bila penonton bola sepak Jepun mampu mengutip sampah di stadium sebaik selesai perlawanan bola. Maka fahamlah kita. Semakin maju sesebuah negara maka mentaliti dan kelas minda juga akan semakin meningkat.