Isnin, 3 Oktober 2011

Markaz Bahasa Universiti AlAzhar

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



"..Mudah2an kami najah untuk imtihan kali ini"
-Mahasiswa bersolat jamaah berhampiran Kulliah Ulum & Dakwah AlAzhar.


Di Bilik Kullliah
Di bilik kulliah.. Bilangan pelajar yang hadir lebih kurang 30-40org..
Melayu meliputi 4o peratus.. selebihnya Indon, Thai, Filipina, Afghan, Turki & Bosnia..
Walaupun bilangan pelajar Bosnia hanyalah 5-7 org.. tapi riuhnya.. gawat !!
Pelajar Indon juga acap mengeluarkan pendapat.. Afghan pula rajin bertanya..
Melayu Malaysia?... ha2, Majoritinya diam sebagai pemerhati kehormat.....



Bercakap.. bercakap... & terus bercakap..
Di mustawa(fasa) ini.. kami ditekankan untuk bercakap..
Cakaplah apapun.. Paling seronok bila diadakan sesi pertukaran pendapat..
Setiap negara ada cara penyampaian tersendiri.. ada yang suka m'hentam, memerli, bertanya & suka bercerita..
Dari situ.. saya dapat tangkap sesuatu yang menarik, Ya... kita ini saling melengkapi !!


Kuiz Antara Negara..
Baru2 ini.. Pensyarah kami di Markaz Lughah(Bahasa) mengadakan kuiz antara pelajar2..
Pelajar dibahagikan mengikut negara.. Masing2 kelihatan inginkan kemenangan.. tidak terkecuali Pelajar2 Malaysia..


Allah... Takkanlah kot
Sambil Pensyarah membacakan syarat2 pertandingan.. Saya menjeling kanan & kiri..
isyi.. tidak boleh jadi, Biasanya Pelajar Melayu memang Tawaddu'... takkan nak kalah begitu jep..
"Aku mesti lakukan sesuatu.." getus saya. tapi......................erm.


Atur strategi
Seperti yang saya jangkakan.. hanya 2-3 Melayu yang kerap mangangkat tangan..
Biasanya kita berani bila sudah ada yang mencetuskan, Jadi Labudda(Tidak dapat tidak).....
Kami tubuhkan 'Skuad Penghidup Suasana'.... ha2,
Saya paksa seorang rakan untuk sentiasa menganggkat tangan... biar saya yang carikan jawapan,
Bila dia sudah letih... saya pula yang mengangkat tangan, Kadangkala kami berdua serentak mengangkat tangan...

Suasana dimasa itu memang kecoh... , hasil tangan kami berdua...... ha2
Namun pelajar2 dari Indon, Turki & Bosnia tidak kurang belangnya... huh !


Skuad Penghidup Suasana
Kami saja timbulkan kekecohan.. Buat bising, megkritik pendapat pelajar Bosnia, Bertepuk tangan bila ada pendapat yang bernas, Menghentam pelajar Afghan & Indon... Wah memang seronok !!..ha2
Namun.. Kami juga tidak lari daripada dihentam teruk !! ..Hampir beberapa kali nak terhujah dengan Bahasa Melayu.. Kamus pun hampir lunyai kami belek..


Strategi Menjadi
Bukanlah niat kami untuk berlagak @ nak tunjuk "ma"(Bahasa Alattas) /"gong"(Bahasa Alihsan)..
Tapi kalau kami tidak buat begitu.. memang suasana kelas akan boring & mengantukkan,
tambahan... setelah kami buat kecoh begitu.. barulah kelihatan ramai Pelajar2 Melayu yang mula bangkit bersuara..


Sudah ada yang berani berhujah,
Walaupun tegagap2.. tapi takpelah.. sebab kita semua memang tergagap2..
Pelajar Afghan, Indon & Bosnia pun sama...
Hasilnya memang berbaloi.. Malaysia menang besar dalam Kuiz itu..
Jauh meninggalkan pelajar Indon & Bosnia di tempat ke 2 & 3..



Itulah Dia
Kadangkala saya dapat rasa macam ada yang benci dengan "Skuad Gelak".. Tidak kira dimana sahaja,
Mungkin kerana bosan dengan kebisingan mereka... Namun sedarkah kita?? ..
Bukankah merekalah yang menambahkan kemanisan ke dalam Kulliah @ kelas2 Ilmu kita?
Tidakkah rakan2 kita ini yang membuatkan majlis itu nampak hidup?... Membuatkan guru2 yang masuk kelas dengan wajah mencuka... Namun semasa mengajarnya bertukar pula ceria.. disebabkan usikan rakan2 kita ini??..

Suasana kelas yang asalnya sunyi & suram.. bertukar menjadi gamat dengan soalan2 pelik & nampak mudah... tapi sebenarnya ramai yang tidak tahu & malu untuk bertanya??...


Terpulanglah
Sebelum saya akhiri coretan kali ini. Suka untuk saya ucapkan "Selamat Pengantin Baru"..
Khusus buat teman2 yang cukup2 saya kasihi.. Jika dikira2 rakan2 satu batch semasa di Alihsan & Maahad.. dalam 7-8 pasangan juga yang bakal melangsungkan pernikahan dalam 2-3 bulan ini.. Mudah2an kalian bahagia(^^,)..


Buat teman2 yang telah @bakal menyambut 'Hari Kelahiran'..
Maaflah jika tiada 'wishes' & cenderahati seperti biasa. Tak tahulah kenapa.. tapi saya rasa lebih seronok begini.. rasanya lebih tenang & Bahagia, Alasannya.....?? Adalah planning-nya nanti...(^^,)..
Apapun ... kalian semua sentiasa berada di hati ini disetiap ketika I'Allah..
Mudah2an Allah menjaga &memelihara Ikatan Ukhwah fillah ini...


Akhirnya
Alhamdulillah... Saya rasa cukup2 seronok dengan kehidupan sekarang, walaupun bermacam2 ujian datang & pergi Silih berganti, Penat ke kelas pagi petang &Malam.... Namun hati saya cukup2 bahagia & seronok, Jiwa saya rasa cukup2 tenteram. Mudah2an kalian yang membaca ini juga diberikan Allah dengan Bahagia & Ceria jiwa................ Mudah2an Allah Kasih & Sayangkan kita semua.. Tiada kuasa upaya melainkan dengan kehendak-Nya juga...ameen(^^,)




Pakwan: Seronok menonton Cerita Hindustan bertajuk '3 Idiot'', Terutama bila Ranchu(Amir Khan) bercerita tentang Prinsipnya mengenai Ilmu...

lihat juga: Berkelana di Universiti Al-Azhar Mesir

Akhlak seorang Ulama'




بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله






Sekadar berkongsi Pengajaran..
Khusus buat Sahabat Seperjuangan,

Sementara menanti Isya'sebentar tadi,
Saya sempat mendengar Syarahan Agama di Masjid Syarbini..
berdepan dengan Suq Sayyarat (Pasar Kereta),

Pada mulanya... Sangkaan di hati.. mungkin Ulama' Wahabi..
Kerana dari sudut luaran.. Pakaiannya mirip Ulama' Saudi,

Namun apa yang lebih penting.. Hatiku cukup2 senang padanya
disebabkan peristiwa yang berlaku sebentar tadi...


Kisahnya Begini
.......Sedang Guru itu mengajar,
tiba2 Azan berkumandang (radio masjid)..
Lantas guru itu berhenti sebentar,

Sebaik sahaja habis azan.... guru itu meneruskan kulliahnya,
lebih kurang 5minit mengajar.. tiba2 seorang makmum di depan saya berbunyi...
"Bila baru boleh kita solat??? (lebih kurang bunyinya)", 

Sudahlah dengan nada tidak beradab..
mukanya juga tidak menunjukkan riak2 bersalah....


........Dengan muka agak terkejut,
guru itu menjawab: " I'Allah... kita akan berhenti",
sambil meminta lelaki itu berselawat keatas nabi
& bersyahadah (Cara biasa di Mesir untuk redakan kemarahan orang),

lantas guru itu menjauhkan microfon serta memberhentikan Kulliahnya...
sambil berselawat keatas nabi.

kelihatan seolah2 ada diantara makmum yang memberi isyarat tangan
kepada lelaki tersebut..
...(bersabarlah sikit..)


.......Guru itu menjadi Imam Solat Isya' pada malam ini,
sebaik sahaja selesai Solat (Zikir & Doa di Mesir biasanya dibaca secara sendirian)....
Guru itu lantas bangun dan mencapai microfon,

Dalam hati saya terdetik:
"kelihatan macam nak bergaduh .. mungkin ada hujjah yang ingin dihamburkan oleh guru ini,
Subhanallah... jangan2 Solatnya tidak khusyu' sebab fikirkan kejadian ini... mudah2an tidak"

Namun... tanggapan saya melesit sama sekali,
Sebaliknya.. beliau memberitahu:
"Kulliahnya pada minggu depan akan berkisar tentang 'Salasilah Bangsa Arab sehingga sampai kepada Zaman Nabi2 terdahulu'.. dia akan menceritakannya berdasarkan sumber2 yang shahih".. 

Kemudian guru itu beredar ke Bilik Imam,



Maha Suci bagi Allah........
Sikitpun tidak menyentuh akan peristiwa tadi...
Sebalik pada mukanya terukir pula senyuman yang cukup2 manis..
mampu membuatkan hati2 yang melihatnya menjadi tenang,
Demi Allah..
hatiku cukup2 tersentuh dengan Akhlaknya sebentar tadi..
rasa seperti ingin mengalirkan air mata..
tambahan bila saya teringat "peristiwa" sebelum Solat tadi...


........Alhamdulillah.. 
Peristiwa tadi tidak berlalu begitu sahaja.. tanpa unsur pengajaran,
Sebaik sahaja selesai guru itu berkata.. microfon itu cepat2 diambil oleh seorang Insan (wallahua'lam..mungkin Orang besar masjid I'Allah),

Sambil mencium pipi guru tersebut beliau mengucapkan:
" terima kasih yang teramat sangat kepada Syeikh (sudah lupa namanya)...
Salah seorang Syeikh daripada Universiti AlAzhar..
kerana sudi memberikan penyampaian,

Namun ingatan buat kita semua..
tidaklah layak bagi kita untuk tidak beradab di depan seorang Ulama'..
apatah lagi di dalam Majlis Ilmu Ulama',

Kalau nak Solat silakan Solat ditepi...
tapi bukan dengan cara sedemikian, amatlah tinggi martabatnya majlis ilmu ini..
apatah lagi bersama seorang Ulama' yang bakal memberikan Syafaat di Akhirat nanti "
(lebih kurang bunyinya), Subhanallah... Syeikh Azhar rupanya, 

 ternyata dengan ini ia menolak 2 tanggapanku,


--Pertamanya: tanggapan awalku memang salah sama sekali..
Beliau bukanlah Orang luar ataupun mewakili Kumpulan Wahhabi..
Bahkan rupanya min kibaril ulama' Azhariyyin. (Ulama Al-Azhar)

--Keduanya: Tidak layak baginya ku gelarkan sekadar seorang Guru..
Sepatutnya ku gelarkan dia sebagai seorang Syeikh (Guru kepada Guru),

Maha Suci bagi Allah..
begitulah Akhlak yang ditunjukkan oleh seorang Ulama' (Pewaris tinggalan Nabi2)..
Sentiasa tenang & mengingatkan kita akan Allah.

Mudah2 Allah sentiasa Ampun, Jaga
& Sayang akan Guru2 & Ulama2 kita.. ameen.






Pakwan: Bila pandang ke belakang... Lelaki yang berbunyi tadi sudah lesap.

Ahad, 25 September 2011

Alang2 Menyeluk Pekasam.. Jangan Menyerah

 
 
بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Alang2 dah masuk askar... Alang2 dah sukarr camni..
Nak payah... biar payah betul2, Alang2 panjat.. biar 'Panjat' tahap paling tinggi..
Alang2 menyeluk pekasam... Biar sampai ke pangkal lengan,


Masih saya ingat kata2 ini,
Ya... kata2 inilah yang menjadi takal bekalan buat sepupu saya: Kapten Wan**, semasa register untuk Ujian tahap tertinggi bagi seorang tentera iaitu elit KOMANDO. Walaupun dengan ujian yang cukup2 hebat, salah seorang rakannya ada yang meninggal dunia semasa ujian payung terjun tahap tertinggi (Penerjun perlu terjun TEPAT ke sasaran pada WAKTU MALAM & di dalam HUTAN... payung rakannya tidak sempat di buka), ada juga yang gila, belum lagi diambil kira dengan 1001 bebanan SEKSAAN yang perlu & wajib ia harung, namun semua itu tidak ia pedulikan, Jiwanya telah nekad:.. -- Alang2 Menyeluk Pekasam biar Sampai Ke Pangkal Lengan.!! --



Gagah melangkah,
Puji2an buat Allah, Kini Kapten Wan boleh berbangga dengan pencapaian ia miliki, Kapten Wan telah berjaya mengharungi kesemua seksaan2 tersebut (daripada beratus2 yang memohon... tidak sampai 60askar yang berjaya), walaupun dalam usia yang masih muda (belum sampai 30an).. ia sudah dipanggil TUAN oleh anak2 buahnya yang beratus2, mengetuai salah satu devisyen semasa operasi di Lubnan baru2 ini. Secara peribadi saya suka lihat gerak-gerinya sekarang, matanya sentiasa kelihatan berwaspada & tutur katanya penuh hati2. Seorang yang cukup2 nekad dengan keputusannya & paling penting... Jaga Solat.



Kisah di Bilik Tasmi'
"Bang.. kenapa saya payah nak hafaz Al-Quran?" "Semua orang dah tinggi2 (m/s), saya paling bawah... rakan2 saya yang sama lemah pun makin jauh tinggalkan saya, kenapa saya payah hafaz bang?..."
aduan yang tadinya hanya rayuan.. mula disertai tangisan, tersentuh juga hati melihatnya.
Sambil memegang bahunya: "Ha2.. Fauzan dulu UPSR dapat berapa ek?""5A.." jawabnya acuh tak acuh,"Woit... hebat tu, dalam satu sekolah berapa orang jep 5A?""Dalam 15 orang jep, tapi bang... saya selalu dapat no satu dalam exam2 lain tau, semua oarng sukakan saya masa tu" riaknya nampak ceria,
"Tapi sekarang.. semua orang macam tak suka saya, ustaz selalu marah2 saya" nadanya berubah sedih semula, air matanya mula tumpah ke baju saya & sebahagiaannya sempat ia kesat.
"Ha2... awat cakap camtu. Setiap orang kelebihannya tak sama.. walaupun minat boleh jadi sama, Abang lihat Fauzan hebat dalam bab2 pengurusan, walaupun masih muda... tapi cara Fauzan mengurus tampak matang, jauh atasi rakan2 Fauzan yang lain, ermm... mari Abang tunjukkan sesuatu kat Fauzan.." Saya mengajaknya & 2-3 lagi rakan ke Papan Kenyataan (Tempat keputusan terkini ujian DIPLOMA diletakkan, gambar pelajar yang Gagal akan ditampal di situ) .
"Nah... cuba lihat nama Abang2 & Kakak2 Diploma, semua dah tinggi2 kan? malahan ada yang dah habis muqarrar pun. Mereka semua hebat2, Erm... sekarang cuba Fauzan cari nama Abg pula.."
"Abang2.... ni2, tapi kenapa nama abang jep yang warna merah? Abang2 lain semua hitam.." Jerit Munif yang cepat menangkap.
"Ha2.... merah tandanya tidak habis muqarrar lagi la.." Jawab saya sambil tersenyum (sambil fikir rangkap seterusnya)
"Owh... tapi kenapa Abang tak habis?.." Munif pura2 bertanya (gamaknya la I'Allah)
"Ha2... Abang tak sehebat macam Abg Tengku, Abg Ikram, Abg Amir.. tak macam kakak2 yang lain, Abang jenis yang lemah dalam bab hafaz menghafaz ni, Abang jenis yang suka wujudkan sesuatu & Abg tak suka kalau follow jep apa yang telah ada.. Sebab tu Abang lemah nak 'terima' hafazan " Jawabku agak berbunga..
"Tapi Abang lain..." Celah Fauzan
"Ha2.. Jom kita balik" Saya mengajak mereka pulang
"Abang dah banyak kali gagal dalam hidup.. Abang tidak boleh lupakan sampai sekarang mimik muka mak Abang masa hanya dapat 2A masa UPSR dulu, Abang masih ingat masa SMA dulu... --Abg seorang yang sangat malas menghafaz, sampaikan bila natijah trial SMA keluar.. Abg gagal. Ustazah telah kumpulkan kami form4 ramai2 di tengah dataran perhimpunan, di kanan lelaki & kiri perempuan... manakala di tengah2 adalah pelajar2 yang gagal dalam trial, semua kawan2 Abang terkejut bila nama Abang tiba2 disebut dalam kategori 20org itu, semua pelajar berjumlah lebih 100org. Ada yang hanya mampu menepuk & tidak kurang yang memberikan kata2 semangat. Manakan tidak.. pelajar daripada kelas aliran Sains boleh gagal? Fauzan rasa apa sebabnya?" Saya bertanya
"Ntah..."
"Semuanya kerana malas menghafaz..
--Abang cuma tinggal dalam 2minggu sebelum real exam, Abg terpaksa hadam dalam 12 subjek (kalau tak silap) untuk pastikan Abang lulus ataupun abg terpaksa repeat SMA, Kami ditempatkan di kelas khas dengan rehat & makan di dalam kelas yang sama, motivasi diberikan tiap2 masa. Alhamdulillah bila keluar natijah Abg lulus & mendapat Pangkat 1 Agregat 11, walaupun tidaklah terlalu tinggi... namun berjaya juga Abg pintas 1-2 sahabat Abg yang sama kelas Sains dahulu. Fauzan rasa sebab apa? "
"Sebab apa..?"
"Ha2... sebab abang nekad untuk berjaya lulus & tak dapat tidak abg perlu menghafaz, walaupun... tidaklah terlalu tinggi natijahnya, namun Abang rasa puas... sebab Abg dah USAHA sungguh2, Lagi satu... jangan disebabkan hanya sehelai result kita jadi tertekan, otak kita jadi celaru..."
"Habis tu..?"
"Ha2.. jangan fikirkan sangat push2 ustaz, yang penting kita ceria & happy. Anggaplah semua itu juz mainan hidup.. Otak kita pun jadi ringan, sambil tu kita boleh hafaz dengan lebih tekun & bersungguh. Abg tahu fauzan jenis yang macam tu kan?"
Fauzan diam..
"Ha2.. pasal rakan2 yang lebih tinggi tu.. jangan difikir sangat, Kalau abg lah...bang tak minat letakkan diri abg dalam perlumbaan tu, diorang nak laju terpulang.. lagipun memangpun kelebihan diorang kat situ... kat tempat lain diorang pula kurang. Yang penting kita buat yang terbaik untuk apa yang kita nak, kalau berlari tu.... kita kena lari sampai garis akhir walaupun kita letih sangat2,
--Fauzan.. Abang ada satu kepercayaan yang abang sentiasa pegang; ..setiap orang pasti ada kelebihan & ianya pasti unik & pasti tiada pada rakan2 dia yang lain, Mudah bukan? & kepala kita pun akan jadi lebih tenang.... ha2, macam Fauzan lah kan? pasti kelebihan pada Fauzan tiada sapa pun yang dapat challenge....ha2"
"Apa dia?"
"...Carilah sendiri, aaa'ah.. takkan tu pun nak org bagitahu" saja nak ending bualan
"Cepatlah bagitahu.. ala abg ni... cepatlah" Fauzan mengejar & terhenti bila terserempak dengan rakan2 Diploma,Terputuslah perbualan kami...




Pakwan:
Lain nak tulis.. lain pula yang keluar(^^,)..ha2,
hope sahabat2 yang telah @ bakal keluar natijah dalam sebulan ini lebih tabah & kuat dalam menghadapinya, Insya Allah semua najah..ameen, kalau tidak... Allah pasti telah takdirkan sesuatu yang lebih indah buat kita I'Allah..ameen.

Untuk lebih mengenali elit KOMANDO: boleh layari -- http://armyboy-komandomalaysia.blogspot.com/

Titik Perbezaan Khalaf -Salaf... "lahirkan" Manhaj Wahhabi??

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله






Kesederhanaan Alazhar
Salah satu rantaian kalimah yang paling kerap saya dengar sejak tiba di Mesir ini, baik daripada dada Akhbar Suara Azhar (soutul azhar), Seminar di Alazhar Conferrance Centre (ACC), Majalah Alazhar mahupun daripada Masyaikh Alazhar khususnya Syeikhul Azhar sendiri Syeikh Ahmad Toyyib adalah Wasotiah Alazhar (Kesederhanaan manhaj Alazhar). Maka tidak hairanlah Fiqh Muqorron (fiqh perbandingan) menjadi salah satu silibus wajib bagi Mahasiswa Alazhar khususnya Jurusan Syariah.


Sirah perbezaan pendapat
Pada zaman Rasulullah telah wujud perbezaan pendapat dan ianya tercatat di dalam Riwayat Imam Bukhari:
“Jangan salah seorang dari kamu pun menunaikan solat asar melainkan di Bani Quraizah.”
Namun, sebahagian dari sahabat mendapati asar telah masuk ketika mereka masih dalam perjalanan, lalu berkatalah sebahagian mereka, “Kami tidak akan mengerjakan solat asar sehingga kami sampai di kampung bani quraizah.”
Tetapi sebahagian yang lain pula berkata, “Bahkan kami akan mengerjakan solat asar dan tidak apa-apa salahnya.”
(dapat difahami: Sahabat menganggap arahan Rasulullah tadi bertujuan suatu gesaan untuk mempercepatkan perjalanan.. Tidak bermaksud supaya meninggalkan Solat Asar dalam waktunya)


Hal ini telah sampai ke pengetahuan Nabi S.A.W tetapi baginda tidak mencela sesiapa pun di antara mereka. Justeru Taqrir Rasulullah dengan berdiam diri di sini menunjukkan kebenaran oleh Rasulullah untuk berijtihad bila dirasakan suatu perkara itu samar-samar serta tiada ketetapan yang jelas dari sudut nas ataupun dalil.



Salaf dan Khalaf dari sudut zaman?
Jika kita merujuk kepada kitab-kitab Akidah (di Malaysia juga banyak),
maka istilah Salaf akan merujuk kepada tiga zaman selepas Nabi iaitu Zaman Sahabat, Tabieen dan Tabi' tabieen.

Manakala Khalaf pula adalah generasi ke-4...


Salaf dan Khalaf dari sudut Manhaj? (pendekatan)
Analognya mudah..
Ayat: "..Tangan Allah diatas tangan mereka" _Surah Alfath ayat 10
Titik perbezaan(khilaf) berlaku pada tahap ke-4:
TAHAP-1:
Ulama' Salaf & Khalaf yakin ini adalah ayat Alquran dan kalamullah.
TAHAP-2:
Apa yang dapat Ulama' Salaf dan Khalaf sepakat faham, mustahil Allah beranggota (berjisim) seperti manusia biasa atau seolah2 seperti berhala (ada tangan).
TAHAP-3
Ulama' Salaf dan Kholaf yakin Tangan disini bukan bermakna tangan macam kita, tetapi ada makna lain.
TAHAP-4
Ulama' Salaf: "Hanya Allah yang tahu 'makna' tersembunyi itu, dikhuatiri salah jika kita berbincang..." (Langkah selamat)
Ulama' Khalaf: "Kita ijtihad berdasarkan Ilmu untuk fahami maksud kalam Allah ini, adakah keputusan nanti benar-benar tepat? Wallahua'lam... kami hanya ijtihad." (Langkah Ilmiah)

Konklusi: Ulama' Salaf cenderung kepada aslam(selamat) dan Ulama' Khalaf cenderung kepada ahkam(Ilmiah)
Justeru: Kedua-duanya betul kerana muliakan Allah cuma caranya berbeza.


Muncul Ulama' Khalaf
Sewaktu Zaman Sahabat, Tabieen dan Tabi' Tabieen ianya tidak popular lantaran majoriti Bangsa Arab sahaja yang menganut Agama Islam serta mendalami Alquran dan Hadith, namun masalah timbul bila Bangsa Asing mula menganut Islam, kadangkala mereka faham Alquran dan  Hadith berdasarkan fahaman agama mereka yang terdahulu, contohnya -Allah ada anggota (macam berhala)?- Disebabkan ini fahaman yang berbahaya, maka ulama' mula mencari dan mengkaji, itulah asalnya Ulama' khalaf.


Doa Rasulullah saw
Rasululah pernah berdoa buat Saidina Abdullah b. Abbas ra:
--Allahumma faqqihhu fiddin wa allimhu ta'wil--
(Ya Allah... fahamkanlah ia akan agama dan alimkan ia dengan takwil)
Secara tidak langsung menunjukkan Rasulullah saw merestui Saidina Abdullah b. Abbas ra untuk ber-ijtihad dan menafsir nas.



Pandangan Azhariy tentang Wahhabiy atau Salafiy
Baru-baru ini semasa Majlis Tafaqquh fiddin bersama Syeikh Nuruddin di rumah Kedah Keherah, kebetulan ketika itu kelas terpaksa berhenti sebentar lantaran black-out. Saya sempat bertanya kepada Syeikh:
Assalamualikum Syeikh..
Bolehkah Syeikh jelaskan apakah itu Wahhabi dan adakah ia suatu fahaman yang membahayakan?
Syeikh: Sebenarnya fahaman Wahhabi atau Salafiy tiada masalahnya, Tambahan kita dapati banyak persamaan pada perkara furu' antara Salafiy dan Ulama'-ulama' kita (Ulama dari Mazhab Syafie, Maliki, Hambali, Hanafi), sebagai contoh pada Doa Qunut ketika Solat Subuh. Cumanya pada perkara Akidah dan ajakan yang extreem itu kita berbeza. Asalnya dakwah yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahhab.rh pada tahun 1129 hanya sekadar bermain di mulut, namun pada tahun 1149 ianya bertukar menjadi keras dengan merosakkan sebuah kampung dan meruntuhkan kubur-kubur para wali dan orang soleh..


Syeikh Yusri.ha adalah antara Ulama' Alazhar yang lantang mengkritik pendekatan Wahhabiy
Antara kata-katanya yang selalu beliau ulang dan tersemat di kepala saya ialah:
Disebabkan cara faham yang berbezalah menyebabkan wujudnya empat mazhab.
Mazhab Syafie-Hambali-Maliki dan Hanafi. Walaupun berbeza namun mereka saling hormat menghormati.. tidak seperti Wahhabiy yang sentiasa menyatakan pendapat Imam-imam lain salah dan ia betul, menolak mazhab-mazhab lain dan menyuruh semua muslim mengikut mazhabnya sahaja.


Rumusan
Istilah Wahhabiy/Salafiy itu sendiri sebenarnya subjektif. Dari sudut Akidah:
Jika benar ia mengikut manhaj untuk tidak mentakwil 'nas' secara Tafsili(Ilmiah), maka ia termasuk dalam kategori Salaf dan ianya tiada masalah.
Namun jika Wahhabiy/Salafiy ini cuba untuk mentakwil nas lebih daripada tahap Ijmali/umum/ aslam (selamat) sehingga naik ke tahap Tafsili(Ilmiah).. maka ia sama dengan Ulama' khalaf maka ia juga tiada masalah.

Syeikh Ali Jum'ah.ha (Mufti Mesir) sendiri pernah berkata:
Wahhabiy Mesir ini sebenarnya Asyairah (serupa pegangannya) walaupun mereka sendiri tidak mengakuinya.

Dari sudut Fiqh:
Wahabbiy tiada masalah pada Ijtihad lantaran banyak ijtihadnya yang sama dengan Ulama'-ulama ahlus sunnah, namun masalah timbul pada sikap-sikap mereka yang tidak meraikan khilafiah (perbezaan fahaman/pendapat) dan Juga cara mereka yang agak terlampau dalam memaksa Orang ramai mengikut mereka.

Pesanan Ulama terhadap kita;
"Datanglah kepada Syariat melalui Ulama'... bukan melalui bacaan semata-mata....." --Pesanan Syeikh Yusri Hafizahullah dan Habib Ahmad AlMaqdi Hafizahullah  (Kedua2nya adalah tenaga Pengajar di Masjid Al-Azhar as-Syarif )



Sumber: Alquranul kareem, Kulliah Syeikh Yusri, Dauroh Tafaqquh Fiddin -Syeikh Nuruddin, Kursus selami manhaj Salafi -Ustaz Hairol Nizam, Akhbar Soutu Alazhar, Majalah Alazhar.







Pakwan:
Ingatan dari Habib Ahmad Al-Maqdi: 
Mereka (Wahhabi) Kuat bukan kerana Kekuatan mereka.. 
Tapi kerana Kelemahan kita (Malas belajar)..

Baca Juga: Kenapa Mazhab Syafie banyak pendapat

Ahad, 17 Julai 2011

Kebangkitan Pemuda Cintakan Allah


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Jad,,, ko tak perlu nak minta diorang sekepala, coz itu sepatutnya menjadi keutamaan yang paling akhir. Sekarang ni... juz perlu ko pegang bahu 2org member ko tu... & ajak diorang sama2 solat berjemaah... 


Alhamdulillah..
Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah,
Mudah2an Shuhada'2 Islam sedang berbahagia di Taman2 Syurga,
Juga doa kebahagiaan buat Ulama2 kita & Sukarelawan Islam seluruh dunia,
.........Dari Allah kita semua datang & kepadanya kita kembali,

Sebentar tadi saya sempat menekan butang keyboard,
Memasuki akaun youtube & 'search' perkataan 'Nadamurni',
tatkala menekan punat lagu 'Buta Mata'... Tiba2 hati terasa sebak...
Lagu ini selalu Mie nyanyikan semasa saya kecil dahulu.. terkenag kenangan lampau.

Roh amalkan Islam
Semasa kecil dahulu kampung saya sangat meriah dengan Majlis Ilmu,
Masjid juga hidup dengan Jemaah2 yang berserban & berjubah..
Zikir2 sering berkumandang di corong2 'speaker' Masjid Kg Sri Makmur,
Di kelas Fardhu ain petang pula.. Mie & Ustzh2 sering mengajak kami sama2 bernasyid,
Semasa di rumah pula Mie sering membelikan saya Majalah Asuh, Amar wira kecil & 2-3 jenis lagi yang saya sudah lupa, Mie sering memasang kaset2 nyanyian Nadamurni & Sofwa, semasa di dalam kereta @ di rumah.. saya sering pecahkan keheningan dengan menasyidkan lagu2 kumpulan tersebut, lebih menyeronokkan bila Mie & Adik pun turut menyanyi bersama... Abi biasanya hanya menjeling(^^,).. sangat2 meriah bila diingat kembali..

Tarbiah ala Jemaah Alarqam

Sistem tarbiah yang dipelopori oleh Jemaah ini sangat memikat,
Ahli2 Jemaah sentiasa dilazimi dengan perasaan Kasih Sayang sesama Ahli,
Setiap tekanan @kekerasan di sambut dengan lemah lembut,
Setiap perkara yang mereka usahakan sentiasa dikaitkan dengan Allah,

Sekitar akhir 80an..
Umat Islam dilihat masih tidak mampu berdikari dalam sektor ekonomi...
Namun Alarqam tampil dengan Produk2 pengguna Islam, kicapnya telah sampai ke Hotel di Negara China, Jika sebelum ini sektor pembuatan mi terletak di tangan non-muslim.. Namun Alarqam berjaya memecahkan monopoli tersebut, Tidak cukup dengan itu Alarqam juga berjaya memecah masuk Sektor Penerbitan bahan bacaan. Majalah & komik2 keluaran AlArqam menjadi salah satu bacaan wajib bagi keluarga2 yang mahukan tarbiah santai buat anak2.

Markaz Alarqam di Sungai Penchala juga berjaya digerakkan sebagai Pusat Ilmu & juga medan melatih da'ei2. Manhaj Alarqam berjaya menggambarkan kepada masyarakat akan keindahan & kemegahan Islam, ditambah dengan aset2 Alarqam seperti Bas dua tingkatnya (mungkin antara yang pertama di Malaysia diwaktu itu), kenderaan2 4WD-nya, Mini2 market, Farmasi2, Kedai2 kasut, Kedai2 runcit, kedai2 makanan basah, restoran2, kilang2 keperluan rumah... pendek kata Jemaah Alarqam telah berjaya menjadi salah satu 'Pencetus' kepada ekonomi Ummah, disamping berjaya menidakkan pandangan umum Rakyat Malaysia malahan mungkin Dunia bahawa 'Orang Agama' yang memakai serban & Jubah itu pastinya miskin, papa kedana, tidak moderat & maju serta tidak berdaya saing...

Subhanallah... Dengan contoh yang dibina oleh Alarqam.. Orang ramai mula kembali membuka mata, apatah lagi sezaman degannya juga berlaku kebangkitan Gerakan Islam di seluruh Malaysia khususnya daripada ABIM & GErakan Mahasiswa Islam. Akhlak & Syariat itu bukanlah penghalang kepada kemajuan & kekayaan.. sebaliknya disebabkan faktor itulah menyebabkan Ummat Islam menjadi lebih Hebat... Sama seperti yang diperoleh Jemaah Alarqam....


INSAN FUTURISTIK
Rasulullah pernah mengungkapkan bahawa Manusia yang paling 'Bijak' adalah mereka yang mengingati mati... kenapa begitu ya?
"..Tun Dr.Mahathir adalah salah seorang Pemimpin yang cukup2 dikagumi lantaran fikirannya yang jauh malangkaui masa ataupun istilah mudahnya futuristik, Kejayaannya mengasaskan PETRONAS berjaya memangkinkan ekonomi Malaysia kepada tahap yang tinggi. Menjadi antara Negara Islam termaju seterusnya meletakkan Malaysia ditangga ke-30 dunia.

Wilayah persekutuan PUTRA JAYA yang dibinanya pada awal tahun 1990 pula berjaya memusatkan kementerian2 di satu tempat yang khusus & impaknya memudahkan lagi urusan pemerintahan serta susunan pentadbiran dapat diperkemaskan... sambil berjaya mengelakkan menteri2 daripada terbabit dengan kesesakan Kotaraya Kuala Lumpur.

PROTON pula telah meletakkan Malaysia duduk sama tinggi dengan negara2 maju lain. Pensyarah saya di Universiti Alazhar pernah meluahkan: "..Jika tidak kerana pusat servis yang jauh dari Kaherah, maka sudah pasti saya akan memilih PROTON. Harga pun setanding dengan MITSUBISHI..."

Itulah Tun Dr.Mahathir, Perancangan & sudut pandang matanya cukup2 jauh melampaui Pemimpin2 biasa.. sehingga dilabel sebagai Pemimpin Futuristik di abad ini.

Nah... bukankah imbalan ini serasi dengan Hadith Rasulullah? Manusia yang paling bjiak adalah manusia yang mengingati mati... INGAT MATI??? Ia.. Manusia yang mengingat & merancang untuk MASA HADAPAN-nya... ataupun istilah mudahnya FUTURISTIK.!! "

KAPTEN JURUS angkatan EKONOMI ISLAM
Baru2 ini saya berbual2 dengan seorang sahabat. Secara diam2 saya sangat kagum dengan peribadi & semangatnya. Beliau adalah seorang yang cukup2 yakin dengan diri sendiri, melalui jangkauan imaginasinya... kini beliau sedang mengatur gerak2 bagi mencapai targetnya untuk menguasai ekonomi2 utama di kampus2-Bandar(sub)-Zon-Negara-Benua-seterusnya menerobos pasaran antarabangsa(menyeluruh) I'Allah..., Fokusnya sekarang adalah kampus2 di Malaysia, I'Allah berdasarkan prestasi & cara ia 'bergerak'... saya yakin & berdoa ia mampu menggapai sasaran 'imaginasinya'. Seseorang yang berperwatakan 'Master mind', praktikal namun sukar dijangka & komited dengan impian.

Justeru strategi yang ia atur ini telah awal2 lagi dilitupi oleh Sinar Islam, Walaupun seorang yang cukup2 suka berurus niaga.. Namun setiap arahan mahupun geraknya pasti akan diselitkan dengan Syariat & Akhlak Islamiah... Dakwah Islamiah sentiasa ia selitkan secara berhikmah khususnya ketika bermuamalah dengan Pengilang, Pengedar, Pelanggan & Anak2 buah. Seorang yang cukup2 berpotensi untuk diharap sebagai pengemudi 'Benteng' Ekonomi Islam..... Mudah2an peranan Saidina Abdurrahman bin Auf dulu dapat ia mainkan kembali...ameen


JADILAH BENTENG
Setiap PEMUDA CINTAKAN ALLAH pastinya punyai kecenderungan & kelebihan yang tersendiri, hatta pemuda ini kuat BERFIKIR sekalipun. Justeru kita kena pastikan setiap kecenderungan kita itu diselitkan dengan unsur2 Islam ke dalamnya. Lebih hebat jika kita berjaya jadikannya sebagai Asbab kepada Keizzahan Islam (keagungan Islam) @ Benteng yang utuh untuk Panji Allah.... Setiap Musyrik yang ingin menembusinya pasti akan kalah, lantaran kita adalah penjaganya dengan izin Allah.......... seperti benteng HACKER IT.


KITA BERBEZA namun BERSATU

Konflik demi konflik sentiasa berlaku sesama Pemuda. Usahkan pemuda biasa, Sahabat2 kita yang hebat juga tidak terlepas. Nah... cuba perhatikan ke arena politik bagaimanakah hebatnya mereka bertarung, Pergeseran2 sesama Gerakan Islam juga boleh tahan dentumannya, belum masuk tarik2 tali antara golongan Wahhabi-Ahbash lagi, Pro-M & Pro-Aspirasi juga berdentum dentam. Namun apakah tindakan terbaik kita sebagai Pemuda Cintakan Allah?
Berbeza pendapat@ khilafiah itu normal, Sudah menjadi lumrah & fitrah buat semua insan untuk mempunyai Fikrah & pendapat tersendiri . Namun apakah cara terbaik untuk kita menangani dua pihak yang bergaduh?

Jad,,, ko tak perlu nak minta diorang sekepala, coz itu sepatutnya menjadi keutamaan yang paling akhir. Sekarang ni... juz perlu ko pegang bahu 2org member ko tu... & ajak diorang sama2 solat berjemaah...

Teruk macam manapun seseorang Muslim itu, pasti ada juga kebaikan yang kita boleh gunakan untuk Islam, kat situlah peranan ko... coz walaupun diorang saling syak mengesyaki... namun dia takkan sesekali syak dekat ko...

Dalam masa yang sama, perbanyakkan kisah2 kebaikan member A ketika bersama B, Jika ko bersama A lak... ko kena cerite apa yang B selalu puji pada A. I'Allah.. lama2 hati diorang pasti terkesan.

Jad... kita semua telah belajar & punyai akal untuk berfikir, kita maklum siapa yang lebih kukuh hujjahnya & benar menurut pertimbangan kita. Namun... adakah patut kita biarkan saja pihak yang lagi satu begitu saja?? aku rasa ko faham apa yang aku cuba nak sampaikan........ & Apa strategis yang patut ko gerakkan selepas ini..

Biarlah apapun dugaan yang bakal ko terima.... tapi ko tahu 'pergerakannya' bagaimana, Itu sudah cukup untuk membuatkan hati ko tenang..., coz percayalah... ko adalah salah seorang Pejuang Islam.. namun di posisi Perawat(Tobib)... kira hebatlah tu kan? (^^,)...


PEMUDA cintakan ALLAH
Oleh kerana kebencian & ammarah yang berapi2, kadangkala Kelebihan sebesar Gajah kita tak nampak... namun Kesilapan sebesar semut kita fokuskan. Nah... kerana itu peranan Pemuda Cintakan Allah sangat2 penting untuk menghubungkannya demi kebaikan Islam & Panji Allah. Berlapang dadalah & hati kita pastinya akan lebih LAPANG.......... & LUAS




:::Ayuh
PEMUDA CINTAKAN ALLAH ..!!



Pakwan:
Kita TERUJI kerana Allah, kita TEMPUH kerana Allah, Kita SAKIT kerana Allah... Adakah patut kita MENGALAH di Jalan Allah..?? Setelah sekian banyak yang kita binakan? Tidak sama sekali.... Kita hanya melalui jalan lain kerana kita tahu... Jalan ini paling terbaik, Jalan itu?? hampir 1000 kali kita sudah lalui.......

Sabtu, 25 Jun 2011

Belajar di Universiti Al-Azhar Mesir


بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله والصلاة والسلام على رسولله



Ruang dalam Masjid Alazhar


Iringan nasihat
(Kata-kata dan Uslub diedit bagi menjaga sensitiviti pemberi)

Nasihat 1
"Ingat betul-betul kata saya ini..
sebaik sahaja tiba di airport cairo nanti, berpusu-pusu orang pelajar akan menyambut kamu, diorang akan hurung kamu macam hurung lalat. Dalam seminggu dua itu, diorang akan layan kamu bagai menatang minyak yang penuh. Susah diorang tolong, naik teksi/bas diorang pun diorang akan bayarkan, silap-silap haribulan makan pun diorang akan suapkan. Namun, semua itu bukan percuma, tunggulah tidak lama selepas itu, mereka akan datang hampir kepada kamu dan mengajak kamu menyertai kumpulan mereka, kalau tak caya.. kamu tengoklah nanti" Kata-kata seorang senior.

Nasihat 2
"Kamu percayalah cakap saya ni..
dekat sana diorang bukan nak belajar sangat pun. Tapi kalau pasal persatuan lain pula, huih.. memang semangat sungguh. Tapi belajar entah kemana, Kamu boleh bayangkan? Waktu kulliah boleh dibuatnya aktiviti-aktiviti persatuan. Ingat, nanti kalau dapat sampai ke Mesir, jangan duduk sekali dengan Orang Melayu. Biar duduk dengan bangsa lain. Baru boleh belajar dan praktis Bahasa Arab..." Nasihat seorang sahabat.

Nasihat 3
" Abang tak tipu kamu,
Budak-budak kat sana memang lain sikit semangatnya tentang persatuan ni. Kita nak pergi ke sana sebab nak menuntut Ilmu dan Belajar, jadi tumpu kepada belajar. Tapi jangan pula kamu nampakkan sangat kontranya. Kita kena pandai, kalau tidak,  diorang akan pulaukan kamu nanti.." Ingatan dari seorang teman.

Nasihat 4
"Susah nak cakaplah Din,
Kerajaan memang takleh nak salahkan geng-geng Persatuan ni coz terlalu kuat berpolitik, masalahnya Kelab UMNO pun ada kat sana. Pokoknya jati diri ko kena kuat lah, itu jep yang aku dapat cakap." Nasihat Mamat kepada saya.

Amacam.. 
Kata-kata ini saya petik daripada nasihat kenalan-kenalan kepada saya,
Sebelum bertolak ke Mesir dahulu,
Hampir 98% nasihat yang saya dengar di Malaysia dahulu adalah negatif. 

Pastinya
Kata-kata ini juga biasa anda dengari sebelum berlepas ke Mesir bukan?
khususnya bagi pelajar tajaan Kerajaan.

Konklusi: 
Datang dan lihat sendiri baru anda akan faham. Justeru soalan ini jawapannya adalah subjektif. Bukan ada hitam putih. Kembali kepada 'stigma pemikiran' si pemberi nasihat. Elakkan dari membuat konklusi awal. Kadangkala disebabkan ideologi, perkara kecil jadi besar. Jika tak dapat datang??.. Dengar daripada "Pelbagai" Sumber.

Kehidupan Ilmu
Majlis Ilmu adalah antara Harta Karun di Bumi Anbia' ini,
Tidak kiralah matlamat kita ke sini atas apa sekalipun,

Baik sekadar mendapat 'Ijazah University',
Pengalaman, arahan keluarga, mahupun terpengaruh dengan
....Fahri  -Ayat-Ayat Cinta,
....Abdullah Khairul Azam  -Ketika Cinta Bertasbih ,

Mahupun ingin selamatkan diri dari kehidupan remaja sosial di Malaysia.. Dengan duduk di bawah 'Biah Solehah' (Pergaulan Islamik) yang dibentuk oleh PMRAM (Persatuan Pelajar). 
....Maka Kita semestinya tidakkan lari daripada tempias 'Didikan Ulama Mesir'..

Majlis-majlis Ilmu
Antara Majlis llmu yang sangat-sangat saya suka, Ialah Majlis Tafaqquh (Belajar FIQH). Setiap perkataan di Kitab, sebenarnya sangat-sangat penting. Ulama' kita di sini akan terang secara menyeluruh. Dari sebesar-besar hingga sekecil-kecil hukum,
Sebetulnya, Inilah kali pertama dalam hidup saya. Diajar Belajar untuk llmu bukan Sijil semata-mata,

Di sini, kita boleh hadiri berpuluh-puluh Kelas Pengajian Ilmu,
Pilih sendiri mana-mana kelas yang kita suka. Dalam pelbagai disiplin Ilmu, 
Merangkumi Qiraat, Tafsir, Hadith, Fiqah dan banyak lagi.
Pastinya anda tidak diajar Seorang Ustaz biasa, Tetapi guru Yang "Ahli",

Kita akan didedahkan dengan Kefahaman Ulama-ulama hebat silam,
Perihal sesuatu nas, Melalui kitab-kitab yang mereka tulis atau susun,
Proses belajar itu mestilah melalui Guru, Bukan sahaja membaca,
Jika tidak, Akan banyak wujud salah faham, dan terus membuatkan kita silap faham,

Cara faham Kitab Arab tidak seperti faham Kitab Melayu,
Cara belajar Ilmu Agama juga tidak sama belajar Ilmu Dunia,
....Kerana Ilmu2 Agama itu di nuqil (dipindah) dari dada-dada Ulama',
....Bukan kita yang wujud atau adakan sendiri..

Waktu kelas juga banyak..
Hampir setiap waktu, Baik Sebelum atau selepas selesai Solat,
Ada juga yang tidak mengira waktu, Contohnya Talaqqi Al-Quran
Namun seperti yang saya katakan tadi.. itupun jika kita mahu(^^,),
Kelas-kelas yang pengantarnya Bahasa Melayu juga banyak..
Dibuat oleh Ustaz-ustaz Senior Yang Alim..
Khususnya dari Indonesia, Malaysia, Thailand dan Kemboja.

Talaqqi (Bacaan berguru) Alquran
Jika sudah belajar di Malaysia, Itu baru muqaddimah (permulaan sebenarnya),
Pengalaman saya belajar Al-Qur'an, sehingga sampai ke tahap Diploma Tahfiz,
Ikhlas kata, Semua itu hanyalah secubit dari permulaan..

Ya Allah..
sebenarnya memang banyak lagi kesalahan bacaan kita, Namun tidak kita sedari,

Namun percayalah..
di sini kita akan diajar atau dilatih dengan lebih dalam lagi !!

Yupp... ada lagi yang lebih dalam daripada yang kita biasa pelajari di Malaysia(^^,)..
Semuanya akan diajar oleh Syeikh-syeikh yang mahir. Mesir adalah lubuk Ilmu Alquran.

Lebih mengujakan..
bila sanadnya (salasilah bacaan) sampai kepada Rasulullah,
Subhanallah.. kadangkala terasa betapa rendahnya diri ini,

Manhaj Alazhar (Pendekatan)
Jika nak disebut soal 'Manhaj Ilmu' pula,
Manhaj Alazhar khususnya di bawah pimpinan Syeikhul Azhar (Syeikh Ahmad Toyyib.ha). Adalah 'Wasotiyah (pertengahan)',
Tidak terlalu extreem (keras), Taksub dan tidak juga terlalu longgar,

Perbezaan Pendapat
Ikhtilaf Antara para Ulama' dalam memahami nas Al-Quran dan Hadith. Ianya patut kita hormat dan tangani dengan Bijaksana. Apatah lagi mereka berijtihad (buat keputusan) berdasarkan Ilmu mereka yang menggunung, Jangan disebabkan dua Gajah bergaduh,
...Pelanduk pula yang mati ditengah-tengah

Graduan AlAzhar 
anti Kerajaan ??
Tidak dapat lari, persoalan ini sering berlegar dibenak fikiran ramai pihak,
Khususnya bagi agensi-agensi yang bakal menaja Pelajar-pelajar ke Mesir,
Namun pandangan saya (Keluarga saya UMNO dan Rakan-rakan saya majoriti PAS),
Hakikatnya isu ini tidaklah terlampau serius, Serta kadangkala disalah anggap,

Pokoknya.. 
Kehidupan Mahasiswa Universiti AlAzhar,
Khususnya Siswa Melayu adalah agak 'terbuka',
Dan mudah "terdedah" dengan angin 'Politik antarabangsa',

Justeru..
Mahasiwa-mahasiswa telah terbiasa untuk menilai setiap Isu secara rasional dan bebas,
Khususnya dalam Politik (topik yang digemari Mahasiswa),
tanpa perlu takut dengan ancaman mana-mana pihak.

Secara peribadi saya suka teman-teman saya cakna soal politik,
Jelas.. Ia mematangkan mereka dan meluaskan sudut pandangan,
Baik menyertai Kelab cenderung PR seperti SUARA atau KELAB UMNO,
Cuma janganlah kerana politik, Kita katakan yang putih itu hitam, Jangan taksub,

Berkait soal peranan Persatuan Pelajar pula..
Saya lebih suka menerima semua yang positif dan menolak semua negatif;
..Adalah tidak adil untuk mengatakan Persatuan Mahasiswa Republik Arab Mesir (PMRAM) itu condong kepada Pembangkang khususnya PAS. Lantaran tiada satupun mesyuarat, seminar mahupun kenyataan-kenyataan bertulis yang menunjukkan PMRAM itu adalah PAS. Persatuan Kebajikan Mahasiswa dimana-mana sahaja perlu adil dan rasional, tidak boleh ditarik hidung oleh orang politik. Persatuan sepatutnya mewakili semua rakyat MALAYSIA di situ.

Jika adapun yang bertindak sebaliknya.. maka sudah pasti ianya bersifat emosi Individu dan tidak berkaitan dengan Induk Persatuan. Saya sendiri tidak setuju persatuan kebajikan dijadikan puppet oleh orang politik. Cumanya kalau Kelab UMNO Luar Negara... itu sudah terang lagi bersuluh sebuah perkaderan politik. Tapi baguslah.. Memang pemimpin negara perlu dibentuk dari awal. Ternanti-nanti juga saya bila Kelab PAS ingin ditubuhkan di Mesir. ISMA dan ABIM sepertinya sangat aktif.

p/s: Saya lihat pihak kedutaan bagus kerana sangat bersungguh membantu masalah pelajar. Termasuk pegawai negeri-negeri. Begitu juga pimpinan pelajar dari PMRAM. Banyak saya lihat dengan mata saya sendiri, pengorbanan mereka membantu masalah pelajar Malaysia di Mesir.

Kehadiran Kulliah
Kehadiran ke Kulliah adalah tidak diwajibkan,
Kecuali untuk beberapa kursus,
Seperti Markaz Bahasa Universiti AlAzhar,
Juga Kulliah Ulum Islamiah dan beberapa tempat lainnya..

Ia..
mungkin itulah antara faktor Mahasiswa liat untuk ke kelas,

Namun harus juga dijadikan motivasi..
Itulah juga antara penyebab kenapa ramai pelajar kita gagal. 

Namun kita kena adil
Al-Azhar bukan sahaja milik kita.. tetapi juga milik Mahasiswa Mesir,
Majoriti dari mereka adalah keluarga yang benar-benar susah dan miskin,
Jika Kulliah itu diwajibkan.. Keluarga mereka mungkin akan kelaparan di Rumah,
Dalam waktu yang sama, Kehendak Dunia Pekerjaan adalah Ijazah, kan susah tu..
Untuk husnuzon (sangka baikkan) hati kita.

Anggaplah mereka termasuk dalam kateori uzur, Lagipun..
mereka sudah khatam kitab Audohu Masalik (Nahu), Al-Ikna'(Fiqh)
Dan banyak lagi kitab-kitab penting, sejak dari bangku sekolah lagi,
Tambahan, Mereka juga tinggal dikelilingi Alim Ulama'.

Pendek kata, bukan semua perkara di dunia ini mampu kita selesaikan,
Justeru mana yang boleh, kita perlu utamakan,

Apakah itu? Menggali dan mengambil manfaat yang ada di Bumi Mesir ini.

Penyelesaian terbaik
Mufti Mesir, Syeikhul Azhar dan Ulama' Al-Azhar banyak adakan kelas,
Bertempat di Masjid Al-Azhar, Masjid persendirian dan Rumah-rumah,
Dari sinilah pelajar-pelajar melayu dan antarabangsa memperkemaskan lagi Ilmu,
Semua Ilmu akan diajar dari Kulit ke kulit, Tanpa main langkah-langkah tajuk,

 
Membuat Permohonan Belajar
di Universiti Al-Azhar As-Syarif
Bagi Rakyat Malaysia, ada beberapa cara untuk menempatkan diri di Universiti AlAzhar; ...




Pertamanya STAM; 
Hanya ada beberapa sekolah di Malaysia yang menawarkan tempat untuk menduduki STAM. Namun tiada masalah jika anda ingin mengambilnya atas tiket Calon Persendirian. Anda boleh merujuk Pejabat Pendidikan yang berhampiran. Cuma satu perkara yang anda perlu maklum;

Sijil STAM hanya boleh diguna pakai tidak lebih dua tahun mengikut Syarat KPT dan tiga tahun mengikut syarat Universiti Alazhar.

Keduanya Sek Men AlAzhar (Booth AlAzhar); 
Akan ada suatu Peperiksaan bagi memastikan anda layak berada di kelas mana. Paling kurang anda akan ditempatkan di Booth selama dua tahun sebelum melangkah ke Universiti AlAzhar,


Antara Agensi yang menguruskan dari Malaysia adalah: http://syihabtravel.blogspot.my/2015/11/sekolah-antarabangsa-al-azhar-markaz.html


Ketiganya Diploma Tahfiz JAKIM (Sijil2 yang sama taraf); 
Mahasiswa Qiraat pula rasanya tiada masalah. Lantaran cabarannya agak kurang kerana saluran untuk ke Maahad Al-Azhar banyak di Malaysia.  Selebihnya saya tidak pasti. Justeru sekarang mua'dalah (MOU) antara Universiti bersama Kolej-kolej luar memang telah dibatalkan.



Keempatnya TANPA SEBARANG SIJIL; 
Dengan memasuki Markaz Bahasa Arab (Markaz Nil). Semua Orang pun boleh datang dan memohon. Walau apapun  latar belakang pendidikan, Dari lulusan Sek Men Keb, UITM, MMU, Makcik yang baru pencen dan Ustaz-ustaz yang masih minat nak belajar. Semua boleh sertai. Dengarnya sijil di sini diiktiraf sebagai Diploma. Wallahua'lam. Tapi memang sistemnya berkualiti. Markaz ini juga terkenal dalam kalangan pelajar  AlAzhar. Bagi menambahkan lagi pengetahuan Bahasa Arab mereka. 

Bagi saya. Jika anda Nak tinjau-tinjau dahulu Suasana di Mesir,
Atau Nak bercuti sambil belajar. Atau Nak tambah Ilmu tapi tak mahu lama-lama,
Jalan yang ke empat Inilah antara cara terbaik untuk anda berada di Mesir,
Untuk maklumat lebih lanjut berkait Markaz Bahasa Arab ini. Boleh pergi ke alamat: http://www.syihabtravel.com/p/blog-page_2.html


Kelimanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
Saya letakkan ini yang terakhir. Kerana ini program baru. Iaitu Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah (jika tidak silap namanya). Berita baiknya. Berdasarkan pemerhatian rawak. Jurusan ini antara jurusan paling mudah nak lulus di Alazhar. Selain jurusan ini mengkhususkan kepada pelajar antarabangsa. 

Namun begitu, berbeza dengan yuran jurusan lain yang murah dan hampir-hampir free. Jurusan lain sekitar Le100 (RM50.00) lebih kurang setahun atau kurang lagi. Namun yuran bagi Kulliah Ulum Islamiah sekitar USD1000 (RM3000.00) setahun lebih kuranglah. Terdapat 5 tahun sesi pengajian. Jika nak dibanding dengan kursus lain di Alazhar memanglah mahal. Sebab Alazhar sudah terbiasa dengan yuran hampir percuma. Harta wakaf yang banyak lagi. Namun jika nak dibanding dengan yuran-yuran IPT di Malaysia. Rasanya memang amat-amat murah.

Dari pemerhatian sayalah. Jika jurusan lain. Walaupun bersepah yang mumtaz ketika STAM, ramai yang kelihatan berusaha bersungguh-sungguh. Tapi peratusan yang lulus dan mampu untuk naik tahun sangat-sangat kurang. Adakala daripada beratus-ratus pelajar yang mendaftar bagi satu negeri. Hanya 3-4 orang lelaki dan 6-7 orang perempuan sahaja yang mampu lulus peperiksaan dan naik tahun. Alazhar ini pelik sedikit susahnya. Kerana bila diselidiki mereka yang sangkut di Alazhar, kemudian mengambil keputusan menyambung di IPT di Malaysia. Boleh pula lulus. Malah boleh skor mumtaz lagi. Di Alazhar ini, tiada caring mark. Semata-mata bergantung kepada peperiksaan. Soalannya mungkin hanya 3-4 soalan. Tapi yang penting bagaimana anda mampu atau tidak menjawab.

Justeru cadangan. Jika anda berkemampuan, masuklah Jurusan Ulum Islamiah. Ianya dikhabarkan lebih mudah untuk lulus dan skor. Jadi kebarangkalian untuk lulus itu tinggi. Sebab jika anda nak grade dengan masa sekitar 4 tahun tepat, melalui jurusan Syariah Walqonun, Qiraat Tanta, Lughah, Usuluddin. Ianya amat-amat sukar. Walaupun bukan juga mustahil.

Boleh rujuk alamat di bawah untuk lanjutan:

Bercakap Soal tua-tua nak belajar..
Boleh ke lagi.. Rasa dah macam nak semput jep
Otak berat nak belajar?
Oklah.. Tak perlu setkan minda untuk tuntut Ilmu pun,
Apa yang anda suka? Sukakan kerja praktikal? sukakan seni?
Jika saya.. saya suka create 'Projek', Bisnes, Program atau Planning,

Kemudian saya akan enjoy dengan memahaminya sebaik mungkin
dan bekerja sungguh-sungguh bagi memastikan ianya berjaya.

Justeru.. saya jadikan menuntut Ilmu juga seperti itu,
Saya bukan datang Majlis Ilmu kerana nak Ilmu/Belajar,
Kerana istilah-istilah itu akan "memberatkan" kepala saya...

Saya hanya hadir Majlis itu dengan hati yang santai,
dan untuk Faham akan topik perbincangan, sama seperti saya faham kertas kerja.
Saya cuba fahami topik-topik Ilmu seperti saya fahami 'flow' tentatif Program..

Bertanya bila semacam ada sesuatu yang saya tidak fahami..
sama seperti saya 'persoal' sesuatu yang nampak 'tidak jelas' di dalam mesyuarat.
Nah.. ianya membuatkan saya benar-benar enjoy dengan 'Projek' baru saya..
Anda juga boleh mencubanya(^^,).... Itupun jika anda mahu.

Kisah Seorang Teman
Saya punyai seorang teman satu Kulliah.. yang datang ke sini selepas SPM,
Umurnya ketika itu adalah 17 tahun, apa yang menariknya..
Sahabat ini adalah lepasan Sek Men Keb biasa (tiada sijil STAM),

Jadi, dia terpaksa menghabiskan Booth AlAzhar selama enam tahun, bermula daripada tingkatan satu. Lantaran tiada asas Bahasa Arab, boleh anda hitung umurnya sekarang?

Namun atas dasar minat yang sangat mendalam..
Dia nekad mengharungi tempoh masa tersebut
& sekarang sama-sama berada di tahun satu Kulliah bersama teman-teman yang baru sampai.
Namun Ilmunya Masya Allah, cukup-cukup hebat. Besar hikmahnya bukan(^^,)


Suasana Biah Solehah
Antara perkara yang membuatkan saya suka belajar di Mesir,
Di sini Biah Solehahnya (Pergaulan) terjaga. Tiada ruang untuk pergaulan bebas,
Pihak Persatuan amat menitik beratkan masalah ini,
Kadangkala dalam seminggu itu, hanya beberapa kali sahaja bertembung muslimah melayu,

Perempuan ini ibarat tombak bagi lelaki,
Rawatan terbaiknya adalah tidak berjumpa terus,
Jadi fokus hati kita kepada belajar akan terjaga,


Halaqah Berkelompok
Lagi satu ilmu hidup, yang banyak saya belajar dari sini,
Sikap persatuan dan pelajar, yang amat mengambil berat akan diri kita,
Pantang sakit, eksiden, poket kosong, dirompak atau alami masalah peribadi,
Budaya ambil berat dan suka menolong sangat mekar di Mesir ini,

Tidak hanya kebajikan. Malah juga ibadah,
Jika lama tidak turun solat berjemaah,
Maka akan adalah naqib yang menghantar mesej ingatan,
Sikap cakna yang jarang jumpa ditempat lain,

Saya rasa mungkin dari faktor inilah. Ramai yang tersalah sangka dengan JK persatuan.
Saya di sini hanyalah pelajar biasa. Tidak terlalu aktif dan tidak terlalu pasif melibatkan diri dengan aktiviti persatuan. Tambahan, saya jenis yang jarang lekat di rumah atau asrama. Namun secara peribadi, saya amat menghormati dan menghargai mereka. Banyak pengorbanan dari mereka terhadap pelajar yang saya terlihat di depan mata sendiri.
Justeru, bila difikir komen 98% yang negatif yang saya dengar dan ada saya catatkan di awal tadi. Saya lebih suka menganggapnya sebagai salah faham.

Sekian sahaja  
Untuk gambaran yang lebih jelas. Berbual-buallah dengan Pelajar-pelajar Al-Azhar, Cuma ingat satu perkara. Dengar dari segenap penjuru. Baru kita faham,

Nak lebih faham. Datang sendiri ke Mesir. Pergi sendiri ke Majlis Ilmu di sini,
Dengan Niat yang betul. I'Allah Allah akan tunjukkan kita jalan terbaiknya.





Pakwan:
Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan padanya..
Allah akan beri Kefahaman yang mendalam soal Agama Islam..




Isnin, 4 April 2011

Bebel Pakwan: ......Pasal Usaha Dakwah le,


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Siapakah Yang Sudi Membantu.??



Alhamdulillah.. Coz sebentar tadi masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah untuk mengunjungi rumah-Nya_Masjid Alfalah Sungai Isap Perdana. Cuma.. apa yang mmbuatkan ana terkedu bilamana terbaca salah satu daripada himpunan risalah di papan kenyataan masjid tadi:

"PERHATIAN KEPADA PENJAGA ATAUPUN SESIAPA YANG MENGENALI NO PLAT MOTOSIKAL TERSEBUT SILA AMBIL PERHATIAN.. CBUXXX, CCGXXXX.. XXX &... KERANA NO2 TADI SELALU KELIHATAN DI SEBUAH RUMAH KOSONG JALAN SUNGAI ISAP PERDANA 21 BERMULA SEAWAL PAGI SEHINGGA MALAM. BUAT PENGETAHUAN SEMUA.. KEBANYAKAN YANG DATANG ADALAH DENGAN BERJALAN KAKI, BERBASIKAL & MENUNGGANG MOTOR, RUMAH TERSEBUT ADALAH SARANG BAGI PENGHIDU2 GAM, PENGHISAP2 DADAH, MINUM ARAK, PONTENG & BERMACAM2 LAGI.. DIHARAP DAPAT MENGAMBIL PERHATIAN DEMI MASA DEPAN ANAK2 !!"
-'lebih kurang bunyinya'



So.. apakah yang terlintas di fikiran sahabat setelah membaca risalah tersebut.? Ya Allah.. terbayang2 di fikiran ana perasaan mak ayah adik2 ni andai mendapat tahu anak2 mereka tidak hadir ke sekolah lantaran mahu menghisap GANJA. Ya Allah.. xleh bayangkan betapa tingginya cabaran yang terpaksa di hadapi oleh Ibu bapa & Para Pejuang Agama sendiri untuk mentarbiah Adik2 kita ni bagi memastikan diorang ni benar2 kuat & terhindar jauh daripada amalan2 maksiat camni.



Hakikat yang perlu kita teRima..
Dari sehari ke sehari tugas kita semakin berat, Ana kira cukup2lah kita sibukkan diri kita dengan perkara yang remeh temeh & langsung tak menyumbang kepada Agama Allah, kerana halangan di depan kita ini cukup2 besar & mana mungkin ianya digalas oleh 1-2 sahabat kita sahaja..



Bantulah Agama Allah ini !!
Bantulah !! jangan disebabkan 1-2 kelemahan kita yang terpapar menyebabkan semangat kita luntur.. jangan dipandang sangat kelemahan diri andai ianya boleh meranapkan semangat kita untuk membantu Agama Allah, jangan jadikan 'Mujahidin"Syababul Islam"Rijalluddeen'Jiilulquran"Jundullah"Mujaheedah Solehah"Nahnu Ansorulah" &dsb.. itu sekadar kalimah saham semata2, Ayuh.. Tunjukkan maknanya yang sebenar !!



Setiap orang pastinya mempunyai kelebihan masing2,
Lantaran itu Pergunakanlah..
Kita sebarkan kemakrufan dari setiap penjuru !!
Kita tentang kemungkaran dari setiap sudut !!
Gunakan segenap kelebihan yang kita ada..



Setiap orang pastinya mempunyai kelebihan sendiri yang tiada pada orang lain..
Ayuh.. kita jadikannya senjata bagi mempertahankan Agama Kita..

Senjata BLOG.. Senjata PANGKAT.. senjata PENGHORMATAN ORANG RAMAI.. Senjata HAFIZ @HAFIZAH.. Senjata KUASA MANAGER.. Senjata ASISTANT MANAGER.. Senjata SEMANGAT BERDAKWAH.. Senjata MAMPU MEMPENGARUHI.. Senjata PAKAR AKAUNTANSI.. Senjata BERTUTUR,BERHUJAH.. Senjata MERANGKA STRATEGI..
& banyak lagi..



Ayuhh sahabat.. Kita gunakan segala kelebihan tersebut untuk menjulang & mempertahankan Agama Allah ini. Alangkah sayangnya.. andai segenap kelebihan & kurniaan berharga yang Allah bagi itu sedikit pun tidak dapat mengalir ke jalan Allah.. sedikit pun tidak membantu Agama Allah.



Aduhai Sahabat sekalian..
Pernahkah kita terfikir bagaimana mahu mempertahankan Agama Allah yang setiap hari semakin ramai yang ingin memijaknya.??
atau apakah tanggapan2 ini lak yang berlegar2 difikiran kita:
"xperlu fikir pun.. rimas r.. menyusahkan jek.. mengusutkan fikiran la !! xboring ker?.. busy body hal orang wat pe?.. xseronok pun.. bukan tanggungjawab aku pOn & bermacam lagi. Ya Allah.. tidak malukah kita kerana telah dipilih untuk menjadi penganut agama-Nya?"



Duhai Sahabat2 sekalian..
Bukankah tujuan kita diciptakan untuk menjadi Khalifah?.. Memastikan semua makhluk Allah di atas muka bumi ini mengtauhidkan Allah?.. Memastikan setiap perkara yang berlaku mestilah diatas garis panduan yang telah Allah gariskan?.. Memastikan seluruh umat manusia mengakui akan Ketuhanan Allah?.. Memastikan tarbiah agama itu dirasai oleh seluruh manusia Ciptaa-Nya?.. memastikan segenap bentuk maksiat akan ditentang habis-habisan?.. berjuang bermati2an bagi melawan sebarang anasir yang boleh mengugatkan Agama Allah ini?.. & Memastikan kita semua berada di landasan yang betul bagi memperolehi Redho Allah & Syurga-Nya itu?



Duhai sahabat2 sekalian..
relakah kita memekakkan sahaja telinga bilamana terdengar laungan saudara2 kita yang kehausan iman? Relakah kita memejamkan sahaja mata bilamana melihat saudara2 kita melakukan maksiat kepada Allah? Dayuskah kita...???



Justeru Buat Sahabat Ansorullah sekalian:
Teruskanlah perjuangan, Benar.. kadangkala kita akan merasa keseorangan, beratnya beban, hebatnya ujian, kenapa ramai yang tidak memahami? mengapa ramai yang xnak menyertai? Sebaliknya ramai lak yang membenci ???
Namun ketahuilah sahabat.. Perjuangan kita ini adalah semata2 kerana Allah.. Rabb yang kita sayangi, Perjuangan untuk memastikan ajaran ini terus dipandang tinggi, perjuangan untuk memastikan diri & semua insan patuh pada Ilahi.. Oleh itu biarlah kita bermandi darah sekalipun.. Namun untuk menyerah & tunduk daripada jalan ini Tidak Sesekali !!



Akhir kata.. Percayalah sahabat2 sekalian bahawa Golongan yang akan menang pada akhir zaman nanti datangnya dari Golongan yang sedikit.. Ya Golongan yang sedikit.!! mudah2an kita senantiasa diredoi oleh Allah & tergolong dalam kalangan golongan tersebut(^^,).. Allahummaameen.



Ops.. terlupa Pakwan,
Semuanya itu terpulang pada kita untuk menilainya..bukan?
he2..maafkan Pakwan kalau terlalu mendesak(^^,)..
Lagipun baru Pakwan teringat.. bukankah tiada paksaan dalam beragama(^^,) ??
Tambahan Allah pun sudah memberikan kita kebebasan untuk membuat pilihan.. yang manakah terbaik wat kita.. Orang puteh kata: 'Its up to you'.
erm.. terpulanglah pada kita untuk membuat pilihan ek(^^,)
......... wallahua'lam.









Pakwan: Risaukan anak2 Pakwan nanti.... Allah3