Sabtu, 19 Ogos 2017

Getusan hati di Alharam

Subhanallah. Dekat seminggu juga aku demam. Tak silap, mulanya Isnin dulu. Hari ni dah Sabtu. Ku kira-kira, ku sempat aktif untuk satu umrah sahaja, sebaik tiba dari Madinah hari tu. Kemudian terus demam.

Tadi kebetulan nak ke Masjid di tepi Funduk. Ku ketemu seorang pakcik, katanya sesat. Ku amati begnya, ku dapati dia tinggal di Qosr Aljanadriah, ku buka gambar peta. Alamak, hujung penjuru Marwah, dah nak ke Ma'la, dekat Masjid Syajarah. Dan kami pula di Misfalah, belah ke Janom.

Dengan semangat baru, semangat seorang Mutowwif. Ku ajak pakcik ini, kita ke sana. Umurnya mungkin penghujung 60an, orang kedah. Dia gelar dirinya Pak Long. Waktu tawaf tadi, Pak Long terputus hubungan dengan kawan-kawan. Kad-pun hilang ketika berhimpit. Cari punya cari jalan pulang, boleh tersesat kemari.

Selepas solat, ku genggan tangannya, kami redah lautan jemaah. Ku bimbang Pak Long hilang lagi. Alhamdulillah, bacaan-ku betul. Kes selesai.

Bila fikir-fikir. Itu yang bahaya Alharam Makkah ini, setiap getusan hati, seakan-akan terkabul. Ku demam, tak larat nak ke Masjidil Haram. Tapi hajat nak ke belah Ma'la. Takdir Allah yang Maha Mendengar. Ku boleh sampai ke sini. Asbab seorang Pak Long, yang menyuntik vaksin Mutowwif pada-ku. Ku bersyukur pada-Mu Allah. Ku takut pun ada juga. Dah macam-macam lintasan buruk kat hati ku ini.

Sebab selalu sangat terkena di Medina. Selalu individu mendatangiku, beramah-mesra, tanya dari Malaysia? cakap orang putih atau arab, puji-puji, gaya bersahaja kemudian minta duit (sedekah). Sebenarnya, tiada salah pun.

Tapi bila ramai sangat. Semua guna method yang sama. Bayangkan apa yang ku fikir. Bila ada orang yang ke 1001 berjumpa ku, beramah mesra, tanya dari Malaysia? Cakap orang putih, gaya bersahaja. Su'uz Zhon ku datang. Bukan fikir menghina, tapi cuba samakannya dengan yang lalu-lalu.

Allahu Rabbi. Risau pula ku dengan fikir-ku.

Belum campur tukang sapu yang sampah ada tak di sapu. Jemaah juga yang di kejarnya.

Allahu Rabbi. Moga mereka benar, dan mungkin ku tersilap faham. Moga Allah ampuni ku dan mereka.