Isnin, 28 Ogos 2017

Sepintas: 'Di Bawah Lindungan Kaabah' karya BUYA HAMKA

Tadi aku baru selesai baca karya Haji Abdul Malik Karim Abdullah, lebih kita kenali sebagai BUYA HAMKA. Bertajuk: 'Di Bawah Lindungan Kaabah'.

Kisah cinta yang berputik dihati Hamid dan Zainab. Bermula ihsan dari Engku Jaafar iaitu ayah Zainab, yang bermurah hati menampung biaya sekolah Hamid. Sehinggalah Hamid dewasa. Dalam tak sedar, rasa cinta berputik di hati Zainab dan Hamid. Namun, luahan cinta itu tidak berlaku ketika bersemuka. Sebaliknya, setelah Hamid membawa diri ke banyak tempat. Akhirnya tibalah di Mekah. Ketika hampir berwukuf itulah, baru Hamid tahu. Zainab juga cintakannya.

Namun. Takdir telah menentukan. Cinta mereka hanya sekadar itu. Jauh di Indonesia, Zainab hembuskan nafas terakhir kerana sakit. Selang beberapa hari, Hamid menghembuskan nafas juga, di bawah lindungan kaabah.

Seperti juga penulis-penulis indonesia yang lain. Seperti juga kalam-kalam Syeikh Rohimuddin dan Sidi Dr.Lokman. Karya BUYA HAMKA sarat dengan bicara falsafah cinta. Namun, bila dilatari dengan jalan cerita yang santai. Kita dapat hayati falsafah itu dengan mudah. Lenggok sasteranya juga seronok dilayan.

Kebetulan ku di Mekah. Baca pula di Masjidil Haram, hari ini Isnin, Rabu dah 8 Zulhijjah dan Khamis sudah wukuf. Jadi feeling dia rasa lebihlah. Sebab latar masa karya BUYA HAMKA kali ini sekitar Ibadah Haji juga. Wallahua'lam