Selain menggunakan wheelchair bagi yang uzur dan kurang upaya. Terdapat satu lagi alternatif, iaitu dengan menaiki scooter. Berbanding wheelchair yang pada saya, jurutolak upahannya biasa nak deras, juga agak mahal. Dengan scooter pada saya agak tenang dan murah. Boleh adjust kecepatan mengikut kehendak kita. Tingkat untuk scooter juga agak kurang orang.
Cuma bagi yang baru pertama kali, juga yang langsung tidak boleh mengurus diri atau tiada kekuatan memandu (hatta untuk scooter beroda empat). Mungkin agak sukar. Alternatif terbaik, ajak sorang ahli keluarga atau ahli jemaah rombongan atau mutowwif ikut naik bersama. Jika kurus, boleh ambil yang satu tempat duduk (boleh muat dua orang melayu bertubuh kecil). Jika tidak, ambil sahaja scooter dua tempat duduk.
Jika faham asas penting tawaf iaitu pusing mengelilingi kaabah, dengan bahu kiri menghadap kaabah, sebanyak tujuh pusingan dan bermula dari lampu hijau. Kerja sudah jadi mudah. Sebab yang selainnya hanya sunat.
Kesian juga kadangkala. Tengok pakcik-pakcik tolak makcik-makcik. Yang tukang tolak pun tak larat.
Cuma bayarlah sedikit. Dalam SR100 di musim haji. Dan SR50 di musim selain haji jika tidak silap. Rasa-rasanya jika dicongak, hampir semua benda naik sekali ganda harga jika masuk musim haji.
Untuk ke situ. Paling mudah, tanya saja polis-polis yang berlambak di sekeliling baitullah. Tanya saja, ''scooter? Scooter?"... Sambil buat muka nak tahu, gayakan sekali macam orang memandu motor...hehe
Insha Allah diorang dah faham.
Contoh scooter digunakan |
Harga sewaan. Tapi untuk satu tempat duduk, boleh dinaiki dua orang kita yang bertubuh sederhana |
Pemandangan dari trek tawaf scooter ke arah kaabah |