1. Tinggal beberapa hari lagi nak berwuquf. Mudah-mudahan Allah terima. Ada beberapa rancangan ku tergendala. Khususnya bab mengulang Alquran. Mungkin ada hikmah dari Allah yang tersembunyi. Moga Allah berikan yang terbaik buatku.
2. Aku perasan. Kerap kali terjadi dalam hidupku. Seolah kesilapan yang ku buat itu takdir yang terbaik. Tidak nafi ianya disandar padaku yang lemah, atas kecuaianku. Namun jika diamati, mungkin inilah aturan Allah buatku.
3. Bertugas sebagai imam. Punctual terhadap masa amat penting bagiku. Namun sekurang-kurangnya sudah tiga kali berlaku (mungkin lebih lagi), aku terlambat. Biasanya sebab terlelap. Jadi aku solat di masjid yang agak jauh dari masjidku. Sangat kerap berlaku, ketika itu ada jenazah di masjid tersebut. Yang nak disolat segera. Adakala aku jadi orang ke-7. Fahamkan? Maknanya, ngam-ngam dengan aku datang, boleh cukupkan tiga saf.
4. Aku perlu layan tiga tetamu serentak. Dengan sebab aku tak sedar sebahagian call, sebab beberapa jam kemudian baru aku terjaga. Maka, aku dapat serentakkan waktu melayan mereka. Jika tidak, jenuh juga setiap orang aku nak layan. Jadi, depa dapat saling melayan sesama sendiri.
5. Kami terlambat, disebabkan selepas Solat Jenazah di Masjid Ampuan Afzan, kami perlu balik rumah dahulu, ambil adik dan baru ke Kg.Belimbing. Cuaca kurang elok juga melambatkan kami. Van jenazah pula pastinya laju insha Allah sebab diiring polis. Sudahlah sesalan pertama aku sebab tak jadi imam buat Yong, takkan tidak dapat menghantar Yong ke dalam liang lahad menjadi sesalan kedua. Takdir Allah, sampai di Kg.Belimbing. Rupanya Jenazah Allahyarham Yong disolat lagi sekali di Masjid. Dan bertuahnya kami, sewaktu van jenazah nak ke perkuburan. Kami mula-mula yang follow sebab kami baru sampai.
6. Result UPSR aku biasa, jadi aku ke Alattas. Sekolah agama yang banyak ajar aku ilmu survival. PMR aku gempak, jadi aku ke Alihsan, yang bentuk minda profesional atau cara orang bandar fikir. SPM aku cukup makan, jadi lorongan awal ke bidang agama bermula. Walhal aku tengah gila nak jadi doktor masa tu. Aku paksa diri ambil STAM walau nak sangat ambil STPM mulanya. Dengan STAM, macam-macam aku peroleh sekarang. Aku ambil diploma tahfiz. Kemudian berterusanlah rasa gembira dengan pilihanku.
7. Kesilapan, kecuaian, kegagalan. Adakala bagus buat kita. Hikmahnya besar. Namun mungkin kerana harapan yang menggunung. Kita tenggelam dalam hujan kesedihan. Kerana itu, walau apapun kegagalan kita. Jangan biarkan kita hanyut dibawa perasaan. Perbanyakkan istighfar dan teruskanlah hidup. Moga berlalu sahaja awan mendung, maka sinar matahari kembali memancar.