Aku baru lepas basuh baju.
Satu aku perasan tadi, kita ada satu ego, nak ikut acuan sendiri. Tak mahu perhati stail orang lain, yang jika dikaji, lebih menguntungkan berbanding cara kita.
Dulu masa belajar. Cara aku basuh baju memang susah. Mungkin sampai berjam-jam, juga menagih kudrat yang tinggi. Dari form 1 hinggalah Pondok Pasir Tumboh, begitulah caraku.
1. Rendam pakaian bagi basah kesemuanya.
2. Ambil satu pakaian dan gores dengan sabun buku, beriakan di kawasan tumpuan daki seperti kolar, pergelangan tangan dan celah peha.
3. Sental tempat tersebut dengan berus sabut (sebab mesra tenaga), sambil berus juga tempat lain.
4. Rendam kembali.
5. Ambil pakaian lain dan ulang kembali aturan tadi.
6. Baru bilas dengan air bersih, perah dan letak dalam baldi.
7. Jemur.
Dari form 1-Pondok. Tidak termasuk maahad dan Mesir yang pakai mesin basuh. Hampir lapan tahun juga aku gunakan cara ini.
Walhal cuba kita tengok mesin basuh. Sekadar letak sabun, dia putar, dia bilas dan selesai.
Ini kali ketiga aku cuba tiru cara ini. Dengan sabun yang sama dengan mesin basuh punya.
1. Aku rendamkan pakaian.
2. Ambil satu pakaian dan letak ke dalam baldi bersama air dan sabun.
3. Ramas-ramas pakaian itu.
4. Lakukan pada pakaian yang lain pula.
5. Bilas dengan air bersih
6. Jemur.
Cara kedua ini aku cuba tiru cara mesin basuh. Juga bila amati filem tok nenek kita dulu. Yang jika membasuh di sungai, akan letak pakaian atas batu. Kemudian pukul dengan kayu.
Setakat ini Alhamdulillah. Boleh berpuas hati. Cuma nak cek lagi sekali esok, tengok kesan kuah di seluar hilang atau tidak lepas guna cara ini.