Tadi aku scroll Instagram. Dari satu gambar ke satu gambar. Kemudian masuk pula ke Instagram 'manusia' elit. Aku jadi tergamam. Scroll lagi ke gambar kehidupan sosial mereka, aku mula rasa takut. Tekan pula di sebahagian gambar, untuk baca status. Aku start rasa tak sedap hati.
.
Generasi terdahulu. Di awal merdeka. Semangatnya kuat. Walau mungkin ilmu dan dakwahnya kurang. Jadi walau tudungnya separuh, tapi semangat agamanya kalah kita. Cukup ikuti kes Natrah. Bersungguh mereka pertahan
.
Generasi yang belia waktu 80an-90an, semangat beragama lahir dari kebangkitan usaha dakwah. Khususnya dipelopori Alarqam. Maka generasi inilah yang menjadi pelopor budaya bertudung, pakaian menutup aurat, berkopiah, bertudung labuh dan sopan di Malaysia. Kesannya kita boleh lihat pada ayah-ibu kita yang berusia 65 ke atas sekarang.
.
Generasi 40-60an sekarang sudah lain. Ini yang kita sangat bimbang. Ini bersumber dari beberapa laman Instagram keluarga elit yang sempat aku stalk tadi.
.
Golongan ibu-bapa (65-90 tahun ke atas), roh Islamnya masih nampak. Tapi untuk umur 40-60. Akar mereka sudah goyah. Mereka sudah mula menuntut Islam yang moderate. Tanpa mereka sedar. Mereka nakkan Islam yang sesuai dengan hawa nafsu dan akal mereka (Sudah tentu Alquran dan Hadis bukanlah sumber rujukan utama). Lebih mencemaskan. Status dan ayat mereka, cenderung kepada Pluralisme atau Liberalisme. Menyamaratakan semua agama. Walhal yang sepatutnya, "menghormati setiap perbezaan anutan".
.
Aku stalk juga generasi 35-belasan tahun. Allahu Rabbi.. Rasa nak bergenang air mata. Pakaian yang sangat menjolok mata, auratnya usahlah cerita lagi, sudah seperti pelakon Hollywood. Bukan niatku nak skodeng, malah aku sekadar lihat dengan ekor mata tanpa merenung tajam. Sekadar nak siasat lifestyle golongan elit Melayu Islam untuk dibuat pembacaan.
.
Kita dah tak dapat hidu semangat memajukan bangsa, mengangkat nilai agama. Yang kita nampak, hanyalah nilai KEBEBASAN. Ayah- ibu seolah-olah begitu sporting membiarkan anak mereka begitu malah amat selesa dengan keadaan mereka yang begitu gayanya.
.
Bila bergambar bersama. Tuk Nenek mereka nampak sejuk mata dengan pakaian yang sopan dan mengikut syariat. Namun ayah dan ibu sudah nampak moderate atau Islamnya kian luntur. Dan bila sampai ke anak. Nilai Islam langsung tiada pada imej. Sebijik macam orang barat.
.
Alhamdulillah ada juga Mekah dan Madinah buat mereka jadikan zon beribadah.
.
Kita bukan hina mereka. Cuma kita jadikan peringatan buat pendakwah, ustaz, ustazah, tenaga pendidik, ibu, ayah. Tugas kita semakin berat. Dunia dah nak kiamat, Malaysia dah makin teruk. Sudah masanya kita lupakan perbalahan isu khilafiah, isu manhaj, isu siapa lagi tepat Islamnya. Lapangan dakwah dari Kafir ke Islam banyak diisi rakan-rakan kita yang baru berhijrah. Namun lapangan dari Islam biasa kepada lebih bersungguh mengikut syariat. Itu yang masih kurang. Yang boleh buat amar makruf nahi mungkar. Rata-rata kita takut nak berbunyi. Takut periuk nasi rosak. Lalu kita ciptakan pelbagai alasan untuk menghalalkan perbuatan 'lepas tangan' kita itu.
.
Allah. Kita sangat bimbangkan anak bini dan ahli keluarga kita. Mampukah kita nanti mendidik mereka menjadi Islam yang beramal. Allah... Takutnya.
.
Jomlah... Kita tinggal di gua. Lari dari semua malalepetaka ini.