Jumaat, 15 Jun 2018

Sertai Takaful. Ramai Kalah Kepada Persepsi Berbanding Realiti

Kelmarin berbual dengan teman. Sudah lama tidak berjumpa. Dalam banyak-banyak topik, adalah masuk bab fisioterapi. Teman bercerita keluarganya ada ikuti fisio dengan bayaran RM50 satu sesi. Pantas temanku lagi satu menyampuk "Biasalah". Lalu ditanya kepadaku. Ayah aku berapa kena bayaran? Aku cakap "Percuma". Lalu suasana.....krik krik krik.
.
Semakin kita dewasa. Ego kita semakin tinggi. Bila kita sudah ada satu keyakinan. Kita sukar nak terima pandangan berbeza. Walaupun hujjahnya kukuh. Dari sudut positif, laluan hidup kita tidaklah jadi flip-flop, kita berprinsip dan straight. Namun negatifnya. Kita seolah-olah sedang membodohkan diri kita sendiri. Maklumat yang betul, tepat dan berfakta depan mata kita abaikan. Kita tak boleh nak kembali kepada cara fikir rasional, lantaran nak juga follow ego? Allah... sayangnya.
.
Walaupun salah seorang peserta kepada plan takaful. Aku menyertai Takaful Ikhlas melalui Mediplan beberapa bulan yang lalu. Mulanya aku agak berat, namun akhirnya aku rasa agak ringan. Rasa berat mulanya, sebab rasa macam tak berbaloi. Rasa ringan sebab memikirkan sistem takaful ini prinsipnya saling bantu membantu. Aku sumbang duit ke tabung, orang sakit boleh guna. Jadi walaupun aku tak guna. Aku anggap macam sedekahlah buat yang sakit untuk guna. Jika aku mati. Maka warisku (buat masa ini aku namakan adikku saja. Mungkin nanti isteri dan anakku pula) akan dapat pampasan sekitar RM44,000. Inipun aku sedang berkira-kira untuk ambil Hibah. Dengan bayaran RM80 sebulan, pampasan yang waris aku nanti bakal dapat ialah RM230,000. Namun aku masih lagi sedang berfikir akan kewajarannya. Bayangkan RM150+RM80. RM230 juga tu sebulan. Belum lagi andai tiba-tiba Takaful umum tabung tak cukup dan peseta perlu top-up caruman bulanan RM150 itu.
.
Namun untuk niat sedekah begitu okeylah. Sebab tak rasa sangat nak ke sakit tu. Lebih kepada sedekah. Iyelah jika tidak niat begitu, kita sumbang RM150 tiap-tiap bulan, takkanlah sumbang begitu je. Perasaan nak merasa manfaat tu mesti ada. Walaupun untuk dapat rasa manfaat itu berkehendakkan kita terlebih dahulu perlu sakit. Serius. Bagiku sistem begini amat-amat bahaya sebab menggalakkan mind-set  kita nakkan sakit. Fokus kepada kemalangan dan nak masuk hospital swasta. Wallahua'lam. Aku bimbang, ini antara penyebab ramai kawanku yang ambil takaful selalu keluar masuk hospital.
.
Rawatan di hospital kerajaan sebenarnya dah tip-top. Kemudahan juga dah terlalu hebat. Kecuali ada 1-2 benda kurang seperti kebebasan kepada penjaga. Tapi bagiku, memilih diantara hospital kerajaan dan swasta ibarat memilih diantara hotel 5 bintang dan 3 bintang. Yang pentingnya tidur.
.
Bagiku. Kita terlalu mengikut persepsi. Hampir 90% maklumat yang aku dengar dari agen takaful dan peserta takaful berkenaan perbandingan antara hospital kerajaan dan swasta agak tidak tepat. Hampir sebulan ayahku terlantar di wad. Aku sendiri alami, selami dan hidup dalam hospital kerajaan. Situasinya tidaklah teruk mana. Malah tidak teruk pun. Tapi bila mendengar agen takaful, peserta takaful dan penyokong takaful becerita. Seolah-olah best sangat hospital swasta dan betapa dahsyatnya hospital kerajaan. Realitinya tidakpun begitu. Malah ok je.
.
Bak kata Ds.Najib. Rakyat kita terpengaruh dengan persepsi berbanding realiti.
.
Habis tu. Kenapa aku join juga?
.
Jawapannya.. Saje suka-suka. Nak merasa join takaful.





.