.
Diantara UMNO, PAS dan PH. Maka yang paling secure adalah PAS. Perjuangannya memang solid Islam. Tarbiah ahlinya mantap, pemanduan mereka dipandu Majlis Syura Ulama, dasar mereka berlandas Alquran dan Hadis, pendokong PAS bukan orang nakkan kepentingan, tapi yang jenis ikhlas berkorban. Pendokong mereka tidak harapkan imbuhan duniawi, sebaliknya ramai yang berkorban masa, tenaga dan harta untuk PAS. Jadi mereka dah di zon yang selamat. Menang atau kalah Pilihanraya. Mereka memang dah parti yang sangat berjaya. Jangan letakkan PAS hanya sekadar parti politik semata-mata. Sebaliknya tinggikan lagi pandangan. PAS lebih tinggi dan hebat dari itu. Mereka dah dipuncak. PAS seolah-olah sebuah madrasah. Semua hampir lengkap. Mungkin asbab berkat keikhlasan ahlinya dan doa orang soleh. Jadi jangan kacau. Jangan usik mereka.
.
Kerana itu. Walau banyak yang aku tidak setuju dengan cara tindak teman-teman PAS-ku. Tapi aku hanya berdiam diri. Berbunyi pun, sekadar suka-suka, sengaja nak provoke teman-teman PAS. Nak bagi mereka pun jadi hebat cara berfikirnya. Sehebat Jenama PAS. Hakikatnya. PAS parti paling kukuh dan hebat di Malaysia.
.
Keduanya PH. PH ni walau bercampur aduk. Tapi masih ada ABIM, IKRAM dan AMANAH didalamnya. Jadi inipun kita malas campur. Biarlah IKRAM, ABIM dan AMANAH bergelut menyemai Islam di dalam PH.
.
Cuma teman kata. Anwar itu nampaklah Islamisnya. Tapi yang lain-lain tak nampak. Seorang lagi teman bagitahu. Pejuang Islamnya adalah versi liberal.
.
Aku lantas teringat kalam Tokoh Reformis Mesir yang kurang disenangi Jemaah Ahlus Sunnah Waljamaah. Iaitu Syeikh Muhammad Abduh.ra. Tidak silap kata-kata ini bersumber darinya; "Aku ke eropah. Aku lihat kurang Orang Islam tapi banyak yang Islam. Aku pulang ke negaraku. Aku lihat ramai Orang Islam. Tapi kurang yang Islam.." (Lebih kurang)
.
Mengingat kata temanku yang melihat ramai Pejuang Islam di dalam PH adalah Islam Liberal (Walau aku tak berapa setuju dengan istilahnya. Aku lebih suka istilahkan mereka modenis). Kemudian mengingat kata-kata Syeikh Muhammad Abduh di atas. Melihat yang ABIM, IKRAM tidak dibubarkan walau hakikatnya platform menjadi parti politik terbentang luas di depan mereka. Melihatkan NGO Aqsa Syarif milik IKRAM yang masih kental membela Palestine dan membahan Israel. Melihatkan figura ABIM yang menyertai PKR masih lagi bercakap tentang teras perjuangan Islam. Maka aku dapat satu kesimpulan.
.
Teli-kan semua itu. Maka kita dapat agak. Mereka adalah pejuang 'nilai' Islam. Nilai Islam yang menolak rasuah, pecah amanah. Nilai ini sebenarnya nilai yang universal. Walaupun di dalam Islam memang dinyata. Tapi dalam agama lain, bahkan pada masyarakat umum juga, nilai ini diterima umum sebagai nilai yang terbaik. Jadi mereka akan laungkan nilai-nilai ini tanpa terlalu eksklusifkan ianya datang dari Islam. Jadi mereka lebih mudah 'meresapkan' nilai Islam ke dalam DAP dan parti yang lain, tanpa maklumkan nilai itu diambil dari Islam. Kerana kalau awal-awal lagi tahu dari Islam. DAP yang anti Islam pasti awal-awal lagi tolak.
.
Jadi. Biarkan sahaja IKRAM, ABIM, AMANAH dan serpihan JIM meresap di dalam PH.
.
Masalahnya sekarang UMNO. Semua adalah Melayu Islam. Semua orang kita. Mereka lebih kompleks. Sebab hampir 60 tahun menjadi kerajaan. Dalamnya boleh jadi ada pejuang yang masih menghargai Bangsa dan Agama. Boleh jadi ada yang sekadar mengaut untung. Semangat Islam mungkin ada, tapi mungkin sekadar hasil dari inisiatif individu. Hasil pembelajaran ketika sekolah dulu, dengar orang mengajar di masjid dan sedikit-sebanyak waktu dibasuh ketika hadiri kursus Biro Tata Negara dan mendengar ceramah di pondok panas malam ambang Pilihanraya.
.
Ketika menjadi kerajaan. Semua institusi agama lah penggerak kepada Islamisnya UMNO. Penguatkuasaan, Imbuhan, perencanaan, plan strategi Islamis. Semua dipantau menteri dan perdana menteri, yang pastinya mereka dari UMNO. Jadi induk parti tak perlu terlibat pun.
.
Namun kini. Ketika kuasanya tidak lebih dari sebuah parti. Maka tak dapat tidak, nukleus Islamik dan kebangsaan itu mesti ditanam ke tengah dasar perjuangan UMNO. Perlu disemai, dibaja, disiram dan dijaga dengan rapi. Inilah faktor paling teras untuk memastikan UMNO kekal relevan, punyai roh, ada halatuju yang jelas, dilihat berprinsip dan menjadi kuasa lonjakan yang kuat untuk UMNO kembali bangkit.
.
Tanpa semangat kebangsaan, nasionalis dan Islam. UMNO akan langsung hilang jati dirinya
.
Jadi usaha perlu digerakkan untuk rangka semula tarbiah dan pendekatan doktrin di dalam UMNO. Silibus perlu disusun sebaik mungkim. Agar sesuai dengan waqi' masa kini. Namun terasnya tidak terpesong daripada menjaga Islam, Melayu dan Tanah Air. Semua ahli dan strategi UMNO perlu dimandi dan dipolish-kan semula. Dan persoalan baru timbul. Siapakah individu yang mampu melakukannya? Yang mampu sental semua daki UMNO, menukar semangatnya dan sangat kuat untuk melonjakkan UMNO setinggi-tingginya?
.
Yang pasti. Orang itu mestilah genius. Dia sendiri punyai jiwa yang Islamik, nasionalis dan kebangsaan. Matang berfikir. Bijak mengambil keputusan dan punyai kredibiliti untuk tugas yang sangat berat ini. Bagiku, buat masa dan saat ini. Walaupun mungkin saat ini akan pantas berlalu dan pemimpin hebat masa hadapan itu telah lahir atau sedang.membesar. Tapi buat masa ini. Ketika ini. Aku nampak Dato' Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi calon yang paling terbaik. Pengalaman, karektor, networking, cara gerak kerja dan kesungguhan ditunjuk. Aku rasa Dato Zahid mampu.
.
Moga jika berjaya. Disamping melipat gandakan tentera saraf UMNO. Menyemai benih dan mentarbiah ahli adalah antara perkara wajib yang mesti Ds.Zahid lakukan.
.
Sebagai akhirnya. Pastikan semua parti itu Islamik. Nah jika mereka saling bergaduh pun kamu tak bimbang. Sebab yang akan menang nanti juga pastinya Islamik juga. Kata Saidina Umat.ra;
نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فمهما نبتغي العزة بغيره أذلنا الله
"Kami adalah kaum yang dimuliakan dengan sebab Islam. Jika kami ambil kemulian selain dengan Islam. Maka kami akan dihinakan Allah..."