Jumaat, 15 Jun 2018

Sahabat sejatiku sedang sakit

Aku ada seorang kawan. Istimewanya dia. Aku sangat senang berkongsi idea dan pendapat dengannya. Dia sangat meraikan. Jika aku berdepan kesulitan, dia akan bergegas tolong. Dia sangat menyayangiku. Sewaktu aku nak sambung belajar di Mesir. Dia sangat cemas. Bila aku perlu berikan tazkirah. Dia sentiasa mendoakan. Bila aku terasa hati, dia bertambah-tambah lagi. Bila aku perlukan duit. Dia sentiasa kata boleh, walau diapun tengah sesak.
.
Dialah tempat terbaik aku meluahkan pandangan politik. Dia seorang pendengar yang sangat baik untukku.
.
Dulunya aku lihat dia kasar. Baru kini aku tahu dia lembut. Malah sangat lembut. Mungkin lagi lembut dari aku.
.
Aku mungkin ada ramai kawan. Tapi tiada yang serupa dengannya. Dialah sahabat terbaik yang pernah aku ada.
.
Namun kini. Sahabatku itu sedang sakit.
.
Beberapa hari ini dia mengadu tempat saluran tiub kencingnya seperti ada nanah. Sebelumnya, Doktor ada membayangkan, penggunaan tiub kencing untuk jangka masa panjang adalah tidak bagus. Terbaiknya pakai yang setiap 4 jam cucuk ke salur kencing atau tebuk lubang di perut.
.
Aku tak tahu.
.
Aku tak tahu apa keputusan terbaik. Aku tahu Allah Maha tahu. Moga Allah berikan kesembuhan buat sahabatku ini. Moga semua dosanya terampun.
.
Aku tak tahu.
.
Aku tak tahu berapa lama keadaan kami begini. Tapi aku harap, sewaktu sahabatku sedang diuji ini. Biarlah aku sentiasa disisinya selalu. Membantu tatkala perlu. Aku tahu, pada pandangan mata orang. Keputusanku berlawan dengan fitrah. Tapi aku tahu apa yang aku buat. Dan insha Allah inilah keputusan terbaik yang aku boleh putuskan.
.
Insha Allah. Walau apapun berlaku. Akanku cuba melindunginya sentiasa. Atas Iradah dan  Allah jua.




00:03 Malam.
Bus-Stop depan 7eleven Nirwana.
Malam hari raya ke-2 Syawal. 1439 hijrah.